web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malam Galau Indonesia Diteruskan, Kali Ini Giliran Fiersa Besari

Penulis buku, komposer serta penyanyi Fiersa Besari bakal mempersembahkan konsert sulungnya di Malaysia pada 31 Oktober.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Oct 2022 5:05PM

Fiersa Besari - Gambar Instagram Fiersa Besari

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas Malam Galau Indonesia yang diadakan pada Ogos menerima sambutan hangat, Angkasa Event Space meneruskan lagi acara gemilang itu dengan membawakan penyanyi asal Indonesia, Fiersa Besari di Kuala Lumpur.

Bertempat di ZEPP KL, Penulis buku, komposer serta penyanyi Fiersa Besari bakal mempersembahkan konsert sulungnya di Malaysia pada 31 Oktober 2022 bermula dari 8 malam hingga 11 malam.

“Ramai peminat  Fiersa Besari di Malaysia. Tiket kategori CAT 1 telah habis dijual dalam masa dua hari sejak ia mula dijual. Kami menyimpan harapan besar untuk konsert ini melihat kepada sambutan yang memberangsangkan di platform media sosial seperti TikTok dan Twitter.

Gambar ihsan Angkasa Event Space
Gambar ihsan Angkasa Event Space

 “Setakat hari ini, separuh tiket sudah terjual,” kata Zulhelmie Zullidan selaku penganjur konsert ketika dihubungi Getaran.

Selain dari Fiersa Besari, Langkasuka yang merupakan sebuah kumpulan muzik indie tanah air akan membuat persembahan pembuka acara pada malam konsert. Langkasuka akan membawakan beberapa lagu mereka seperti Sang Biru dan Langkasuka.

Tiket mula dijual bermula harga RM100 sehingga RM2,400 (VIP Box) di laman web Angkasa NFT, laman web Uber Tickets dan serta Whatsapp Hashtag Media.

Terdahulu, Angkasa Event Space turut menjadi penganjur beberapa konsert yang mengundang artis Indonesia seperti Fourtwnty, Barasuara dan Sisitipsi pada tahun 2019.

Ketiga-tiga konsert itu mendapat sambutan amat baik oleh para peminat di Malaysia. Kehadiran Fiersa Besari ke Malaysia dijangkakan akan dapat memberikan magis yang serupa. - Getaran, 5 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rampasan Dadah KL Meningkat 7 Kali Ganda

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Spider 'Keluar Sarang' Live Di Kuala Lumpur Jun Ini

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 16 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN