web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


ALI2021 Umumkan Senarai Pusingan Separuh Akhir

ALI2020 meraikan bakat dan kecekalan para pemuzik indie Malaysia. Walaupun diadakan dalam keadaan pandemik, sebanyak lebih 700 penyertaan telah diterima!

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2021 9:10AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Meskipun baharu sahaja diperkenalkan tahun lalu, Anugerah Lagu Indie 2021 (ALI) membuktikan bahawa platform ini semakin mendapat perhatian dalam kalangan penggiat seni bebas dan industri muzik tempatan. 

Dalam sidang media yang diadakan baru-baru ini, Ahmed Faris Amir selaku Ketua Pegawai Eksekutif Rakita berkata, “Industri hiburan adalah salah satu industri yang paling terjejas semasa pandemik COVID-19. 

“Tapi melihatkan jumlah penyertaan yang diterima pada tahun ini, ternyata pandemik adalah satu cabaran yang boleh diharungi oleh pemuzik-pemuzik kita. 

“Saya lihat komuniti muzik indie tanah air ini sangat aktif dan saling menyokong antara satu sama lain. Semangat dan dedikasi yang mereka tampilkan telah memberi inspirasi kepada saya dan diharapkan agar ia dapat menjadi penanda aras kepada hala tuju industri ini,” tambahnya.

Kini, ALI telah mengumumkan 30 buah lagu terbaik yang berjaya mara ke pusingan separuh akhir. Pusingan ini bakal diadakan dalam tiga sesi bermula pada 6 November (10 buah lagu), diikuti dengan 13 November (10 buah lagu) dan 20 November (10 buah lagu) tahun ini. 

Untuk pengetahuan semua, lagu-lagu yang terpilih adalah daripada 200 buah lagu yang disenarai pendek dan daripada keseluruhan 757 penyertaan. 

Kesemua lagu ini terdiri daripada pelbagai genre muzik termasuk rock, pop, synth pop, hip hop dan balada. Apa yang lebih menarik, selain daripada lagu berbahasa Inggeris dan Melayu, ada juga yang berbahasa Tamil dan Jepun.

Antara karya yang disenaraikan adalah ‘Alive’ (Bihzhu), ‘All The Other Boys’ (SHN), ‘All Over Again’ (Rina-Hime), ‘Bebas’ (Shah Modescape), ‘Yang Asli’ (Margasatwa), ‘Enge Port’ (Arunboii) dan lain-lain.

Senarai lengkap 30 lagu yang bakal berentap di pusingan Separuh Akhir ALI 2021
Senarai lengkap 30 lagu yang bakal berentap di pusingan Separuh Akhir ALI 2021

“Penilaian kali ini sangat sukar kerana hampir semua lagu yang disenarai pendek berkualiti dan mempunyai bunyi unik yang tersendiri. Percaya atau tidak, kami juga teruja untuk mengetahui keputusannya kerana tidak menyangka terdapat begitu banyak lagu yang hebat sepanjang proses penilaian.

“Bagi kami, ALI memperjuangkan sambil meraikan bakat dalam lapangan indie tanah air. Jadi, acara ini bukanlah tentang soal menang atau kalah,” kata Jennifer Thompson, Ketua Juri.

Gjie Arlis (Eksekutif Muzik Rakita), Fadzli Rahim (Naib Presiden Esports Integrate), Ahmed Faris Amir (CEO Rakita), Jennifer Thompson (Ketua Juri ALI2021), Loy Ekzan (Naib Presiden Rakita), Elmi Elmo (Pengasas Hashtag Media)
Gjie Arlis (Eksekutif Muzik Rakita), Fadzli Rahim (Naib Presiden Esports Integrate), Ahmed Faris Amir (CEO Rakita), Jennifer Thompson (Ketua Juri ALI2021), Loy Ekzan (Naib Presiden Rakita), Elmi Elmo (Pengasas Hashtag Media)

Turut hadir dalam sidang media ini, juri jemputan Muhammad Fadzli Rahim, Naib Presiden Rakita, Loy Ekzan, Pengasas Hashtag Media, Elmi Elmo dan rakan kerjasama, Esports Integrated (Rakan Sukan Elektronik), TuneCore dan Believe (Rakan Muzik) dan Spacerubix sebagai Penaja Lokasi. 

Dalam perkembangan lain, lagu-lagu Top 200 yang telah diumumkan pada 12 Oktober lalu, kini boleh didengari menerusi Spotify rasmi, ALI.

Antara 30 buah lagu ini, hanya 12 buah lagu terbaik bakal mara ke pusingan terakhir ALI2021 pada 18 Disember ini. Jika anda berminat, anda boleh menonton acara Anugerah Lagu Indie secara langsung menerusi YouTube rasmi mereka. - Getaran, 22 Oktober 2021

Sumber gambar: Anugerah Lagu Indie (Rakita, Kamar Seni Studio, Hashtag Media dan Angkasa Space)

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Malam Galau Indonesia Diteruskan, Kali Ini Giliran Fiersa Besari

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Dari Twitter Ke Meja Menteri, Pemilik Harap Angkasa Kembali Dibuka

3

Muzik 3 tahun yang lalu

“Bukan Nak Lari, Tapi Harga Lesen Biarlah Munasabah” - Angkasa

4

Indie 4 tahun yang lalu

Berita Muzik Indie Minggu Ini!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 15 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN