web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 6:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

The Womb

Menjadi antara 10 filem paling banyak ditonton di Netflix, The Womb atau Inang menjadi filem seram Indonesia yang boleh anda tonton hujung minggu ini. 

Menceritakan tentang seorang perempuan bernama Wulan yang mengandung anak luar nikah. Dia cuma meminta tolong daripada kawan dan majikan, namun dia disisihkan.

Wulan akhirnya mencari kumpulan sokongan ibu tunggal yang mempunyai nasib sepertinya di Facebook. Dia berhasrat untuk memberikan anaknya kepada mana-mana keluarga angkat.

Dia akhirnya bertemu dengan sebuah keluarga. Sepanjang mengandung dia berpindah ke rumah keluarga itu yang tinggal di sebuah kawasan terpencil. 

Awalnya, Wulan sangat selesa dan akrab dengan keluarga itu. Namun lama-kelamaan, setelah Wulan menggali lebih banyak maklumat tentang rumah itu, makin banyak misteri yang semakin sulit dirungkai. Wulan mula berhadapan dengan pelbagai situasi aneh dan seram. Keadaan menjadi semakin buruk hari demi hari. – Wafa Awla 

 

'True Beauty'

Siri popular dari Korea ini akhirnya telah ditayangkan di platform penstriman Netflix. Drama yang diadaptasi daripada webtoon ini mengisahkan tentang seorang gadis yang mempunyai rupa paras yang hodoh iaitu Lim Joo Kyung lakonan Moon Ga Young. Joo kyung sering dibuli di sekolah kerana wajahnya. 

Perkara itu sering membuatkan dia sedih dan ingin menukar sekolah. Akhirnya impian Joo Kyung untuk menukar sekolah menjadi kenyataan apabila keluarganya terpaksa berpindah. Kerana tidak mahu dirinya terus dibuli di sekolah baru, Joo Kyung telah belajar teknik solekan di internet dan berjaya mengubah wajahnya menjadi jelita sehingga sering digelar bidadari oleh rakan-rakan di sekolah barunya. 

Di sekolah berkenaan Joo Kyung telah bertemu seorang jejaka kacak bernama Lee Su Ho lakonan Cha Eun Woo. Namun dia tidak tahu bahawa So So pernah menyelamatkannya daripada terjatuh dari sebuah bangunan kerana ketika itu wajahnya masih hodoh dan cermin matanya hilang. – Helmi Anuar

 

The Plagues of Breslau

Ia adalah filem dari Poland dan berkisar kepada pembunuhan bersiri akibat balas dendam. Kisah bagaimana seorang ibu tunggal yang menjadi pembunuh bersiri kerana mahu membalas dendam ke atas mereka yang merosakkan hidupnya hingga dia dibuang kerja.

Lima orang yang menyebabkan hidup Magda Drewniak lakonan Daria Widawska tertekan telah diseksa dan dibunuh dengan kejam. Dia meniru pembunuhan pada era pemerintahan Frederick The Great pada 1941, yang dilakukan setiap hari selama enam hari dan pada pukul 6 petang. Tujuan Frederick The Great menjalankan pembunuhan itu adalah untuk 'mencuci' seluruh bandar raya dari jenayah.

Magda seorang yang bijak, mendapat pendidikan dalam bidang undang-undang dan sejarah. Dan kebijaksanaannya itu digunakan untuk memperdaya pihak polis.

Dia menyamar sebagai pakar dalam jenayah ganas dan turut terlibat mencari pembunuh bersiri berkenaan bersama pihak polis.

Selepas semua mangsa dibunuh, mengejutkan apabila mangsa keenam adalah Magda sendiri. Magda memenggal sendiri kepalanya dan kemudian meminta seorang anggota polis yang berdepan dengan masalah peribadi, Helena Rus untuk menyerahkan kepala berkenaan kepada Perdana Menteri. 

Turut disertakan ialah video yang dirakamkan Magda, yang kecewa terhadap kerajaan kerana tidak membantu rakyat yang susah. The Plagues of Breslau boleh ditonton di Netflix. – Habibah Omar

 

A Man Called Otto

Sebagai peminat tegar aktor Tom Hanks, pantang dengar saja, penulis pasti akan berusaha mencari walau ke lubuk manapun filem lakonan terbaharunya.

Menerusi A Man Called Otto, Hanks membawa peranan seorang duda yang cengih dan gemar menyendiri selepas kematian isterinya Sonya, lakonan Rachel Keller.

Cubaannya untuk membunuh diri juga beberapa kali diganggu oleh sebuah keluarga yang baru saja berpindah ke situ.

Adakah rancangan Otto untuk menamatkan riwayatnya berjaya. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan sendiri kesudahan filem bergenre drama komedi arahan Marc Forster ini. – Suzan Ahmad - Getaran, 4 Mac 2023

Isu Pada

Dolla Tunjuk Taring

04 Mar 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini