web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Produk Terbaharu Korea Lancar Serum Rawatan Wajah Untuk Penyelesaian Pantas Dan Mudah 

Produk Cosrx yang dihasilkan dalam bola mampat kapas tulen 100 peratus  menggabungkan asid glikolik amat pekat dan asid salisilik untuk rawatan tompokan intensif, pembersihan pori dan penjagaan sebum berlebihan.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 4:00PM

Serum dapat membantu untuk membuat kulit tampak sekata, mencegah penuaan, menjaga kekenyalan kulit dan menjaga kelembapan kulit. - Gambar Cosrx

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai yang sering mengabaikan penggunaan serum dalam soal penjagaan wajah. Sedangkan penggunaan sering sangat penting serta mempunyai manfaatnya sendiri. 

Antaranya, serum dapat membantu untuk membuat kulit tampak sekata daripada noda-noda, mencegah penuaan, menjaga kekenyalan kulit dan menjaga kelembapan kulit. 

Penting juga untuk diketahui bahawa serum haruslah digunakan sebelum pelembap kulit disapukan di wajah. 

Namun, mencari serum yang benar-benar berkesan dan sesuai pada wajah bukanlah sesuatu yang mudah. 

Terbaharu, jenama Cosrx mengumumkan keluaran The AHA 2 BHA 2 Blemish Treatment Serum baharu mereka yang mempunyai 2 peratus  AHA &  peratus  BHA dalam bola mampat kapas tulen 100 peratus  bagi memberikan penyelesaian pantas dan berkesan untuk rawatan tompokan dan keperluan cela. 

Direka bentuk agar bersih, cepat dan mudah digunakan, serum ini merupakan pengubah keadaan untuk sesiapa sahaja yang mencari rawatan tompokan kulit wajah yang berkesan tanpa perlu bersusah payah.

Serum baharu yang inovatif ini menghimpunkan campuran optimum bahan-bahan seperti PHA (glukonolakton), alantoin, zink pca dan natrium hialuronat yang bersama-sama menjadi penyelesaian dermis yang ideal untuk sesiapa sahaja yang menyasarkan untuk mengelakkan tompokan mereka daripada menjadi lebih besar atau lebih teruk.

Lebih daripada sekadar merawat tompokan, serum ini juga dapat mengatasi masalah bintik putih, bintik hitam, sebum berlebihan dan pori tersumbat untuk penyelesaian yang sesuai untuk semua jenis kulit.

Dengan hanya satu bola kapas, kini anda boleh merawat tompokan tanpa perlu menyentuhnya secara langsung. Pendekatan yang bersih ini dapat menjamin aplikasi yang suci dan mudah. 

Hanya tekan-tekan pada tompokan yang anda ingin sasarkan dan biarkan serum berfungsi dengan ajaib. Bola kapas ini mempunyai saiz dan bentuk yang sempurna untuk aplikasi yang tepat pada kawasan sasaran, lalu menjadikan rawatan tompokan mudah.

Jika anda tidak pasti atau tertanya-tanya tentang jenama ini, Cosrx merupakan jenama asal Korea Selatan yang menawarkan produk penjagaan kulit yang terbukti berkesan dan bertindak pantas sehingga menjadi salah satu jenama penjagaan kulit kegemaran Amerika. 

Menggunakan jumlah minimum ekstrak semula jadi yang amat berkesan dalam dos pekat, produk Cosrx memberi hasil yang boleh dilihat dengan merawat kulit hanya dengan asas-asas yang diperlukan dan tiada apa yang tidak diperlukannya. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari www.cosrx.com/. - Getaran, 18 Jun 2023 

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

17 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 4 tahun yang lalu

Serum Atau 'Essence'? Ketahui Perbezaannya

2

Gaya 4 tahun yang lalu

Cantik Dari Rumah, Lupakan Salun Ketika PKP

3

Video & Galeri 4 tahun yang lalu

Gaya Di Getaran Ep. 15 : Kenali Truth Serum Oh, Hello!

4

Gaya 4 tahun yang lalu

Oh, Hello! Kenali ‘Truth Serum’ Penyelamat Kulit Wajah Terkini

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini