web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Berita Muzik Indie Minggu Ini!

Perlukan cadangan lagu baharu untuk daftar lagu anda? Ini 3 cadangan karya indie terkini untuk menemani hujung minggu anda.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2022 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Go To Bed’ Oleh Lyrit

Dikenali sebagai seorang pemain biola berbakat, Lyrit kini menceburi bidang nyanyian dan muncul dengan single terbaharunya berjudul ‘Go To Bed’. Mungkin ramai yang belum mengenalinya namun, tidak dinafikan bahawa Lyrit mempunyai suara yang lembut dan sangat merdu. 

Sama seperti nama lagu ini, ‘Go To Bed’ mampu membuai para pendengar. Menariknya, single ini terhasil secara spontan menerusi sesi Instagram Live bersama pemuzik Markarolee dan Calvin Ho.

“Lucunya kami tidak ada apa-apa perancangan untuk menghasilkan lagu ini. Semua terjadi secara rawak dan spontan. 

“‘Go To Bed’ menceritakan tentang kenangan manis masa lalu. Kami ingin menghidupkan kembali perasaan gembira yang pernah kita rasakan bagi mengingatkan kita tentang keindahan hidup ini.

“Kami banyak mengambil insipirasi daripada karya-karya Shawn Wasabi, Snail's House, Kero Kero Bonito, Daft Punk dan In Love With a Ghost untuk menghasilkan rentak bunyi dan flow lagu ini,” jelas Lyrit.

Gabungan genre lofi, R&B dan pop ini berjaya menciptakan bunyi yang terasa segar serta unik malah  pasti akan menyentuh hati sesiapa yang mendengarnya.

‘Falling’ oleh Zeauk

Setelah lama menyepi, penyanyi Zeauk akhirnya muncul dengan single comback-nya ‘Falling’. Single rancak dan berunsur pop ini diterbitkan oleh penerbit terkenal Currley yang pernah menerbitkan muzik untuk  Elizabeth Tan, Hunny Madu, Daiyan Trisha dan Namewee.

Jelas dengan warna vokal Zeauk, karya kali ini menampil sedikit kelainan daripada karya-karya yang sebelumnya. Zeauk membuka lagu ini dengan perlahan sebelum membina momentum irama sehingga korus dan bahagian bridge. Latar muzik lagu ini juga dikemas dengan nuansa bunyi yang ‘euphoric’ dan tenang. Dibekalkan dengan lirik yang mudah difahamkan, lagu ini mampu meninggalkan kesan dan diingati oleh para pendengar.

Untuk pengetahuan semua, lagu ini merupakan single pertama yang menunjukkan peralihan zeauk ke dalam genre pop.

‘Dreamstate’ Oleh Belau dan Akacia
 

Pemenang Grammy dari Hungary, Belau kini kembali dengan buah tangan terbaharu mereka berjudul ‘Dreamstate’ bagi meraikan era baharu.

Meskipun masih hijau, duo ini telah mengadakan lebih daripada 200 persembahan di 25 buah negara sejak debutnya tiga tahun lalu. Malah EP sulung mereka berjudul 'The Odyssey' juga telah berjaya memenangi anugerah Grammy dalam kategori album muzik elektronik terbaik. 

Bagi memberi sedikit keunikan kali ini, mereka telah berkolaborasi bersama penyanyi, Akacia buat lagu ‘Dreamstate’.

“Kami suka menggabungkan rentak elektronik moden dan elegan bagi menghasilkan nuansa berunsur alam. Lirik yang kami gunakan juga tidak berat dan hanya menggunakan ayat-ayat ringkas dan mudah difahamkan.

“Lagu ini menceritakan tentang kisah kehidupan jika kita keluar dari zon selesa dan melakukan sesuatu yang kita mahukan. Bagi kami, itulah satu cara untuk berdamai dengan diri dan fikiran kita.

“Menariknya penggambaran video muzik ‘Dreamstate’ ini dilakukan sepenuhnya di Malta dan mengambil masa selama empat hari. Kami ingin menggambarkan landskap yang mempesonakan di Malta agar para penonton dapat merasa keindahan alam lewat visual video ini,” kata Belau.

Lagu ini merupakan sebuah karya yang mudah namun sedap didengar. Melodinya juga sangat menenangkan lebih-lebih lagi diserikan dengan suara merdu ketiga-tiga penyanyi ini. 

Kesemua lagu ini boleh didengar di semua pelantar muzik dan YouTube. - Getaran, 20 Mei 2022

Gambar: Tong Tong Asia, Belau dan Zeauk

Berita Berkaitan

1

Indie 4 tahun yang lalu

It’s Over: Curahan Hati Ezra Kairo

2

Indie 4 tahun yang lalu

Berita Lagu Indie Minggu Ini

3

Indie 4 tahun yang lalu

‘FlightOH665’ : Pengalaman Unik The Peachskins

4

Indie 4 tahun yang lalu

'NCIG' Tampil Sisi Berbeza The Nabil Nazmi Trio

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 10 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...