web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Gig' Versi Norma Baharu, Akhirnya Pemuzik Boleh Cari Makan

Perlahan-lahan seluruh negara kembali beraktiviti lagi, termasuk pemuzik dan pengusaha acara. Ramai yang menarik nafas lega, tapi ada yang masih kurang pasti.

Indie Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2021 8:45AM

Gambar: Ihsan ANGKASA Space

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebagai penonton, bukan hanya kita sahaja yang merindukan konsert atau ‘gig’ sewaktu musim pandemik. Tapi ahli muzik, penganjur acara dan pemilik event space juga merasakan hal yang sama. Apalagi jika itulah pekerjaan hakiki yang mereka lakukan untuk mencari makan sehari-hari. 

Pengasas dan pemilik event space ANGKASA, Elmi Elmo merasakan tidak mustahil untuk mereka menganjurkan acara keramaian dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan kerajaan. 

Secara tak langsung, ia juga dapatlah membantu pemain industri kecil yang memang bergantung sepenuhnya kepada acara seperti ini sebagai sumber pendapatan. 

"Ada ahli muzik dan juga penggiat seni yang mempunyai pekerjaan lain. Jadi, mereka mempunyai sumber pendapatan."

"Namun ada juga pemuzik muda yang bergantung sepenuhnya kepada acara seperti ini. Mereka pula tidak mempunyai KWSP untuk membolehkan mereka memohon i-Sinar. Jadi acara seperti ini seolah-olah sinar harapan bagi mereka," jelasnya semasa dihubungi Getaran.

Sebagai penganjur dan juga pemilik event space pertama yang berani menganjurkan acara gig secara bersemuka bermula hujung minggu ini, Elmi telah merancang perjalanan acara dengan teliti untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Beliau dan pasukannya telah mendapat kelulusan dan lesen daripada pihak berwajib seperti polis serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. 

Bukan itu sahaja, jumlah penonton juga telah dikurangkan sehingga 75 peratus daripada jumlah asal. Setiap penonton juga diminta berdiri di petak masing-masing yang telah ditandakan oleh penganjur untuk memastikan mereka sentiasa melakukan penjarakan sosial sepanjang acara. 

"Bila jumlah penonton dikurangkan, maka kita fahamlah yang keuntungan juga akan berkurang. Oleh itu kita akan buat dua sesi persembahan. Jadi penonton boleh pilih untuk datang di sesi yang mana mereka mahu."

Kita juga ada jadual untuk setiap band yang membuat persembahan. Jadi mereka tidak akan bertembung antara satu sama lain di belakang pentas dan dapatlah kita kurangkan jumlah individu dalam event space kami”

Dengan penganjuran acara gig ini, Elmi berharap dapat membantu pemain industri kreatif serta pemuzik muda untuk memperoleh sumber kewangan. Usaha ini juga secara tidak langsung dapat membuka mata lebih ramai pengasas dan penganjur acara untuk tetap melangsungkan aktiviti dalam norma baharu sepanjang dugaan pandemik ini. - Getaran, 19 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 39 minit yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 39 minit yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Konsert anjuran Icon Entertainment yang berlangsung lebih tiga jam itu bukan sekadar persembahan muzik, malah menjadi medan mengimbau kenangan dan nostalgia bua...

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...