Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Anugerah Lagu Indie' Platform Raikan Usaha Dan Karya Penggiat Seni Bebas

Enggan jadikan pandemik sebagai penghalang, Anugerah Lagu Indie terus maju pada tahun kedua dengan misi mengangkat dan mengetengahkan karya-karya indie tempatan.

Indie Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Jul 2021 9:19AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah kejayaannya tahun lepas, Anugerah Lagu Indie (ALI) kembali lagi buat tahun kedua dan bakal menemui kemuncaknya pada Oktober tahun ini. ALI merupakan platform bagi memberi pengiktirafan kepada lagu-lagu berkualiti yang dihasilkan oleh para penggiat seni bebas. 

“Idea untuk menganjurkan Anugerah Lagu Indie lahir apabila Kamar Seni Studio, Hashtag Media dan Angkasa Event Space ingin melakukan sesuatu untuk memberi penghargaan kepada para penulis lagu dan pemuzik dalam scene indie tanah air sekali gus meraikan usaha serta karya mereka. 

“Semasa mereka membincangkannya, kami di Rakita juga turut memikirkan idea yang sama memandangkan keadaan pandemik membuatkan pertunjukan tidak dibenarkan, atau gig yang sering diadakan untuk menonjolkan karya pemuzik indie ketika itu dihentikan. Jadi, kami gabungkan idea ini dan terhasilah ‘Anugerah Lagu Indie’.

“Walaupun sukar untuk menandingi anugerah-anugerah berprestij arus perdana, ALI adalah platform yang baik untuk mengangkat dan mengetengahkan karya-karya baharu mereka dalam industri muzik Malaysia,” kata Mohamed Hairul Ekzan, Ketua Operasi stesen radio Rakita 107.9.

Pemenang tempat pertama ALI2020, Margosa menerusi lagu 'Penawar' tulisan Raja Nazrin Shah dan Fazleena Hishamuddin
Pemenang tempat pertama ALI2020, Margosa menerusi lagu 'Penawar' tulisan Raja Nazrin Shah dan Fazleena Hishamuddin

Meskipun anugerah ini tidak dapat diadakan secara terbuka tahun lepas,  pihak penganjur ingin mengadakannya dengan kehadiran penonton secara fizikal tahun ini. 

“Kami telah menerima banyak permintaan daripada ramai orang tahun lalu yang mengatakan mereka ingin menghadiri acara ini dan menontonnya secara langsung. 

“Jadi, kami pun sedang berusaha untuk ke arah itu. Tapi, memandangkan situasi sekarang yang tidak mengizinkan, memang susah nak jangkakan apa-apa buat masa ini. Kami pun tengah menunggu keadaan pandemik reda kerana sukar untuk menentukan apa-apa sekarang,” jelasnya.

Berikutan sokongan positif yang diterima daripada komuniti indie, ALI sedang menjalankan sesi keempat pencalonan lagu yang sedang berlangsung hingga 13 Ogos 2021. 

Pencalonan terbuka kepada semua penulis lagu, pemuzik dan penyanyi indie di Malaysia dan tiada had umur. Syarat kelayakan adalah penerbitan lagu-lagu tersebut mestilah dalam lingkungan tempoh 14 Ogos 2020 hingga 13 Ogos 2021 sahaja, serta bebas daripada ikatan penerbitan dengan mana-mana syarikat rakaman.

“Kami bakal mengumumkan barisan juri profesional bagi menilai pertandingan ini tidak lama lagi. Mereka terdiri daripada orang-orang yang dikenali dalam industri muzik tanah air. Apa yang mendebarkan, terdapat beberapa juri baharu kali ini.

“ALI bukanlah anugerah lagu berdasarkan populariti, sebaliknya kualiti adalah kriteria utama yang dinilai. Selain itu kami juga melihat lirik, rakaman, gubahan, teknik vokal dan keaslian yang ada pada setiap lagu. Jadi artis yang orang tak kenal pun kami terima,” tambahnya.

“Walau bagaimanapun, ALI juga memperkenalkan ‘Anugerah Lagu Popular’ dan ‘Anugerah Carta Indie Kita’ sebagai anugerah sampingan.

“50 buah lagu terbaik akan disenarai pendek daripada setiap sesi. Kesemua empat sesi akan mengumpulkan 200 buah lagu terbaik secara keseluruhan.

“Kemudian, 30 yang terbaik daripada 200 buah lagu tersebut akan bertanding di pusingan Separuh Akhir yang bakal berlangsung September depan. Hanya 12 buah lagu sahaja yang akan layak bertanding di Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2021. 

“Pada tahun ini kesemua anugerah bakal dinilai berdasarkan penilaian para juri dan tiada pengundian oleh peminat kecuali kategori ‘Anugerah Lagu Popular’.

“Dengan kepelbagaian genre di dalam acara ini, kewujudan Anugerah Lagu Indie diharap dapat mengangkat martabat para penggiat seni bebas dalam industri muzik tempatan,” kata Mohamed Hairul Ekzan menutup bicara. 

Sama seperti tahun lalu, ALI tahun ini dibawakan oleh Hashtag Media, Kamar Seni Studio, Angkasa Event Space dan Rakita 107.9.

Dapatkan maklumat lanjut dan berita terkini mengenai Anugerah Lagu Indie di laman web rasmi mereka atau laman sosial di Twitter, Instagram dan Facebook. - Getaran, 23 Julai 2021

Semua gambar: Rakita, Kamar Seni Studio, Hashtag Media dan Angkasa Space

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low โ€“ Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan โ€“ Khaled

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN

Selebriti 4 jam yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

Bayi lelaki seberat 3.06 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 12 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 7 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

oleh Wartawan Hiburan Getaran