web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Forest Skywalk Saji Pemandangan Panaroma Rimba Dan Ibu Kota 

Pada ketinggian 141 meter dari aras laut, anda boleh menikmati panorama bandar raya Kuala Lumpur termasuk Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur serta Menara Tun Razak Exchange di bawah langit biru yang mengasyikkan. 

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2021 8:39AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernahkah anda terbayang untuk menikmati pemandangan kehijauan rimba dari sudut atas ibarat pandangan lensa mata seekor burung yang terbang di udara?

Tambah mempesonakan pada aras ketinggian 141 meter dari aras laut, anda juga boleh menikmati pemandangan panorama bandar raya Kuala Lumpur termasuk Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur serta Menara Tun Razak Exchange di bawah langit biru yang mengasyikkan. 

Pengalaman tersebut boleh dirasai di Forest Skywalk atau Jejantas Rimba di Taman Botani Kepong seliaan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang dibuka semula kepada orang ramai sejak 16 Oktober selepas lebih setahun ditutup susulan penularan COVID-19. 

Ketua Pengarah FRIM, Dr Ismail Parlan berkata selaras dengan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara pihaknya bersedia menerima kedatangan pengunjung bagi mencuba tarikan terbaharu terletak kira-kira 20 kilometer dari pusat bandar itu menerusi tempahan awal secara dalam talian, terhad kepada 160 pengunjung sehari. 

"Jejantas ini sempat dibuka kepada orang ramai kira-kira 35 hari selepas pembukaan pada 31 Ogos tahun lepas dan mendapat sambutan memberangsangkan dengan kedatangan lebih 12,000 pengunjung sepanjang tempoh itu. 

"Jadi sesuai dengan situasi semasa, kami menambah baik sistem menerusi tempahan awal secara dalam talian bagi mengelakkan kesesakan dan menjaga penjarakan," katanya kepada Bernama. 

Ismail berkata jejambat sepanjang 250 meter yang diperbuat daripada aluminium itu dilengkapi dengan ciri keselamatan yang terjamin dan berstruktur mesra alam. 

Jelasnya, Jejantas Rimba yang menelan kos RM3.5 juta itu dihubungkan lapan menara dengan ketinggian berbeza iaitu dari 18 meter hingga 50 meter yang turut menawarkan pemandangan tasik dan kehijauan rimba. 

Beliau berkata hanya lima individu dibenarkan berada di jambatan pada satu masa dan pengunjung juga perlu sabar menunggu giliran untuk menaiki tangga secara berperingkat bagi tujuan keselamatan. 

"Saya berharap kemudahan ini juga akan membantu meningkatkan lagi kesedaran dan penghayatan masyarakat mengenai peranan hutan yang penting dalam  mengatasi isu perubahan iklim dan sama-sama menggalas tanggungjawab menjaga alam semula jadi," katanya. 

Ismail berkata orang ramai yang berminat untuk mencuba tarikan itu boleh membuat tempahan awal di laman web FRIM dengan bayaran tiket antara RM8 dan RM15 untuk kemasukan bermula 8.30 pagi hingga 3.30 petang. - Bernama, 25 Oktober 2021

Gambar: Facebook Forest Skywalk, FRIM 

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

5 Cara Untuk Kenali Tumbuhan Yang Selamat Dimakan Dalam Hutan

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kebakaran Hutan Di Sepanyol Semakin Marak, Sukar Dikawal

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Angka Kematian Kebakaran Hutan Di Maui, Hawaii Mencecah 110 Mangsa

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Bomba Selamatkan Pencari Madu Lebah Terjatuh Ke Dalam Cerun

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN