web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Artis Indie Perlu Tahu Tentang Hak Cipta Dan Royalti

Para penggiat seni wajib ambil tahu segala selok-belok hal agihan royalti agar tidak diperdaya oleh para oportunis.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2022 5:30PM

Gambar Hiasan, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak belakangan ini, isu kutipan royalti menjadi bualan hangat para penggiat seni. Dengan adanya tiga badan yang berbeza, ia telah mewujudkan kekeliruan dalam kalangan pengguna muzik dan konflik di antara pemegang hak cipta.

Mungkin bagi pendengar muzik, lagu yang didengar itu hanya sekadar menjadi hiburan dan peneman. Tapi, tahukah anda setiap karya ini mempunyai pemilik hak cipta yang berhak mendapat bayaran royalti sekiranya karya mereka dijual, diedarkan atau dimainkan di ruang awam?

Justeru itu, para penggiat seni perlu memahami dengan terperinci mekanisme pungutan dan agihan royalti agar tidak diperbodohkan dan ditindas. 

Pada masa ini, aktiviti pengeluaran lesen dan kutipan yuran untuk karya muzik dilakukan oleh tiga badan perlesenan yang mewakili kategori pemegang hak dan karya yang berbeza.

Pertama, Music Authors Copyright Protection Berhad (MACP) mewakili komposer, penulis lirik dan penerbit. Ia turut merangkumi penyiaran dan persembahan awam karya mereka. Selain itu, mereka mengeluarkan lesen kepada pihak yang ingin menggunakan karya anggota MACP untuk tujuan tersebut.

Tangkapan layar laman web MACP
Tangkapan layar laman web MACP

Kedua, Public Performance Malaysian Sendirian Berhad (PPM) pula mewakili semua syarikat rakaman Malaysia yang layak dan syarikat rakaman antarabangsa yang melesenkan PPM untuk mengawal hak mereka di Malaysia secara eksklusif.

Badan perlesenan ini juga mengeluarkan lesen untuk penggunaan karya dalam bentuk rakaman suara, video muzik dan karaoke. 

Tangkapan layar laman web PPM
Tangkapan layar laman web PPM

Ketiga, Recording Performers Malaysia Berhad (RPM) mewakili artis rakaman dan pemuzik serta pengeluaran lesen untuk pengguna yang ingin menggunakan rakaman suara sama ada dalam rakaman suara secara terbuka, penyiaran atau menyampaikannya kepada orang ramai.

Tangkapan layar laman web RPM
Tangkapan layar laman web RPM

Untuk pengetahuan semua, tidak semua karya muzik berada di bawah bidang kuasa badan perlesenan. Ketiga-tiga ini hanya mewakili karya dan pemegang hak cipta yang telah mendaftarkan diri dan menjadi anggota badan perlesenan tersebut. 

Berkongsi mengenai undang-undang yang sedia ada, vokalis utama kumpulan Jetcetera, Aida Rashid yang juga merupakan pelatih dalam kamar (Pupil in Chambers), berkata, “Saya rasa undang-undang berkaitan dengan hak cipta sangat jelas dan tidak rumit untuk difahamkan. 

Kumpulan Jetcetera
Kumpulan Jetcetera

“Sebaik sahaja kita mencipta sesuatu karya, kita mempunyai hak atasnya dengan syarat ia direkodkan secara nyata dan hitam putih.

“Satu lagi langkah untuk mendapatkan perlindungan secara menyeluruh selain daripada badan perlesenan adalah dengan mendaftarkannya dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

“Dengan ini, jika mana-mana pihak ingin menyiarkan atau mengedarkan muzik ciptaan anda, anda berhak membuat tuntutan terhadapnya. 

“Oleh sebab saya menyedari banyak isu mengenai pengagihan royalti di Malaysia, saya cuba untuk sentiasa menambah pengetahuan tentang undang-undang dan prosedur terbaharu untuk melindungi muzik saya.”

Berbeza pula dengan, Fathil Alimin vokalis kumpulan A. Limin. Katanya, perkara itu terlalu sukar untuk difahami oleh orang biasa. Lebih-lebih lagi bila prosedur yang disenaraikan terlalu banyak dan meleret-leret. 

Kumpulan A. Limin
Kumpulan A. Limin

“Kami turut sedih bila dapat tahu ada band yang baharu sahaja naik tapi sudah mula gaduh pasal duit. Sebab itulah jika kami ragu-ragu tentang sesuatu perkara, kami terus berkomunikasi sesama sendiri.

“Kami bertuah kerana banyak belajar mengenai pungutan dan agihan royalti daripada Putuceri (Masdo) dan AG Coco secara langsung.

“Kami berasa syarikat penerbit juga perlu mengambil inisiatif dengan mengadakan masterclass bagi mengajar para karyawan naungan mereka untuk lebih fasih dalam hal ini.

“Secara tidak langsung mereka tidak akan ada keraguan tentang hak mereka sekiranya berdepan dengan konflik,” jelasnya. 

Menurut Shazwan Zulkiffli (Ze), vokalis kumpulan Spooky Wet Dreams pula, “Sebagai seorang artis, ia sangat penting untuk mengetahui hak-hak kita dalam kerjaya seni ini.

Spooky Wet Dreams
Spooky Wet Dreams

“Selain daripada konsert dan merchandise, duit royalti adalah sebahagian daripada punca rezeki kita. Nilai sebuah karya itu bukanlah ‘one-off’. Mungkin bagi pendengar, ia bagaikan ‘peneman’ suka duka.

“Tapi, bagi karyawan seperti saya pula, ia sebuah pelaburan bukan sahaja buat saya, tapi keluarga dan masa hadapan anak-anak saya nanti. 

“Namun begitu, ramai pemuzik indie yang belum mendaftarkan lagu mereka dengan mana-mana badan perlesenan kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Secara personal, panduan secara visual amatlah diperlukan untuk mengajar mereka sekali gus mengelakkan mereka diambil kesempatan oleh mana-mana pihak tidak bermoral.”

Dalam perkembangan lain, Raja Nazrin Shah selaku gitaris dan vokalis, kugiran Sekumpulan Orang Gila (SOG) turut berkata, “Pembayaran royalti patut dijalankan setiap suku tahun agar para penggiat seni dapat mengetahui jumlah jualan atau penstriman mereka dari semasa ke semasa. 

“Perkara ini bukanlah sesuatu yang remeh. Kita kena ingat bahawa setiap karya kita ada nilainya. Jadi kita wajib ambil tahu segala selok-belok tentang hal ini supaya kita tak diperdaya oleh para oportunis.” - Getaran, 11 Februari 2022

Gambar: Ihsan setiap kumpulan

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

3

Muzik 2 tahun yang lalu

KPDN Adakan Perbincangan Kaedah Pembahagian Royalti Artis

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Lagu Terakhir Beatles Disiapkan Dengan Bantuan AI

Sorotan

1

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

2

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

3

JPJ Selangor Tahan Van, Sita Kenderaan Disyaki Terlibat Aktiviti Teksi Sapu Di KLIA

4

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

5

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

6

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 3 jam yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Filem & TV 10 jam yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Dibintangi barisan pelakon baharu dan berpengalaman seperti Nia Atasha, Yusuf Hashim, Faziq Mugris dan Scha Al-Yahya, Kisah Hati berkisar tentang konflik cinta...

Muzik 1 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Malam itu, "For You Nourul" bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah perjalanan yang meraikan ketabahan, kesetiaan dan kecintaan seorang penyanyi terhadap du...