Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


3 Karya Tempatan Yang Wajib Didengar Minggu Ini

Sedang melalui fasa sedih? Kami ada jawapan dalam bentuk muzik untuk mengubati hati anda.

Indie Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2021 9:05AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah sekian lama menghilang diri, penulis kini kembali menyenaraikan tiga karya baharu minggu ini yang tidak akan mengecewakan anda sama sekali dan wajib ada dalam senarai main anda.

 

'Faded Lights' oleh Kyoto Protocol

Kugiran popular, Kyoto Protocol kini kembali mewarnai dunia muzik tempatan dengan sebuah karya berjudul ‘Faded Lights'. 

Untuk pengetahuan semua, lagu ini merupakan single kedua kumpulan ini sejak kemunculan semula mereka awal tahun ini.

Berbanding lagu-lagu terdahulu yang kebanyakannya berirama rancak, kali ini Kyoto Protocol mempertaruhkan sebuah lagu yang sarat dengan emosi dan bakal membuat anda hanyut dalam kenangan bersama orang yang pernah menjadi segalanya buat kita. 

Bagi penulis, lagu ini tiba tepat pada bulan yang sering dikatakan ‘musim putus cinta’ untuk mengubati hati-hati yang sedang terluka. 

Menurut Fuad Alhabshi, vokalis utama Kyoto Protocol, “Karya ini merupakan usaha paling organik dari segi penulisan lagu buat kami. Meskipun terpaksa berdepan dengan banyak halangan sepanjang proses penghasilan lagu ini, kami cuba membiasakan diri untuk terus berkarya dalam ‘norma baharu’.

“Apa yang menarik, buat pertama kalinya, kami tidak mempunyai pengaruh tertentu ketika menulis lagu ini.”

Jika anda mendengar 'Faded Lights' dengan teliti, irama sayu yang dimainkan seakan-akan menggambarkan seribu kesedihan dan curahan perasaan tentang rasa ‘kehilangan’ seseorang yang penting dalam hidup. 

Lagu ini membuktikan bahawa karya muzik tidak perlu berlebih-lebihan kerana sesiapa yang mendengar dan menyelami lirik single ini pasti akan menitiskan air mata tanpa menyedari. Bagi penulis, muzik dan liriknya cukup menceritakan isi hati seseorang.

Oleh sebab tidak dapat menghasilkan video muzik secara fizikal sepanjang perintah kawalan pergerakan, Kyoto Protocol telah berkolaborasi bersama Fracas Works untuk menghasilkan sebuah video muzik animasi khusus buat single ‘Faded Lights’.

 

 

'Rindu' oleh MFMF., Airliftz dan Alex Ungku

‘Rindu’ merupakan sebuah trilogi putus cinta yang dihasilkan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Korea, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina. 

Sarat dengan gabungan beberapa genre, karya ini tampil dengan nuansa yang urban dan kontemporari. Diadun dengan baik, ‘Rindu’ semestinya mempunyai karakter tersendiri, jauh daripada karya-karya keluaran MFMF. yang sebelumnya. 

Lagu ini menceritakan tentang rasa patah hati ketika di-‘friendzone’ dengan orang yang disukai dan mungkin ramai pernah melaluinya. 

Berbeza dengan lagu putus cinta yang lain, lagu ini tidak mempunyai nada marah atau sedih. Malah, ia ditulis dengan nuansa terapeutik bagi menggambarkan penerimaan takdir bahawa mencintai seseorang tidak bermakna kita harus bersamanya. 

Mirip dengan muzik antarabangsa, gabungan penyanyi rap, Airliftz dan Alex Ungku menjadikan 'Rindu' lebih menyentuh jiwa. 

Ketika menulis lagu ini, MFMF. menyedari bahawa karya ini mampu dinyanyikan dalam apa jua bahasa tanpa menghilangkan mesej yang ingin disampaikan. 

Pasukan penulis lagu tempatan ini ingin menterjemahkan 'Rindu' dengan sebaik mungkin agar dapat dinikmati secara menyeluruh, sama seperti karya-karya keluaran Korea Selatan, Indonesia, China dan Taiwan. 

Lagu ini membuktikan fleksibiliti MFMF. dalam dunia pembikinan muzik dan mampu mengharumkan nama negara dalam industri muzik secara global.

 

'High Horses' oleh Trophy Knives

Dikenali sebagai sebuah kumpulan yang sering membincangkan isu-isu sensitif dan tabu dalam karya mereka, Trophy Knives kini mengeluarkan single terbaharu berjudul ‘High Horses’.

Lagu ini merupakan single keempat dari album kedua mereka Look the Other Way yang bakal menemui peminat tidak lama lagi.

Untuk pengetahuan semua video muzik single ini merupakan kesinambungan daripada video muzik mereka yang berjudul ‘Act 1:The Acknowledgement’. 

Apa yang lebih menarik, video muzik arahan Fracas Works ini dirakamkan di panggung wayang tertua di Malaysia iaitu The Coliseum Theatre. 

“Ia merupakan impian kami untuk membuat penggambaran di panggung wayang ini. Jadi, kami sangat teruja ketika dapat merealisasikannya.

“Meskipun usaha untuk menghasilkan video muzik ini telah tertangguh lebih setahun akibat pandemik COVID-19, kami gembira kerana penggambaran berjalan dengan lancar tanpa sebarang rintangan,” kata Vinesh Muniandy, selaku vokalis utama Trophy Knives.

‘High Horses’ mencerminkan isi hati dan perasaan rakyat sepanjang dua tahun ini. Ia mengisahkan pentingnya keutamaan dalam sesebuah perkara. 

Perasaan empati merupakan satu-satunya jalan untuk terus melangkah ke hadapan. Setiap orang boleh melakukan sesuatu untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk golongan yang kurang bernasib baik. 

Dalam kita menghadapi saat yang genting seperti kini, kita tidak boleh mementingkan diri dan dibelenggu perasaan negatif. - Getaran, 3 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 11 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

2

TARA 1 tahun yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

3

TARA 1 tahun yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

4

TARA 1 tahun yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Sorotan

1

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

2

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

3

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

4

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

5

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

6

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

oleh Wartawan Getaran

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

De Fam jawab kritikan dan jelaskan lirik lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

oleh Rahayu MN

Filem & TV 12 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis