web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sorotan Gig Di Era Pandemik: Transitions x Servants Di Angkasa

Ramai yang rindukan acara persembahan 'live'. Baik penonton mahupun pemuzik. Apakah bentuk 'gig' era pandemik sekarang?

Indie Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2021 9:05AM

Semua gambar: Kamil Azim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dua minggu lalu, ruang event Angkasa Space telah dibuka kembali untuk persembahan muzik atau ‘gig’ yang dikelolakan oleh penganjur-penganjur kecil.

Memang berbeza gig yang diadakan sekarang, pada era pandemik, dengan sebelumnya.

Tetapi ia adalah sesuatu yang perlu diakali demi kelangsungan para pemuzik, penganjur, pemilik ruang dan pelbagai jenis pekerjaan rencam lain yang terlibat dalam industri hiburan serta persembahan.

Seperti yang telah diceritakan oleh Elmi Elmo, pengasas dan pemilik Angkasa Space kepada kami di Getaran, terdapat beberapa perubahan yang telah dilakukan kepada struktur gig pada ‘era baru’ ini.

“Kami minta kebenaran semua pihak berwajib dan pastikan para penonton yang hadir menandatangani akujanji untuk memastikan mereka tidak ada dan tidak berhubung secara fizikal dengan mana-mana pesakit COVID-19. Sudah pasti juga kami sediakan kod MySejahtera serta alat pengimbas suhu badan.

“Kapasiti penonton memang kami kurangkan. Setiap penonton yang hadir ditempatkan dalam kotak yang berjarak 1.5 meter antara satu sama lain. Mereka bebas untuk duduk, menari dan apa sajalah asalkan dalam kotak mereka.

“Oleh kerana kami hanya dibenarkan mengadakan acara cuma selama dua jam setiap sesi, kami boleh buka dua sesi gig sehari. Ruang kami disanitasikan sebelum dan selepas setiap sesi, jadi penonton dan pengelola acara tidak perlu risau.

“Keadaan gig juga menjadi lebih ‘intimate’ kerana jumlah band yang membuat persembahan dan penonton dikurangkan.

Gambar: Ihsan Angkasa Space
Gambar: Ihsan Angkasa Space

“Para penonton yang hadir boleh mendapat kepuasan yang lebih sedikit menonton kugiran kegemaran mereka kerana durasi persembahan setiap band menjadi lebih lama.

“Sudah pasti juga kami fikirkan tentang aspek ‘buat duit.’ Jika diperhatikan, harga tiket untuk gig sekarang mahal sedikit daripada dulu. Tetapi kita boleh kembali kepada suasana ‘intimate’ yang disebutkan tadi. Keadaannya berbeza, penonton lebih ‘dekat’ dengan para pemuzik.

“Untuk pengelola acara juga kami sediakan tangga harga yang sedikit berbeza. Kami mahu memastikan situasi win-win untuk semua,” cerita Elmi dengan panjang lebar.

Berjayakah format baru gig yang dicuba oleh Angkasa Space ini? Lihat saja poster-poster yang dikongsikan di laman-laman sosial mereka. Rata-ratanya tertera ‘sold out’. Memang ramai peminat muzik rindukan gig!

Mahu lihat seperti apa bentuk gig pada tahun 2021? Kami kongsikan beberapa gambar yang diambil oleh Kamil Azim sewaktu acara ‘Transitions x Servants’ pada 20 Mac lalu di Angkasa Space. – Getaran, 2 April 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 jam yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 jam yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...