web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kaisha Tampil Dengan Nama Dan Bunyi Muzik Baharu

Membuka lembaran baharu, Kaisha kini menempa nama di United Kingdom dengan lagu baharunya, ‘Predicament.’

Indie Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2021 8:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kenali Kaisha, pemuzik dan penyanyi Malaysia yang sedang menempa nama dan mendaki carta muzik indie di United Kingdom (UK). Kaisha sudah pun meraih lebih dari 300 ribu strim di  Spotify dan patut diberi perhatian oleh semua. 

Baru-baru ini Kaisha telah terpilih untuk membuat persembahan di pentas besar The Great Escape Festival sebaris dengan para pemuzik indie dari seluruh dunia. Festival ini diadakan setiap tahun pada bulan Mei di Brighton, UK. 

Lahir dalam keluarga seni, ia telah mendorongnya untuk menceburkan diri dalam bidang muzik sejak usia muda. 

“Saya mula menyanyi sejak berusia sembilan tahun. Saya ingat lagi pengalaman pertama saya menyanyi di atas pentas dan di hadapan orang ramai. Ketika lagu dimainkan, saya terus tergagap dan lupa lirik. Nasib baik guru muzik saya muncul dan mula menyanyi untuk menyelamatkan saya dari rasa malu.

“Kedua-dua abang saya juga pemuzik. Ketika saya mengambil keputusan untuk terjun ke dalam bidang ini secara sepenuh masa, ia bukanlah satu perkara yang mengejutkan. 

“Walaupun muzik bukan pilihan kerja yang ‘ideal’ bagi banyak orang Asia, saya tidak mendapat halangan daripada keluarga saya. Malah, mereka menyokong saya sepenuhnya. Sokongan ini telah menjadi pendorong utama buat saya mengejar cita-cita sebagai penyanyi,” ujarnya. 

Lagu terbaharu Kaisha, berjudul ‘Predicament’, ditulis sebagai sokongan terhadap kesedaran kesihatan mental. 

“Lirik lagu ini ditulis dari perspektif pasangan atau rakan kepada seseorang yang menghadapi masalah kesihatan mental. Saya mendapati bahawa statistik kes kesihatan mental dan bunuh diri di seluruh dunia telah melonjak sejak wabak COVID melanda,” katanya.

Lagu yang menggabungkan elemen jazz, R&B dan soul ini melahirkan bunyi muzik yang tidak konvensional. Penulisan lirik-lirik lagu Kaisha selalunya adalah berdasarkan pengalaman peribadi, baik dari sudut perhubungan mahupun persahabatan.

Menurut Kaisha, “Saya suka tulis lagu yang menceritakan pengalaman hidup saya. Sebagai artis, perkara ini sangat penting kerana ia dapat mendekatkan pendengar dengan kita.”

Sebelum menggunakan nama Kaisha, pemuzik muda ini menggunakan nama Kai Khan dan mengalunkan muzik dari genre yang berbeza. Perubahan ini dilakukan kerana muzik yang dihasilkan tidak memberi kepuasan dan kebahagiaan kepadanya. 

“Ketika itu, saya mempunyai banyak keraguan dan sering menyoal diri. Oleh itu, saya mahu mulakan ‘hidup baharu’ dengan nama baharu ini,” jelasnya.

Lagu berjudul 'Ready Set Go' ditulis sebagai terapi minda dan menjadi satu langkah ke arah penggubahan muzik. Justeru itu, lagu ini menjadi sentimental buatnya.

Walaupun mempunyai kebebasan kreatif dan dana yang lebih banyak di UK, Kaisha berkata, “Sokongan dan penghargaan terhadap muzik lokal di Malaysia mungkin lebih besar dan lebih baik berbandingkan di sini. Sebab itulah ramai pemuzik di Malaysia dapat membina ‘fanbase’ yang sangat kuat.” 

Kaisha berharap agar muziknya dapat berkembang lebih jauh dan mendapat sokongan seperti artis-artis indie di Malaysia nanti. Dia juga berharap agar bakat-bakat Malaysia dapat mengembangkan muzik ke pentas antarabangsa serta agar muzik mereka dapat dinikmati oleh semua tak kira lapisan umur. 

Kaisha menasihati kepada sesiapa yang ingin menceburi bidang muzik agar mempercayai naluri sendiri. “Kita harus mempercayai diri sendiri dan hasilkan muzik yang kita sendiri suka dan dengar. Sekiranya kita tidak berasa seronok membuatnya, ia akan terserlah pada lagu tersebut.”

Lagu terbaharunya ‘Predicament’ kini boleh didengar di laman penstriman Spotify, SoundCloud dan Instagram. – Getaran, 30 April 2021

Semua gambar: Kaisha

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN