web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Berjoget Dengan Rentak Muzik Allester

Gaya muziknya yang mempersonakan akan menyuntik rasa romantik sekali gus membuatkan anda hanyut dalam alunan dan menari tanpa sedar.

Indie Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2021 8:38AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kenali Allester Shaun, penulis lagu dan penyanyi indie tempatan yang kini sedang menaiki carta muzik di Malaysia. Allester sudah pun mempunyai 500 ribu strim daripada dua lagunya yang berjudul ‘Blue’ dan ‘Sweet Babycakes’ di laman penstriman Spotify.

Allester yang berasal dari Kuching, Sarawak bukanlah baru di dunia muzik tempatan. Dia pernah membuat persembahan di pentas besar festival muzik Good Vibes pada tahun 2019, sebaris dengan pemain muzik indie yang dikenali ramai seperti The Impatient Sisters, Midnight Fusic dan ramai lagi. 

Allester mula mempelajari muzik ketika berumur 12 tahun, “Bapa saudara saya merupakan sumber inspirasi untuk saya mempelajari gitar. 

“Genre muzik saya adalah gabungan tiga genre yang berbeza kerana saya sangat terpengaruh dengan kumpulan dan artis antarabangsa seperti Pink Floyd, Led Zeppelin, Megadeth, Pantera, Jakob Ogawa, Mac Demarco dan Tame Impala,” katanya.

Allester telah berjaya meraih tempat keempat dalam pertandingan Kuala Lumpur Vans Musicians Wanted pada tahun 2018 dengan kemahiran gitarnya yang mengagumkan dan luar biasa. Gaya muziknya yang mempersonakan akan menyuntik rasa romantis sekali gus membuatkan anda hanyut dalam alunan dan menari tanpa sedar.

Lagu terbaru Allester, berjudul ‘Stones In My Shoes’, diilhamkan dari mimpi aneh yang dialaminya satu malam. "Dalam mimpi itu, saya berhadapan dengan makhluk asing yang mengejar saya sambil membaling batu kecil umpama tracking device ke arah kasut saya. 

“Tujuan mereka adalah untuk mengawal minda saya. Saya tidak tahu kenapa saya mimpi kejadian ini tetapi ia seperti menggambarkan perkara-perkara kecil yang mengganggu kehidupan saya,” jelasnya.

Sebilangan besar daripada lagu-lagu Allester adalah fiksyen dan berdasarkan pemerhatian terhadap sesuatu. Menurut Allester, “Sejujurnya saya sangat suka proses penghasilan lagu kerana melalui penulisan lirik kita dapat menceritakan imaginasi yang wujud dalam minda kita. 

“Selain itu, trial and error rentak muzik yang berlainan membolehkan kita memperbaiki diri dan karya kita.”

Sehubungan dengan itu, Allester juga berkongsi tentang proses mendapatkan rentak dan alunan yang sesuai buat lagunya. “Biasanya, saya akan mulakan dengan melodi dengan bermain gitar atau gitar bass. Kemudian saya akan merakamnya di iPhone saya supaya saya tidak lupa.

“Saya juga akan bertanya kepada rakan-rakan saya untuk pendapat mereka tentang lagu tersebut. Tempoh paling lama saya perlukan untuk menulis sebuah lagu adalah 14 hari tetapi saya pernah menyelesaikan sebuah lagu dalam beberapa jam sahaja.

“Lagu tersebut turut menjadi demo dan ia membolehkan saya mendapat kontrak pertama bersama syarikat rakaman.

Lagu terbaru Allester Shaun berjudul ‘Stones in My Shoes’ boleh didengar di pelbagai platform muzik seperti Spotify dan iTunes. – Getaran, 23 April 2021

Semua gambar: Ihsan TongTong Asia

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN