web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Silika' – Ekperimentasi Gerak Tari Primal Yang Penuh Emosi

Paduan visual yang ‘gritty’ serta muzik yang suram dan kelam boleh menjadi satu hasil yang menarik dan mencerminkan wawasan para pengkaryanya.

Indie Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2021 1:37PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lust, sebuah kugiran muzik indie eksperimental yang muncul dengan EP terbaharu berjudul 'Vantablack' penghujung tahun lalu, telah merilis sebuah filem pendek yang berjudul Silika baru-baru ini.

Aktif berkarya sejak 2016, Lust dianggotai oleh Azfar Bakar dan Faris Khairi. Mereka juga masing-masing merupakan penghibur solo dengan nama singkatan Orang dan Krooktroupe.

Tidak pernah selesa di bawah satu genre, Lust cenderung kepada kepelbagaian di dalam setiap rakamannya.

Tayangan eksklusif Silika yang berlangsung baru-baru ini mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Beberapa installation mini digunakan untuk merangsang mood dan suasana – poster, potret-potret watak dan prop cermin di dinding, tiket wayang untuk kenang-kenangan dan unjuran kecil di atas pentas yang dipadankan dengan muzik-muzik yang sesuai dengan nuansa Silika.

Gambar: Munn Lim
Gambar: Munn Lim

Silika adalah sebuah filem eksperimental hitam putih terbitan Krew Filem Sek Kito (KFSK). Ia mengekori perjalanan dua pembikin filem, Azfar dan Faris.

Ia membawa penonton menyelosori hiruk-pikuk kota di waktu pandemik dan memaparkan siri visual yang menarik menerusi efek lensa yang kabut, kasap, gritty dan unik.

Filem ini berkisarkan kisah aneh tiga insan-- anak (Fakhrul Aiman), orang asing (Eli Orkid) dan seorang pengecong (Nisdusmas) yang terakam oleh lensa Azfar dan Faris ketika membikin filem mereka.

Aneh, bilamana tiga manusia ini mengekspresi diri mereka secara ekstrem dengan timbal balik muzik dari EP ‘Vantablack.’

Gambar: Saiful Azwan
Gambar: Saiful Azwan

Dalam sedetik, minda ketiga-tiga insan ini terolah ke satu sifat, di mana mereka hilang rasa segan dan silu lalu sifat mereka yang sebenar muncul melalui bahasa tubuh dari gerak tari primal yang sengaja.

Sisi legap ‘Vantablack’ menjelma melalui herot-benyot biasan cermin yang terwujud entah dari mana, namun kewujudannya itu bukan tanpa tujuan.

Gambar: Saiful Azwan
Gambar: Saiful Azwan

Faris menjelaskan, “Dalam filem ini kami memaparkan empat lagu utama dari EP ‘Vantablack’, tiga untuk segmen tarian. Tajuk lagu-lagu tersebut adalah ‘Hedonist’, ‘Vantablack’, ‘What We Said’ dan ‘Super Trial.’”

“Selain itu, kami menyusun skor eksklusif baru sebagai peralihan antara lagu. Ia terdiri dari bunyian yang terilham daripada adegan-adegan dalam filem – industrial, kasar, namun masih mempunyai sisi manusiawi dan adakala rasa seperti mengelamun.

“Skor itu menjadi elemen penting bagi filem ini, kerana ia membantu meningkatkan mood, visual dan penceritaan. Runut bunyi yang muncul dalam filem, seakan memberi Silika suara yang tersendiri,” sambung Faris.

Menurut Lust, mereka ingin berkongsi sebuah penceritaan eksperimental yang tulus visual dan muziknya. Elemen muzik dari EP ‘Vantablack’ disulam halus dengan gaya perfileman gerila oleh KFSK.

Filem ini tidak berdialog. Seluruh naratif dan ekspresi emosi adalah melalui gerak tari yang dicipta oleh Eli Orkid.

Lust mula bertapak di persada seni muzik tanah air melalui EP ‘Chingichanga’ yang mendapat sambutan positif peminat muzik tempatan.

Menurut laman muzik The Wknd, setiap lagu dalam EP lima lagu ini mempunyai rentak gaya yang berbeza-beza.

Album pertama mereka Tekesima (2019) pula memenangi Album Terbaik di Anugerah TAPAU 2019.

EP ‘Vantablack’ yang dipasarkan pada penghujung tahun lalu, sekali lagi mengetengahkan tema gelap dan dihasilkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tidak keterlaluan jika dikatakan ia ‘produk gelisah pandemikʼ.

Aliran atau trend artis-artis yang berusaha menghasilkan filem pendek selaras dengan rilisan album mereka adalah inisiatif kreatif yang patut diberi pujian.

Pada pendapat penulis ianya merupakan tata ekspresi diri oleh artis itu sendiri. Ia membuktikan anak-anak seni hari ini berbakat besar dan mempunyai wawasan. Pastinya inisiatif sebegini menaikkan lagi martabat industri seni. – Getaran, 23 April 2021

Semua gambar: Ihsan Lust

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...