web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘You Syu'D Know Podcast’ Bincang Pelbagai Topik Menarik

Dikendalikan oleh pengacara dan pembaca berita RTM, Syuhaida Ariffin, podcast ini membincangkan pelbagai aspek kehidupan

Indie Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2024 8:00PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda penggemar podcast, audio siar terbaharu You Syu’D Know ini mungkin menarik perhatian anda. 

Dikendalikan oleh pengacara dan pembaca berita RTM, Syuhaida Ariffin, 31, podcast yang baru bersiaran beberapa bulan ini membincangkan pelbagai topik seperti hiburan, politik, sukan, gosip, kesihatan, teknologi, kewangan dan banyak lagi.

Mengulas tentang kewujudan podcast ini, Syuhada atau lebih mesra disapa Syu memberitahu idea untuk menghasilkan program ini tercetus apabila dirinya ingin mencuba bidang selain daripada pengacaraan dan membaca berita. Dia ingin mencabar diri sendiri untuk keluar daripada zon selesa.

“Idea untuk hasilkan podcast ni sebab saya hendak belajar benda baharu selepas 10 tahun bersama RTM. Saya mahu libatkan diri dalam bidang selain pengacaraan dan membaca berita. 

“Walaupun orang kata podcast ini masih punya persamaan kerana saya perlu bercakap di depan kamera, tetapi pendekatannya adalah berbeza. Idea podcast ni macam program bual bicara yang disiarkan di kaca televisyen. Namun, ia menggunakan platform media sosial untuk meraih perhatian umum. Jadi, Saya melihat ini adalah satu cabaran besar buat diri dan saya perlu lakukan untuk keluar daripada zon selesa,” ujar Syu. 

Bercerita lanjut tentang You Syu'D Know, Syudaha memberitahu dia mengambil keputusan untuk membicarakan pelbagai isu adalah bertujuan untuk menyampaikan pelbagai jenis maklumat dalam semua aspek kehidupan. 

“Saya akan membicarakan pelbagai jenis topik. Daripada yang ringan dan santai, sehinggalah ke isu-isu yang berat. Asalkan topik itu mampu menarik minat dan boleh menyalurkan maklumat kepada orang ramai.

“Oleh itu tetamu-tetamu yang akan hadir ke studio terdiri daripada mereka yang punya latar belakang berbeza. Babitkan orang biasa atau individu yang berpengaruh. Bahasa yang digunakan untuk podcast ini juga tidak terarah kepada satu bahasa. Saya akan campur agar orang mudah faham, sesuai dengan konsep yang santai,” ulas Syu lagi. 

You Syu'D Know ini telah bersiaran beberapa episod dan anda boleh mengikutinya di Youtube Channel (You Syu'D Know), Instagram (@yousyudknow) dan Tiktok (@yousyudknow). Antara tetamu yang sudah bertandang ke studio podcast ini ialah Altimet, Marcel, Rima Melati dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zaliha Mustafa.

Berikut adalah salah satu episod yang mendapat perhatian ramai, termasuklah vokalis kumpulan rock legenda, Search, Amy. Episod yang menampilkan rapper, Altimet ini membincangkan isu melayan karya seni di platform haram atau dahulunya lebih dikenali sebagai cetak rompak. 

Kalau anda ingin tahu apa lagi kisah yang didedahkan di ‘You Syu'D Know Podcast’, bolehlah ke salah satu akaun media sosial yang disebutkan di atas. Mungkin boleh tinggalkan komen untuk maklum balas atau penambahbaikan di masa hadapan. - Getaran, 9 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Indie 4 tahun yang lalu

Berita Indie Minggu Ini!

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

oleh Rahayu MN