web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Single Terbaharu SHN ‘All The Other Boys’ Dedikasi Buat Kekasih

SHN hadir dengan 'single' keempatnya selepas lagu kolaborasinya bersama kugiran Resort buat sebuah filem pendek meledak di platform penstriman Spotify.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2021 8:50AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Meskipun namanya masih baharu, namun SHN  bukanlah artis muda yang boleh dipandang sebelah mata. Malahan, dia sudah pun meraih populariti dan minat pendengar dari serata dunia setelah lagu kolaborasinya bersama Resort buat sebuah filem pendek yang meledak di platform penstriman Spotify

Nama pentas SHN diambil daripada namanya dalam bahasa Cina. Ia secara tidak langsung memberi penghormatan kepada ibunya yang memilih nama itu buatnya.

Tempoh lockdown telah menjadi medan buat para artis berkarya, termasuklah SHN. Dalam waktu ini, SHN mengakui lebih produktif dan berdisiplin kerana mempunyai lebih masa untuk menghasilkan karya kreatif.

Kini, penyanyi ini tampil dengan single terbaharunya berjudul ‘All The Other Boys’ yang dihasilkan ketika berada dalam tempoh PKP.

Dia juga berkongsi mengenai proses rakaman lagu terbaharu ini yang juga mendapat sentuhan oleh tunangnya. Bukan itu sahaja, ia juga dirakamkan dari studio rumahnya sendiri.

Kalau dibaca sekali imbas, nama lagu ini mengingatkan penulis kepada siri ‘To All The Boys I’ve Loved Before’ yang ditayangkan di Netflix.

“Saya ingin menyampaikan mesej kepada tunang saya bahawa semua lelaki dan bekas kekasih yang lain tiada banding dengannya. 

“Saya sengaja menghasilkan muzik berentak gembira untuk menggambarkan perasaan saya yang kini berada di tempat yang baik dan damai setelah apa berlaku dalam hidup saya. Ia seumpama ketenangan yang hadir selepas ribut.

“Tambahan lagi, ia sungguh mengharukan apabila tunang saya melihat saya melalui semua keperitan dan kesedihan sebelum ini, kerana dia adalah kawan baik saya. Saya tidak pernah menyangka persahabatan kami akan berkembang menjadi sesuatu yang lebih mendalam.

“Saya berharap agar lagu ini dapat memberi kesan mendalam kepada para pendengar dan agar mereka tidak putus harapan dalam percintaan.”

Untuk pengetahuan semua, cover art lagu ini juga menampilkan gubahan bunga dari majlis pertunangannya dan memberi maksud yang signifikan buatnya.

Sebelum ini SHN pernah terikat dengan sebuah syarikat rakaman selama dua tahun. Namun beliau memutuskan untuk keluar setelah merasakan dia berpotensi pergi lebih jauh dengan caranya tersendiri.

Single terbaharu SHN berjudul ‘All The Other Boys’ kini boleh didengar di laman penstriman Spotify.

Semua gambar: SHN

Berita Berkaitan

1

Muzik 4 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 2 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 4 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN