web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cantik Dari Rumah, Lupakan Salun Ketika PKP

Melihat penampilan kulit yang semakin kusam dan tidak bermaya pasti membuatkan hati tidak seronok. Tapi bagaimana boleh kita manjakan kulit wajah di rumah semasa PKP ini?

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2021 2:30PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perintah Kawalan Pergerakan bersambung lagi dan ini bermakna spa dan salun kecantikan masih tidak dibenarkan beroperasi seperti biasa. 

Bagi yang mementingkan kecantikan, situasi ini sedikit sebanyak boleh mendatangkan kebimbangan, lebih-lebih lagi jika anda seorang yang berdisiplin dalam menjaga kecantikan kulit, terutamanya wajah. 

Melihat penampilan kulit yang semakin kusam dan tidak bermaya pasti membuatkan hati tidak seronok. Apa sebenarnya yang tidak kena? 

Adakah kerana produk penjagaan wajah yang digunakan tidak berkualiti, atau adakah kerana rutin penjagaan wajah yang kurang tepat? Mungkin itu di antara persoalan yang bermain di fikiran. 

Maklumlah sebelum ini anda serahkan ‘kepercayaan’ kepada juruterapi untuk mencantikkan wajah anda.   

Baiklah, asas untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik, sihat dan berseri adalah, anda mesti tahu tentang rutin penjagaan wajah yang betul. 

Jangan sesekali tinggalkan rutin membersih, menyegar dan melembap. Jika tiga asas utama penjagaan wajah ini diabaikan, kulit wajah akan mudah kusam dan tidak bermaya.

Paling menakutkan, anda akan nampak lebih berusia dari usia sebenar. Memandangkan sekarang ini anda tidak boleh ke salun atau klinik kecantikan untuk mendapatkan rawatan wajah yang diperlukan, jadi bertindaklah dengan bijak. 

Jangan biarkan kulit atau wajah anda ‘rosak’ kerana kelalaian diri sendiri. Hendak cantik, mesti rajinkan diri. Kena korbankan ‘kemalasan’. 

Selain membersih, menyegar dan melembap, anda juga harus memberi ‘makanan’ kepada kulit. Tanpa makanan, kulit tidak mampu tampil menawan. 

Salah satu ‘makanan’ berkhasiat untuk kulit ialah serum. Pemakaian serum sangat penting untuk menghasilkan kulit wajah mulus, berseri dan awet muda. 

Serum dianggap penting kerana mempunyai pelbagai fungsi. Ia berasaskan air dan tidak mengandungi sebarang minyak atau bahan pelembap seperti petroleum yang menjadikannya lebih likat.

Pakar Estetik, Dr. Abrizah Ousman dari Dr. Abby Clinic, menjelaskan serum mengandungi bahan aktif untuk merawat kulit yang lebih tinggi kepekatannya berbanding krim dan losen. 

Pakar estetik, Dr. Abrizah Ousman
Pakar estetik, Dr. Abrizah Ousman

Hanya beberapa titik serum (tiga hingga lima titik) sudah cukup memberikan kesan terbaik kepada kulit kerana kepekatan bahan aktif di dalamnya yang tinggi. Oleh itu, serum kebiasaannya lebih mahal daripada losen dan krim.

Memang benar, mencuci wajah dengan betul pada setiap hari boleh menyingkirkan kekotoran pada wajah. Malah, ia juga boleh mengembalikan kesegarannya. 

Namun, tahukah anda amalan mencuci wajah juga boleh membuatkan kulit wajah hilang kelembapan semula jadinya?

Lebih-lebih lagi jika anda tersilap memilih pembersih muka yang kurang sesuai dengan kulit. Jadi, sebab itulah anda memerlukan serum wajah untuk mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit wajah.

Pemakaian serum wajah secara rutin boleh mempercepatkan proses regenerasi agar kulit tetap lembab berseri. Serum mempunyai daya kerja lebih kuat kerana testur bahannya lebih cepat meresap dan membantu meningkatkan produksi kolagen pada kulit wajah.

Jadi jika anda masih belum pernah menggunakan serum, mungkin sudah sampai masanya untuk anda mencuba dan lihat sendiri keberkesanannya. 

Berikut adalah cara menggunakan serum wajah dengan betul:

1) Bersihkan wajah dengan betul dan selepas menggunakan toner, baru sapukan serum pada kulit. Gunakan serum yang secukupnya. Kemudian tepuk-tepuk dengan perlahan menggunakan jari-jari tangan.

2) Jika anda memiliki kulit sensitif, setelah membersihkan wajah tunggu antara 10-15 minit sebelum memakai.

3) Ingat, serum perlu dipakai terlebih dahulu sebelum memakai pelembab wajah.

4) Sebaik-baiknya, serum wajah perlu dipakai sebanyak dua kali sehari. Jika tidak, memadai dengan sekali penggunaan iaitu pada sebelah pagi atau malam.

Jaga diri, jaga emosi dan terus kekal positif!

Gambar :  Dr. Abrizah Ousman -https://abclinic.com.my/

               123rf / unsplash


 

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Gaya 2 tahun yang lalu

5 Kegunaan Cuka Epal Dalam Rutin Kecantikan Anda

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Kerajaan Tidak Bercadang Laksana Semula PKP - Dr Dzulkefly

4

TARA 2 tahun yang lalu

Produk Terbaharu Korea Lancar Serum Rawatan Wajah Untuk Penyelesaian Pantas Dan Mudah 

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN