web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


10 Atlet Paling Menawan di #Olimpik2020

Intai 10 atlet antarabangsa paling mencuri perhatian di temasya Olimpik Tokyo kali ini.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2021 10:45AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dapat menyaksikan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung setelah menunggu hampir setahun ia tergendala dek wabak COVID-19, amatlah meriangkan. 

Dan, apa yang menambah kegembiraan kala acara sukan ini berlangsung adalah melihat sebilangan atlet menjadi sensasi media sosial dalam satu malam.

Atlet-atlet ini mendapat pengiktirafan bukan sahaja kerana kepakaran mereka dalam bidang sukan, malah penampilan menawan mereka turut menjadi siulan dan bualan seantero dunia digital.

Meskipun penganjuran edisi kali ini bebas penonton, ia tidak menghalang orang ramai untuk melihat dan mengikuti perkembangan mereka di media sosial.

Berikut kami senaraikan 10 atlet paling menawan di temasya #Olimpik2020 yang menjadi sensasi internet dan boleh anda ikuti di Instagram:

#1 Farah Ann 

Pertama, tentulah atlet kebanggaan kita, Farah Ann Abdul Hadi. Berusia 27 tahun, dia merupakan atlet gimrama kebangsaan ketiga negara yang berjaya mara ke peringkat Olimpik. Ini merupakan penampilan pertama Farah di arena sukan terbesar dunia ini. 

Nama: Farah Ann Abdul Hadi

Sukan: Gimnastik Artistik

Negara: Malaysia

Instagram: @farahann94 

#2 Welson Sim 

Berasal dari Kuching, Sarawak, atlet renang kebangsaan berusia 24 tahun ini turut menjadi sensasi di China. Pada usia 19 tahun, Welson sudahpun berjaya bertanding di Olimpik Rio 2016. Sama seperti Farah, Welson turut dilamar pelbagai jenama dan media untuk sesi fotografi. 

Nama: Welson Sim Wee Sheng

Sukan: Renang

Negara: Malaysia

Instagram: @welsonsim 

#3 Alica Schmidt

Dianggap sebagai atlet wanita paling seksi di dunia, Alica memiliki 2.1 juta pengikut di Instagram. Penampilannya di Olimpik Tokyo ini membuatkan nama Alica semakin tular di semua media sosial. Pelari wanita jelita ini mewakili Jerman dan baru sahaja berusia 23 tahun. 

Nama: Alicia Schimdt 

Sukan: Balapan (Lari)

Negara: Jerman

Instagram: @alicasmd 

#4 Arthur Nory

Arthur Nory Oyakawa Mariano telah mendapat perhatian sejak penampilan pertamanya di Olimpik Rio 2016. Gimrama asal Brazil ini berdarah kacukan Brazil-Jepun dan terus-terusan memukau penonton seluruh dunia dengan penampilannya yang menawan dan tampan.

Nama: Arthur Nory Oyakawa Mariano

Sukan: Gimnastik 

Negara: Brazil

Instagram: @arthurnory 

#5 Chantel Malone

Walaupun Chantel dilahirkan di Puerto Rico, dia mewakili panji British Virgin Islands untuk sukan lompat jauh. Aktif sejak 2005, atlet berusia 30 tahun ini banyak memenangi pingat termasuk pingat emas di Pan American Games 2019 di Lima, Peru. 

Nama: Chantel Ellen Malone

Sukan: Balapan (Lompat Jauh)

Negara: British Virgin Islands

Instagram: @chantz02 

#6 Pita Taufatofua

Seorang lagi atlet yang bersinar sejak Olimpik Rio 2016 dan sekali lagi memukau warganet dengan penampilan busana tradisional tanpa baju semasa membawa bendera di upacara perarakan negara di majlis pembukaan #Olimpik2021.

Nama: Pita Nikolas Taufatofua

Sukan: Bela Diri (Taekwondo)

Negara: Tonga

Instagram: @pita_tofua

#7 Valentina Giraldo

Tidak banyak informasi tentang atlet berusia 21 tahun ini melainkan jumlah pengikutnya di Instagram sudah mencecah 1.7 juta pengikut. Ramai warganet menyamakan Valentina dengan watak fiksyen Katniss Everdeen (The Hunger Games) kerana rupa dan kemahirannya memanah.

Nama: Valentina Acosta Giraldo

Sukan: Balapan (Memanah)

Negara: Columbia

Instagram: @vofvadi 

#8 Kim Ji Wook 

Kim Ji Wook bergandingan dengan Kim Su Ji sebagai atlet terjun papan anjal 3m berirama dari Korea Selatan. Kim Ji Wook mendapat perhatian kerana penampilannya yang persis pelakon Korea atau penyanyi kumpulan K-Pop! 

Nama: Kim Ji Wook 

Sukan: Renang (Papan Anjal)

Negara: Korea Selatan

Instagram: @kimjiwook_01 

#9 Polina Knoroz

Atlet lompat galah ini mencuri hati ramai lelaki di seluruh dunia sebaik sahaja melangkah kaki ke stadium. Berasal dari Rusia, Polina yang berusia 22 tahun sudah memenangi banyak pingat di sepanjang karier sukannya. 

Nama: Polina Knoroz

Sukan: Balapan (Lompat Galah)

Negara: Jawatankuasa Olimpik Rusia (ROC)

Instagram: @pknoroz__ 

#10 Tom Daley

Pernah melakar sejarah apabila berjaya melayakkan diri ke Olimpik Beijing 2008 pada usia 8 tahun. Tom Daley akhirnya menggenggam pingat emas pada penampilan keempatnya ini di Olimpik Tokyo 2021 dalam acara papan anjal 10m lelaki. 

Nama: Thomas Robert Daley
Sukan: Renang (Papan Anjal)
Negara: Great Britain 
Instagram: @tomdaley

Tom Daley juga tular baru-bari ini kerana dilihat khusyuk mengait di kerusi penonton semasa acara terjun sedang berlangsung! – Getaran, 3 Ogos 2021

Semua gambar: Instagram atlet berkenaan

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN