Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


HGK: Kegilaan Yang Diperlukan

HGK atau Hari Gig Kebangsaan bakal diadakan pada 10 dan 11 April akan datang. Apa itu HGK dan mengapa ada yang mengatakan ia 'gila?'

Indie Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2021 9:53AM

Gambar: Ihsan HGK

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aku tak gila. Kawan-kawan aku pun tak gila. Cuma kami percaya kadang-kadang ‘kegilaan’lah yang diperlukan untuk mengubah sesuatu keadaan dan HGK (Hari Gig Kebangsaan) adalah inisiatif yang gila. 

Ada tiga benda yang trigger aku untuk mulakan inisiatif ini. 

Pertama, aku sendiri merasakan sendiri ‘aura’ positif di sekeliling semasa aku mendokumentasi Record Store Day (RSD) bersama keluarga TAPAU. Antara memori yang melekat dalam otak aku adalah sambutan RSD 2019 di Teenage Head Records, Subang Jaya.

Hujan lebat tapi pengunjung sedikit pon tak berganjak untuk melihat persembahan oleh Prasasti di kaki lima di sebelah kedai. Kemudian mereka beratur panjang dan masuk pula ke dalam kedai untuk membeli record atau merch (merchandise) yang dikeluarkan istimewa untuk hari tersebut.

Sepanjang perjalanan semua orang senyum dan semua faham kepentingan apa yang sedang berlaku. Saat tu terdetik. TING! “Kan best kalau ada benda macam ni tapi untuk gig.”

Trigger kedua, semasa aku menghadiri program anjuran CENDANA (yang bertukar menjadi sesi ‘luah perasaan’) untuk mereka yang terlibat dalam komuniti indie.

Ketika itu Cheong dari Soundmaker Studio (antara venue yang sangat istimewa untuk kaki gig di Penang) berkongsi satu idea supaya gig dianjurkan serentak di seluruh Malaysia bagi menggalakkan penyokong dan orang ramai untuk mengenali dan mengalami gig di tempat masing-masing. “TING! TING!”

Dan trigger terakhir, setelah sekian lama scene kesunyian tanpa gig, kerajaan mengumumkan bahawa acara boleh dianjurkan kembali dengan syarat mematuhi SOP. Dengan itu, satu per satu poster dari penganjur dilihat di feed Instagram dan Twitter diikuti dengan dan komen-komen seperti, “Tak sabar nak gerak gig,” “Yes dah boleh!” dan “Jom!" TING! TING! TING! 

Aku terus menghubungi dua orang muda (berbanding aku) yang tetap aktif untuk menghidupkan scene kita menghadapi pandemik iaitu Bam dari Atas Angin dan Elmi dari Angkasa Space.

Setelah berbincang, kami bersetuju untuk cuba memulakan inisiatif Hari Gig Kebangsaan pertama di Malaysia (dan seluruh dunia rasanya). Ia akan diadakan pada 10 dan 11 April 2021 bagi menggunakan momentum ‘semangat turun gig’ (setelah lama tidak dibenarkan) dan ‘peluang terakhir’ sebelum memberi ruang untuk bulan Ramadan.

Konsep dan teorinya senang. Hari untuk menyambut gig sebagai nadi yang menghidupkan sesebuah scene.

Ketika HGK, gig akan dianjurkan secara serentak di seluruh Malaysia.

Secara langsung (dan tak langsung) ia akan menghubung dan mengaktifkan kembali ekosistem gig yang melibatkan penganjur, pemilik ruang, artis dan kugiran, pasukan bunyi dan cahaya, pereka poster, media, jurugambar dan video, tukang jaga tiket/pintu/merch dan semestinya penyokong yang membeli tiket dan merch sebagai tanda sokongan dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Tetapi realitinya tak semudah itu. Banyak ruang-ruang gig yang sudah tutup dan ramai penganjur-penganjur yang tidak lagi aktif.

Untuk yang masih bertahan pula, mereka agak risau untuk mengambil risiko dari segi kewangan dan keselamatan (dari sudut SOP) untuk menganjurkan gig dalam masa kurang sebulan.

Penyokong pula walaupun bersemangat, pastinya ada yang masih takut untuk keluar dalam keadaan sekarang dan sangsi tentang pengalaman melayan gig yang patuh SOP.

Tapi sebab itu juga HGK penting untuk sekarang dan masa depan. Tanpa sebarang ransangan, banyak lagi ruang bakal ditutup dan ramai lagi penganjur yang berputus asa. Akhir sekali ekosistem itu pasti lenyap.

Kita akan kehilangan pentas untuk pemuzik baru membuat persembahan dan ruang untuk mengenali dan membina komuniti bersama penyokong.

Oleh itu, HGK hanya boleh berjaya sekiranya ia menjadi sebuah pergerakan oleh komuniti, untuk komuniti dan kepada komuniti.

Setelah melakukan perbincangan bersama pemilik-pemilik ruang dan para penganjur gig di Clubhouse, kami memutuskan bahawa kami hanya akan menjalankan HGK sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 10 gig yang dianjurkan sempena HGK.

Kesemua penganjur dan pemilik ruang yang terlibat akan berkongsi pengalaman, pendapat dan informasi (terutamanya tentang SOP) bersama untuk menjayakan HGK. Media-media penyokong scene juga bergabung untuk membesarkan lagi impak HGK bersama.

Sekarang dalam senarai, sudah terdapat 20 gig yang bakal dianjurkan di seluruh Malaysia pada 10 dan 11 April sempena Hari Gig Kebangsaan. Tapi perjuangan masih jauh dari selesai, pastikan anda beli tiket, turun gig, patuhi SOP bagi membantu nadi scene indie kita berdenyut kembali dan lebih kencang. - Getaran, 4 April 2021


Klik di sini untuk Panduan Lengkap Hari Gig Kebangsaan 2021

Layan HGK secara livestream sambil menderma di http://www.tapau.asia/HGK

Sabtu 10.4.2021

S.O.G. LIVE IN ANGKASA (AN INTIMATE SHOW) oleh ANGKASA EVENT SPACE / Lineup: SEKUMPULAN ORANG GILA / Lokasi: ANGKASA EVENT SPACE, Bandar Sri Permaisuri, KL 

A NEW HOPE 2021 oleh ANTISIDS X INSIDER / Lineup: RAMPAGE, WAVEFORM, HOMICIDE, VOLTANXTINGGI / Lokasi: INSIDER SATELLITE, Ipoh, PERAK 

KONGSI SUARA II oleh ATASANGINMY / Host: AFIQ AZREN & RAFIQ / Lokasi: SAFEHOUSE, Ttdi, KL 

ADVENTS I WANNA DYE SHOWCASE oleh STESENSENI / Lineup: ADVENTS, SAYONARA,BOYS!, ADAM JUHANN / Lokasi: STESEN SENI, Damansara Perdana, SELANGOR 

BORNEO VIBES: GIG RENTAS LAUT by KGE BORNEO / Lineup: M.PASOLA, COUNTRYWOLVES, ORA DELLA & MKNK / Lokasi: MB LIVE STUDIO, Kota Kinabalu, SABAH

BERTAHAN TERUS oleh ISTIKOMA / Lineup: STATIK , KAHKAH CELAKA, MUDDLED, HUMMING BIRDS, OPERAHAUS, BLACK N' BLUES / Lokasi: ROCKIN JAMZ HALL, Masai, JOHOR  

JUST GIG! oleh JUST GIG! JAZZ COMM / Lineup: YONG YANDSEN, PING WEI & CHENG KOK (Free Jazz), DANI KOMARI, ANDY CHONG / Lokasi: Rooftop @ Panggong, THE SAXOPHONE STORE, KL 

GIG IT JIWA oleh REVOLUTION STAGE / Lineup: VIONA, ROMOVEMENT (Interpretive Dance) / Lokasi: REVOLUTION STAGE, Petaling Jaya, SELANGOR 

ONLINE GIG BANGUN ORANG TIMUR A.C.A.B. oleh A&Z RECORDS / Lineup: A.C.A.B. / Lokasi: RAJAWALI STUDIO, Bayan Lepas, PENANG 

CRAZY GRIZZLY "TERGIVERSATE" SOFT LAUNCH oleh WORLD WITHOUT BORDERS SOUTHERN EDITION / Lineup: CRAZY GRIZZLY, CONSECRATE, CHECK YOUR HEAD/ Lokasi: SPUNDOK@LOTUSHQ, Johor Bahru, JOHOR 

RUANG & KITA oleh NEXTKIN STUDIO x SPACE 08000 / Lineup: SEPATUSIXTYNINE, TWOSEVENTEEN, JOYBERRY, KRATOM NOISER , SAD MEMOIR / Lokasi: SPACE 08000 , Sungai Petani, KEDAH 

11TH DIMENSION VOL.1 oleh DIGITAL ART GALLERY by FILAMEN / Lineup: CAPT'N TRIPS AND THE KID / Lokasi: KEDAI KL, Petaling Jaya, SELANGOR 

HARI GIG KEBANGSAAN oleh SOUNDMAKER STUDIO / Lineup: WARNABUMI, MATHCLASS, SATYAGRAHA, SLICK Z, BUDDHA BEAT / Lokasi: SOUNDMAKER STUDIO, Georgetown, PENANG 

Ahad 11.4.2021

INDIENASIONAL 3 oleh ATASANGINMY / Lineup: LOKO, KAPOW. GREY SKY MORNING / Lokasi: ANGKASA EVENT SPACE, Bandar Sri Permaisuri, KL 

PRIVATE PARTY BUDAK NAKAL HUJUNG SIMPANG / Lineup: BUDAK NAKAL HUJUNG SIMPANG / Lokasi: Rooftop @ Panggong, THE SAXOPHONE STORE, KL 

MIMPI BASAH SIRI 2 oleh ATASANGINMY / Lineup: COUPLE, TIME MACHINE, JETCETERA / Lokasi: ANGKASA EVENT SPACE, Bandar Sri Permaisuri, KL 

SANTAI MALAM (EDISI HGK) oleh MALAYA ROLL / Lineup: ALI IDRIS, TRIOGG, JEMPUT DENGAR, BEAT MINOR, PALOQ, DAINBRAMAGED, THE LAWRA, POPSCENE / Lokasi: ROCKIN JAMZ HALL, Masai, JOHOR 

DISKO SENYAP oleh ALAM BUNYIAN / Lineup: MAFIDZ, GARD WUZGUT, LATE NIGHT FREQUENCY, ICHU / Lokasi: RUANG, Subang Jaya, SELANGOR

TEPENG NOT DEAD 2021 by TIMSxDPLAZE / Lineup: RAMPAGE, DECAGED, VOLTANXTINGGI, CROOKED JIM'S, KASH WELA / Lokasi: DPLAZE CAFE, Kamunting Taiping, PERAK

IPOH SONGWRITERS CLUB by IPOH SOCIAL CLUB / Lineup: AHMAD SOBRI, XFKKHAIRUL, PALMA, ARIL, FVRINA, S.FAIZ / Lokasi: IPOH SOCIAL CLUB, Ipoh, PERAK / Masa : 8PM / Tiket: FREE

Isu Pada

Mungkin Ini Kisah Paling Sedih – Naim Daniel

03 Apr 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 16 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran