Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Eksplorasi Nusantara Ramayan ‘Di Persiaran Cakrawala’

Album Ramayan 'Di Persiaran Cakrawala' bukan sahaja menjadi sebuah eksplorasi bunyian malah cara kerja pemasaran muzik di era pandemik.

Indie Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2021 11:10AM

Gambar: Alif Ridzuan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah hampir 4 tahun bertapa, kugiran Neo-Psikedelik Malaya iaitu Ramayan telah bersedia untuk mempertaruhkan album penuh sulung yang bertemakan ‘epik fantasi’ bertajuk Di Persiaran Cakrawala. Album ini telah pun tersedia di pasaran bermula 10 Febuari yang lalu. Istimewanya, album ini mengandungi 10 buah lagu dengan atmosfera dan mood yang bervariasi, di mana para pendengar dibawa ke sebuah pengembaraan emosi dan pengalaman ‘sonic’ yang berbeza dengan rilisan EP sebelum ini. 

“Album ini merupakan buah tangan yang sangat bermakna dan istimewa untuk menggambarkan perkembangan Ramayan sebagai kugiran yang telah pun bersama selama setengah dekad. Genre ‘psikedelik’ masih kami kekalkan. Mungkin ada penambahbaikan dari segi kaedah seperti eksperimentasi dengan bunyian elektronik. Walau bagaimanapun, kami masih berada dalam dunia yang sama dan tidak lari jauh dengan identiti Ramayan itu sendiri.” kongsi Ramayan. 

Mengambil masa 2 tahun dalam produksi pembuatan, album ini juga telah menampilkan pemuzik berkaliber dari Indonesia, Mondo Gascaro selaku produser bersama yang telah meluangkan masa selama sebulan di Malaysia untuk bekerjasama dalam proses rakaman. 

Pereka Kulit Album: Irfan Aljuffry & Muntasir Mohamed
Pereka Kulit Album: Irfan Aljuffry & Muntasir Mohamed

“Selepas kami membuat kajian tentang material dan karya sentuhan Mondo Gascaro, kami dapat merasakan yang beliau adalah pilihan yang paling tepat. Hasil kolaborasi ini, kami dapat mencapai bunyian yang kami kehendaki. Selain itu, semasa proses rakaman di studio Ronggeng (Luncai Emas), kebanyakannya kami menggunakan barangan muzik vintaj untuk mendapatkan kualiti dan nuansa rakaman seperti zaman 70-an” ujar mereka.

Bunyian ‘Di Persiaran Cakrawala’ terinspirasi daripada muzik-muzik pada masa lalu terutamanya dari artis-artis seperti The Beatles, Todd Rundgren, ABBA, David Bowie, dan artis legenda Nusantara seperti Sweet Charity, Kembara, dan Allahyarham Sudirman Haji Arsyad. Kekuatan album ini adalah muziknya selari dengan tema retro-futuristik. Tema ini dapat dilihat melalui visual serta fesyen yang diragakan pada reka kulit album.

“Kami telah berganding bahu dengan ramai pihak untuk bersama-sama merancang hala tuju album ini.  Berbulan-bulan juga kami kembangkan idea untuk visualnya. Selain itu, muzik video untuk focus single kami iaitu ‘Lamunan Anak Bulan’ telah membawa kepada keputusan muktamad dalam memutuskan konsep album ini. Sebagai contohnya, elemen-elemen seperti sains fiksyen dan eksplorasi nusantara ke alam semesta yang dapat kita lihat dalam video muzik single ini merupakan gambaran sebenar kesuluruhan album kami.” 

Ramayan memilih lagu ‘Lamunan Anak Bulan’ sebagai focus single untuk album ini. Single yang telah dikeluarkan awal September 2020 ini juga telah dinobatkan sebagai pemenang ‘TAPAU Awards’ dalam kategori ‘Lagu Terbaik’ Disember 2020 yang lalu.

“Kami memilih lagu ini sebagai focus single kerana ia merupakan lagu yang paling sesuai untuk menjadi pengenalan album kami. Ia boleh memberikan tanggapan pertama yang menarik dan para peminat akan menjangkakan lagu-lagu lain juga mempunyai kekuatan yang sama seperti lagu ini.”

Bagi Ramayan sendiri, mengeluarkan album di kala pandemik ini bukanlah sesuatu keputusan yang mudah, tetapi ia banyak membantu Ramayan sendiri untuk menjadi lebih matang dari sudut perniagaan muzik dan memanfaatkan teknologi internet masa kini. Mereka juga sempat berkongi tentang initiatif yang telah diusahakan untuk sesi pradengar eksklusif album mereka pada 22 Januari 2021 yang lalu.

“Situasi pandemik ini juga telah menyedarkan kami bahawa selama ini kami memandang remeh teknologi digital. Oleh itu, kami mula belajar menggunakan segala aplikasi yang ada. Kami juga telah melancarkan album kami dengan bersiaran secara langsung di platform Tapau Asia dan ianya merupakan kolaborasi dari ramai pihak antaranya THEROCKSHOW, Rojak Session, BsyncLive, Perceive, Krom Studio dan Mustaj Records.” 

Gambar: Alif Ridzuan
Gambar: Alif Ridzuan

Menurut Ramayan, mereka mempunyai beberapa perancangan pada masa terdekat untuk mengeluarkan produk barangan eksklusif serta kandungan yang unik dan berkualiti. Mereka mahukan peminat mereka merasa berbaloi. Sehubungan dengan itu, mereka juga sempat berkongsi tentang pentingnya perancangan masa panjang untuk jangka hayat sesebuah kugiran. 

“Untuk kekal dalam industri ini, kita tidak boleh sesekali berputus asa. Selagi ada duit, tenaga dan masa untuk berkarya, teruskan sahaja. Yang penting, kita perlu belajar tentang kepentingan perniagaan muzik dan usaha dengan lebih lagi. Sekarang bukanlah masa untuk kita malas dan menunggu peminat datang kepada kita. Sebaliknya, kita yang perlu sentiasa bersikap proaktif dan tunjukkan material atau produk yang ingin kita jual.”

Sehingga hari ini, Di Persiaran Cakrawala menerima maklumbalas yang sangat positif dari orang ramai. Ramayan berharap sekali lagi agar media massa tidak memilih bulu untuk mengetengahkan bunyian baru Malaysia supaya industri lebih terbuka, meriah dan bervariasi setaraf muzik-muzik antarabangsa agar terhapus sempadan antara indie dan mainstream. Hasrat Ramayan kepada peminat adalah supaya seni dan muzik mereka terus dapat dihargai, difahami, dihayati seterusnya dikongsi seluas yang boleh. - Getaran 19 Februari 2021

Gambar: Alif Ridzuan
Gambar: Alif Ridzuan

Berita Berkaitan

1

Muzik 20 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

3

Muzik 2 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

4

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 20 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Video kumpulan k-pop ini membuatkan peminat teruja dan ingin lihat mereka menari tarian yang sama ketika konsert nanti

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 jam yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

Anda bukan sahaja boleh menikmati makanan enak, malah bercuti selama tiga hari 2 malam dengan Merqeen.

oleh Rahayu MN

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran