web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muzik + Seni Visual + Teknologi = Engineering Bureau

Aneh? Unik? Atau mungkin sudah tiba masanya kita mula merobohkan batas identiti binari bersama Engineering Bureau.

Indie Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2021 2:00PM

Gambar: EB/ JCPR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Engineering Bureau (EB), sebuah kugiran ‘berkonsep’ telah melancarkan single sulung mereka berjudul ‘Lines’ baru-baru ini. Gabungan bunyian elektronik dan elektro akustik membentuk landasan muzik mereka. Vokal dan instrumen live pula mengukuhkan penyampaian tautan emosi kepada pendengar manakala seni visual dan teknologi dimanfaatkan sebagai medium untuk mewujudkan persembahan aural-visual yang bergerak selari dengan muzik dan emosi.

Menurut salah seorang anggota EB, [M/0/0], single ‘Lines’ menggambarkan hakikat kegagalan manusia ekoran corak pemikiran negatif yang berakar daripada minda manusia itu sendiri. 

“Cara asas kita memahami sesuatu bergantung kepada garisan yang dilukis antara dua ekstrem; terang dan gelap, selamat dan berbahaya dan seumpamanya. Kita seakan tidak mampu menghargai apa yang wujud di antara dua ekstrem tersebut. Ini sebenarnya punca masalah sejagat yang meresap ke dalam kehidupan peribadi, politik, agama dan hampir semua ideologi. Sejak lahir kita dilatih untuk berfikir dengan cara binari ini dan penentangan binari membataskan kita,” jelas [M/0/0]. 

Lines’ menjadi pilihan sebagai single sulung EB kerana menurut kugiran ini, ia mendukung tekstur emosi dan inti pati sonik mereka. Ia juga memberikan warna latar untuk mereka corakkan lagu-lagu berikutnya. Lapan buah lagu lagi bakal menyusul sepanjang tahun ini.

EB mengambil inspirasi daripada arena rock 70-an, electro pop 80-an serta electro-funk dan industrial rock 90-an. Antara artis dan band yang menyumbang kepada pembentukan identiti muzik mereka ialah Fishbone, Living Color, Alice In Chains, Ministry, Einstürzende Neubauten, Parliament/Funkadelic, Death Grips, Primus, Rush, Skinny Puppy, Jane's Addiction, System of a Down, David Bowie, Soulwax, Budgie, Aphex Twin, Soundgarden dan Nine Inch Nails. Andai pembaca berminat untuk memahami identiti muzik EB dengan lebih mendalam, ayuh terokai playlist mereka:

Justifikasi bagi kewujudan EB adalah untuk meneroka bagaimana perhubungan manusia dengan teknologi mempengaruhi cara hidup. EB berpendapat bahawa ini sangat relevan pada masa ini kerana kita adalah generasi yang berada di puncak revolusi teknologi yang tidak terkendali namun begitu banyak penderitaan masyarakat dibelenggu oleh isu lapuk kemanusiaan seperti berat sebelah, ketaksuban perkauman, agama dan orientasi seksual. Salah satu tema yang mereka kaji adalah bagaimana individualisme terhakis dan sebaliknya memihak kepada imej diri yang kolektif dan homogen yang lahir dari perdambaan instant validation atau penerimaan segera. Lantaran itulah EB memilih untuk bertopeng. 

Kata [M/0/0], “Dalam sedar atau tidak, generasi sekarang masih akan menilai warna kulit atau penampilan terlebih dahulu sebelum mendengar dan menghargai muzik seseorang artis.”

Lagu dan coretan video ‘Lines’ merancu minda dan perasaan penulis tetapi kerancuan yang penulis anggap positif dan dialu-alukan. Penulis seolah-olah dibawa mengembara ke dunia futuristik tetapi pada yang sama berasa 'lazim.' Penulis seronok dihanyutkan dengan teknik susunan muzik yang menimbulkan perasaan kurang selesa tetapi ada kemanisan pada masa yang sama. ‘Lines’ memang jelas berlainan dari lagu-lagu komersial yang diputarkan di radio. Ia perlu didengar dengan minda yang terbuka, dan andai bisa ditonton secara langsung, pastinya karya-karya EB lebih mudah dihargai. Hati penulis berdebar-debar menantikan langkah mereka yang seterusnya! - Getaran, 12 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

2

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

3

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

4

Muzik 4 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN