web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Nampak Murahan, Kenapa Pelajar Yang ‘Design’ Busana Acara Besar Dunia?”

Pemerhati fesyen Suzie Adnan berasakan jika peluang itu diberikan kepada mana-mana pereka fesyen profesional tempatan, pasti ramai yang akan sudi menghasilkan rekaan untuk acara bertaraf dunia itu.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2021 3:00PM

Gambar Fail AFP

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semalam berlangsungnya upacara pembukaan temasya Sukan Olimpik 2020 penuh gemilang di Stadium Olimpik, Tokyo. Seramai 13 wakil kebangsaan negara kita dilihat berarak masuk dengan menyarung busana berwarna Jalur Gemilang. 

Difahamkan, busana yang disarungkan mereka itu dihasilkan khas oleh pelajar dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan mengangkat tema Laksamana Hang Tuah. Pelbagai reaksi diberikan warganet terhadap busana yang dipakai kontinjen Malaysia. 

Namun bagi pemerhati fesyen, Suzie Adnan, rekaan yang ditampilkan oleh wakil Malaysia itu agak mengecewakan dan kurang menyerlah untuk sebuah acara besar bertaraf dunia.

“Saya rasa untuk acara sebesar Olimpik, janganlah beri tanggungjawab menghasilkan rekaan ini kepada pelajar. Mengapa tidak dilantik pereka fesyen profesional? Bayangkan rekaan busana kontinjen Amerika Syarikat sendiri direka oleh pereka fesyen tersohor mereka seperti Ralph Lauren dan Lacoste for France.

Gambar Fail AFP
Gambar Fail AFP

“Maaf saya katakan, rekaan baju tersebut nampak murahan sedikit. Saya faham mungkin mereka nak nampakkan kontinjen kita menyerlah dari jauh dengan warna-warna yang ‘pop’.

“Namun, busana itu seharusnya menunjukkan ciri-ciri negara. Janganlah abaikan perincian seperti pemilihan fabrik yang boleh digandingkan dengan corak eksklusif melambangkan Malaysia. 

“Potongan jaket yang dipakai kontinjen juga seharusnya diberikan sedikit inovasi. Malaysia tahun 2021 sepatutnya tidak kelihatan terkebelakang seperti ini.

“Kalau peluang ini diberikan kepada mana-mana pereka fesyen tempatan kita, saya pasti ramai yang sudi untuk menghasilkan rekaan buat kontinjen kita,” katanya ketika dihubungi Getaran. 

Bukan itu sahaja, Suzie yang sudah berkecimpung dalam dunia penulisan fesyen sejak 2004 berasaskan rekaan yang ditampilkan untuk kontinjen Malaysia tidak cukup unggul untuk membawa tema Laksamana Hang Tuah. 

Gambar: Facebook Majlis Sukan Negara & Team Malaysia
Gambar: Facebook Majlis Sukan Negara & Team Malaysia

“Ia nampak seperti baju Melayu normal yang ada di mana-mana. Untuk mengatakan rekaan ini sebagai melambangkan Laksamana Hang Tuah, saya rasa ia seperti penghinaan secara halus,” tambahnya.

Untuk sukan Olimpik kali ini, Malaysia telah menghantar 30 atlet yang akan beraksi untuk 27 acara meliputi 10 jenis sukan. Mereka akan bersaing dengan kontinjen dari 205 negara yang sudah mengesahkan penyertaan. - Getaran, 24 Julai 2021

Isu Pada

Sweet Qismina Melakar Laluan Seni

24 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

3

Gaya 1 tahun yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Kek Secret Recipe Diterjemah Menjadi Busana Melayu Tradisional

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN