Berita Terkini

12 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Brendan de Cruz Menongkah Arus Suram Pandemik Dengan 'Get It On'

Brendan de Cruz tidak mengeluh dan terus berkarya di bawah bayangan norma baharu.

Indie Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2021 4:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah hampir dua tahun kita dibelenggu wabak COVID-19 dan semangat kita semakin lesu sejak Perintah Kawalan Pergerakan diperketatkan. Sedar atau tidak, ramai penggiat seni terjejas dan tenggelam dalam kesuraman pandemik ini. 

Jadi apalah agaknya nasib yang terpaksa dilalui oleh para pemuzik apabila tiada persembahan dan konsert dibenarkan? Dalam lapangan muzik indie situasinya berkali-kali lebih meruncing memandangkan mereka tidak memiliki kemewahan seperti pemuzik arus perdana.

Ramai dalam kalangan pemuzik indie harus mencari alternatif lain untuk menjana pendapatan dan menampung kehidupan mereka. Turut merasai kepedihan ini ialah penyanyi Brendan De Cruz yang baru-baru ini telah mengadakan konsert dalam talian untuk meraikan single terbaharunya ‘Get It On’.

"Sejujurnya saya tak sangka ramai yang datang tengok walaupun konsert ini diadakan secara maya. Saya sangat terharu dan terkejut kerana masih mendapat sokongan yang tidak putus-putus daripada para peminat lebih-lebih lagi masa ini. Bahkan tiket konsert saya telah pun habis dijual.

“Saya berfikir, sampai bila saya harus terperap dalam ‘gua.’ Jadi, saya mengambil inisiatif ini untuk mempersembahkan karya baharu saya dengan menggunakan teknologi yang sedia ada.

“Tentunya pandemik ini telah memberi impak yang sungguh besar kepada kami namun masih ramai yang kekal bersemangat dan berusaha menghadapi jalan yang berliku ini dengan harapan akan ada hari yang lebih baik,” kata Brendan.

Penyanyi dan penulis lagu, Brendan de Cruz tidak asing dalam dunia muzik tempatan malahan dikenali sebagai artis yang menghasilkan karya menyentuh jiwa. 

Sudah setahun sejak lagu terakhirnya, Brendan kini kembali dengan ‘Get It On’ yang juga menampilkan artis indie tempatan, Adam Imanullah. Kedua-dua artis ini telah dipilih oleh Songbird Malaysia di bawah projek kerjasama Hewlett Packard dan menjadi antara penerima bimbingan daripada penyanyi terkemuka, Yuna.

Kini, Brendan membawa muziknya ke arah baru berbandingkan dengan sebelumnya yang lebih berpusatkan pada muzik akustik dan menghadirkan pengaruh moden serta bunyi elektronik.

“Oleh kerana saya tidak mahu lagu ini kedengaran begitu padat maka saya mencari keseimbangan vokal dan muzik agar ia kedengaran sempurna.

“Lagu ini jelas menunjukkan perkembangan gaya muzik saya selama berkecimpung dalam industri muzik. Single ini ditulis dari perasaan jujur saya. Saya ingin memberi rasa hangat kepada mereka yang sedang berada di fasa-fasa dingin hidup mereka.

“Justeru itu, saya berharap ia dapat memberi harapan dan kekuatan untuk kekal berjuang menghadapi ujian dan dugaan,” tambah lagi Brendan.  

Single terbaharu Brendan De Cruz, ‘Get It On’ boleh didengari di laman penstriman digital seperti Spotify, Apple Music dan beberapa saluran lain. – Getaran, 2 Julai 2021

Semua gambar: Brendan De Cruz

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Kerajaan Tidak Bercadang Laksana Semula PKP - Dr Dzulkefly

3

Selebriti 6 bulan yang lalu

Teruk Dikecam, Netizen Masih Sokong Perniagaan Zul Yahya  

4

Selebriti 8 bulan yang lalu

Senarai 10 Selebriti Yang Sedang Mendahului Undian ABPBH-35

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Muzik 11 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

oleh Rahayu MN

Selebriti 23 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar