Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


“Bukan Nak Lari, Tapi Harga Lesen Biarlah Munasabah” - Angkasa

Berita penutupan Angkasa telah membuatkan 24 acara yang melibatkan ramai penggiat seni terpaksa dibatalkan, sekali gus menjadikan Angkasa berdepan dengan kerugian sehingga RM36,000.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2022 6:22PM

Ketika Angkasa disita sekitar jam 7.45 malam tadi, mereka sedang mengadakan sebuah acara muzik hip-hop sebelum diserbu pihak berkuasa - Gambar Twitter Elmi Elmo

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Bukanlah nak lari tak mahu bayar, tapi harga lesen hiburan itu terlalu besar untuk pemilik dewan acara kecil seperti kami.”

Demikian luahan pemilik Angkasa Event Space, Mohd Zulhelmie Zullifan atau lebih dikenali sebagai Elmi apabila ruang acaranya disita pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam.

Ketika Angkasa disita sekitar jam 7.45 malam tadi, mereka sedang mengadakan sebuah acara muzik hip-hop sebelum diserbu pihak berkuasa kerana tidak mempunyai permit dan lesen hiburan.

"Kami agak kecewa kerana ini kali pertama kami melakukan kesilapan dan pihak DBKL terus menyita ruang acara tanpa memberi apa-apa amaran," kata Elmi - Twitter Elmi Elmo
"Kami agak kecewa kerana ini kali pertama kami melakukan kesilapan dan pihak DBKL terus menyita ruang acara tanpa memberi apa-apa amaran," kata Elmi - Twitter Elmi Elmo

“Sebelum ini, kami memang mempunyai lesen dewan untuk menganjurkan acara seperti ini. Namun malam tadi menurut pihak DBKL, lesen itu tidak boleh digunakan atas alasan kami menampilkan deejay seolah-olah acara di kelab malam. Jadi, kami perlu mempunyai permit atau lesen hiburan. 

“Kami agak kecewa kerana ini kali pertama kami melakukan kesilapan dan pihak DBKL terus menyita ruang acara tanpa memberi apa-apa amaran. Lagi pula kami tidak mampu membayar lesen hiburan dan kebanyakan daripada kami menggunakan lesen dewan untuk acara seperti ini. 

“Bagi mendapatkan kembali Angkasa, kami perlu membayar kompaun sebanyak RM50,000. Jika membuat rayuan, kami mungkin hanya perlu membayar RM25,000,” katanya ketika dihubungi Getaran. 

 

Pernah mohon 

Menurut Elmi lagi, pihaknya pernah memohon permit hiburan untuk sebuah acara pada tahun 2018. Biarpun harga permit hanyalah RM49, namun mereka perlu membayar RM30,000 untuk artis antarabangsa dan RM10,000 untuk artis tempatan sebagai deposit. 

Apa yang lebih menyedihkan, mereka perlu menunggu berbulan-bulan untuk mendapatkan semula wang deposit berkenaan.

“Kami bukan tidak pernah memohon permit hiburan. Kami pernah mendapatkannya untuk sebuah acara bersama artis Indonesia. Kami perlu membayar deposit RM30,000 kepada pihak DBKL. 

“Namun bila majlis selesai, kami terpaksa menunggu berbulan-bulan untuk mendapatkan semula wang kami. Selepas lebih empat bulan, saya terpaksa buat satu surat sokongan semata-mata untuk meminta kembali deposit kami kerana saya perlu membayar pekerja,” dedahnya.

 

Harga lesen hiburan tidak munasabah

Bukan itu sahaja, menurutnya lagi, harga lesen hiburan yang dikenakan kepada pemilik dewan acara kecil adalah sangat tidak munasabah. Mereka perlu membayar RM50,000 untuk deposit, manakala RM27,000 lagi untuk proses mendapatkan lesen berkenaan. 

Pendek kata, setiap pemilik dewan perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM77,000 jika berniat mendapatkan sebuah lesen hiburan.

Berita penutupan Angkasa telah membuatkan 24 acara yang melibatkan ramai penggiat seni terpaksa dibatalkan sekali gus - Gambar Twitter Elmi Elmo
Berita penutupan Angkasa telah membuatkan 24 acara yang melibatkan ramai penggiat seni terpaksa dibatalkan sekali gus - Gambar Twitter Elmi Elmo

“Kami bukan nak lari atau tidak mahu bayar, namun jumlah itu sangat besar dan tidak munasabah untuk pemilik dewan acara kecil. Bukan saya sahaja yang merasakannya, keluhan ini turut dirasakan pemilik event space yang lain.

“Jika RM50,000 perlu dibayar oleh kelab malam besar, mungkin munasabah. Namun untuk kami, hal ini menyusahkan.

“Daripada jumlah sebesar RM50,000 itu disimpan oleh DBKL, lagi baik kami gunakan wang itu untuk menyokong kegiatan anak seni,” katanya.

 

Scene seni makin rancak selepas pandemik

Selepas acara hiburan dibekukan dan penggiat seni terpaksa ikat perut selama dua tahun akibat pandemik, Elmi merasakan acara-acara yang kembali rancak telah menaikkan semangat komuniti seni. 

Namun berita penutupan Angkasa telah membuatkan 24 acara yang melibatkan ramai penggiat seni terpaksa dibatalkan sekali gus menjadikan Angkasa berdepan dengan kerugian sehingga RM36,000.

“Sebenarnya kita baru sahaja mendapatkan momentum selepas berhenti lama akibat pandemik. Ramai penggiat seni yang cari makan juga bergantung kepada persembahan.

“Selepas industri dibuka, ramai yang datang ke acara seni dan tiket kebanyakannya laku keras seperti acara Malam Galau Indonesia. Kita dapat lihat scene muzik semakin berkembang. Tapi, sudah rancak begini tiba-tiba ada pula yang ‘potong’.

“Setakat ini, kami terpaksa membatalkan 24 acara pada hujung minggu. Belum lagi hari lain yang selalunya dijadikan tempat penggambaran muzik video,” katanya.

Sejak Angkasa dibuka pada tahun 2018, mereka telah menganjurkan pelbagai acara seni gig dan persembahan melibatkan penggiat seni arus perdana mahupun independent. 

Antara selebriti yang pernah membuat persembahan di sini termasuklah Datuk M. Nasir, Noh Salleh, Masdo, Kyoto Protocol dan ramai lagi. - Getaran, 25 Julai 2022

Sumber gambar: Twitter Elmi Elmo, Instagram Angkasaspace

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

8,000 Liter Diesel Disyaki Cuba Diseleweng Disita Di Pokok Sena

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Senaraikan Memandu Di Bawah Alkohol Sebagai Kesalahan Tidak Boleh Dikompaun - PERKASA

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Enggan Bayar Saman Tertunggak, MPAJ Cadang Senarai Hitam Lesen Perniagaan

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Malam Galau Indonesia Diteruskan, Kali Ini Giliran Fiersa Besari

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Filem & TV 15 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21