Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Berita Indie Minggu Ini!

Sedang mencari lagu-lagu berentak rancak yang mampu buat anda terangguk-angguk mengikut irama? Kami ada cadangan buat anda!

Indie Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2022 6:22PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Adakah anda peminat muzik rock dan post-rock? Minggu ini kami senaraikan tiga karya baharu yang tidak mengecewakan sama sekali dan harus ada dalam senarai main anda.

 

‘Remnant’ oleh Patriots

Terkenal sebagai kumpulan yang membawakan genre post-hardcore dan J-rock, kumpulan Patriots kini mempertaruhkan karya terbaharu mereka berjudul ‘Remnant’.

Ditulis sepenuhnya oleh kumpulan ini sendiri, ‘Remnant’ mengetengahkan bunyi Patriots yang asli dengan mengekalkan rentak rancak dari permulaan hingga pengakhiran lagu ini. 

‘Remnant’ menggambarkan kematangan Patriots setelah 11 tahun bersama dan bermain muzik. Selain itu, ia turut membicarakan cabaran dan kejayaan mereka dalam karier sebagai pemuzik.

Kematangan mereka dapat didengar dari segi adunan muzik dan penerbitan karya terbaharu ini. Meskipun lagu ini menggunakan campuran bahasa Inggeris dan Melayu, ia sama sekali tidak kedengaran kekok.

Video muzik ‘Remnant’ turut menampilkan mereka dengan calitan 'Blue Robins' pada muka yang simbolik bagi meraih rasa keyakinan pada diri.

Menurut Patriots, proses produksi diuruskan oleh Raja Nazmin Shah manakala proses mixing dan mastering lagu ini mendapat sentuhan dari jurutera audio terkemuka dari Australia, Gareth Hargreaves.

Dalam perkembangan lain, Patriots juga bakal melancarkan semula album debut mereka, berjudul Separation dengan tambahan dua lagu bonus, sekali gus menjadikan album ini album 'Deluxe' yang menyajikan 16 lagu. 

Single ‘Remnant’ boleh didengar di saluran rasmi YouTube dan Spotify Patriots.

Ikuti laman media sosial rasmi mereka di Facebook, Twitter, dan Instagram untuk mengetahui tentang album dan cenderamata Separation yang bakal dijual dalam masa terdekat ini. 

 

‘2020’ oleh Islands

Tidak dinafikan bahawa COVID-19 telah memberi kesan yang sangat besar kepada landskap dunia dimana impaknya juga turut melibatkan aspek kesihatan mental.

Malah kes bunuh diri dan kemurungan juga semakin meningkat ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jika anda suka lagu yang mempunyai mesej positif dan memberi kesan yang mendalam, lagu ‘2020’ ditulis khas buat anda.

Bimbang dengan isu kesihatan mental, kumpulan Islands berasa terpanggil untuk mengetengahkan isu ini dalam lagu terbaharu mereka berjudul ‘2020’.

“'2020' adalah lagu tentang krisis kewujudan diri semasa mengharungi kehidupan seharian kita. Ia turut membicarakan tentang masalah dunia dan isu-isu yang terpaksa dihadapi oleh generasi kini kerana pandemik COVID-19.

“Kami sedar ramai individu sukar untuk mengakui dan menerima perasaan negatif yang wujud dalam diri mereka. Tapi kami percaya, untuk mengelakkan diri berasa sedih berlarutan, kita perlu mengambil langkah efektif untuk membaik pulih diri kita,” kata Islands. 

Walaupun lagu ini ditulis pada penghujung 2019, Islands hanya sempat merakamnya pada pertengahan tahun 2020 ketika berada dalam 'lockdown' kedua.

Disebabkan berdepan dengan sekatan PKP, lagu ini dirakam di kamar tidur vokalis utama mereka, Izelan Shahier bersama ahli kumpulan yang lain iaitu Faris Ramli (Gitar), Nur Sarah (Vokal Sandaran, Bass, Synth) dan Yazid J (Drum).

Jika anda menonton video muzik ini, ia seakan memberi perasaan nostalgia dan membawa kita kembali pada zaman kanak-kanak. Menurut kumpulan ini, semua visual dirakam menggunakan efek analog bagi memberi rona keriangan musim panas.

Sesi penggambaran pula dilakukan di sekitar kawasan perumahan mereka sewaktu PKP Jun lalu. 

Single ‘2020’ boleh didengar di YouTube dan Spotify rasmi Islands

 

EP Janat//Narak oleh Angqasa dan Sanggarliris

Pemuzik dan produser berasal Kuala Lumpur, Angqasa dan Sanggarliris telah mengumumkan pelancaran debut EP mereka, berjudul Janat//Narak baru-baru ini. 

Menariknya, EP ini merupakan sebuah split EP yang hadir dengan lapan lagu. 

Menurut kedua-dua pemuzik ini, Janat//Narak membicarakan tentang dua alam dan dimensi yang selari. Setiap artis menaruhkan empat trek yang mempunyai tema dan bunyi kontra antara satu sama lain.

Bagi melengkapkan naratif Janat, Angqasa membawakan bunyi alam dan cakerawala. Sanggarliris pula membawakan bunyi malap yang memberikan kesan 'meremang' bagi empat trek yang lain.

“EP ini diibaratkan seperti sebuah album runut bunyi filem yang mempunyai tema yang berbeza. Janat boleh dikatakan seperti filem-filem adaptasi karya John Greene manakala Narak pula lebih ke arah filem sci-fi berkisar makhluk gelap dan jahat.

“Sebelum ini saya hanya menulis dan menerbitkan lagu buat artis lain dan tidak pernah menghasilkan muzik buat diri saya.

“Bila Kamil (Sanggarliris) mengajak saya untuk menghasilkan sebuah split EP, saya tidak teragak-agak untuk mengambil peluang ini. EP ini menjadi titik permulaan saya sebagai seorang artis yang sudah lama diimpikan,” kata Alvin Seah dari Angqasa. 

Tidak sama seperti ramai kumpulan di luar sana, Sanggarliris merupakan sebuah kumpulan kolektif yang gemar menghasilkan muzik berbentuk instrumentasi. 

Menurut AlKamil Kamarludin, “Kumpulan kami tidak ada ahli kumpulan yang tetap. Dalam erti kata lain, Sanggarliris tidak dimiliki oleh saya sendiri atau sesiapa pun. Sesiapa yang berkolaborasi dengan kumpulan ini adalah ahli Sanggarliris. 

“Untuk kolaborasi muzik kali ini, Sanggarliris terdiri daripada saya, Azril Ramli dan Zalwana Jay. Ini bukan kali pertama dan terakhir kami berkerjasama. Ada lagi beberapa projek muzik yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. 

“Tapi dengan idea ini, single yang seterusnya mungkin terdiri daripada barisan ahli kumpulan yang baharu dan berbeza.”

Alvin dan Kamil mula berkenalan melalui sebuah sesi di platform Clubhouse. Walaupun mereka belum pernah berjumpa secara berdepan, minat masing-masing terhadap bunyi ambient dan genre post-rock menjadi sebab utama mereka menjadi akrab.

Janat//Narak boleh didengar melalui pelbagai platform penstriman muzik seperti Spotify, Tidal, Joox dan Apple Music. Untuk mengetahui perkembang Angqasa dan Sanggarliris, ikuti media sosial rasmi mereka di Instagram. - Getaran, 18 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Indie 2 tahun yang lalu

Berita Indie Terbaharu Minggu Ini!

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Selebriti 17 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

Pelakon jelita berkenaan berkongsi kejayaannya itu di akaun media sosial miliknya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 1 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran