web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Panduan Persiapan Perkahwinan Untuk Bakal Pengantin

Merancang perkahwinan memerlukan kerjasama, perancangan rapi dan tindakan awal, jangan tunggu hingga saat akhir

Gaya Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2025 7:16PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perkahwinan adalah satu langkah besar dalam kehidupan. Di Malaysia, proses perkahwinan melibatkan beberapa prosedur rasmi, tempahan tempat, penyediaan dokumen, dan persiapan majlis. 

Tanpa persediaan yang rapi, majlis perkahwinan yang dirancang mungkin tidak akan berjalan lancar, dan lebih parah lagi ia terpaksa ditangguhkan jika berlaku kesilapan teknikal yang melihatkan perundangan. 

Sebagai bakal pengantin, ini adalah ‘checklist’ utama yang anda perlu anda lakukan apabila merancang untuk melangsungkan majlis perkahwinan. 

1. Urusan dokumen & permohonan nikah (urusan wajib)

a. Pendaftaran nikah (Islam)

Untuk pasangan Muslim, pendaftaran dan kebenaran nikah mesti dibuat melalui Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Setiap negeri mempunyai sistem masing-masing.

Dokumen Diperlukan: Kad pengenalan, sijil kursus pra-perkahwinan (wajib), surat kebenaran wali (jika berkaitan), borang permohonan nikah, laporan ujian saringan HIV (boleh dibuat di klinik kerajaan).

b. Pasangan bukan Islam

Perlu mendaftar perkahwinan melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Boleh pergi ke mana-mana cawangan terdekat, dan notis perlu dibuat 21 hari sebelum tarikh perkahwinan. Anda boleh buat majlis perkahwinan di pejabat JPN.

Jika mahu langsungkan di rumah ibadat, kena juga dapatkan kebenaran

2. Kursus pra-perkahwinan (untuk muslim)

Untuk yang pertama kali ingin berkahwin, wajib ambil kursus pra-perkahwinan. Di mana? Boleh buat di Jabatan Agama Islam, masjid, dan agensi swasta bertauliah yang menganjurkannya. Tempoh kursus dua hari dan caj yang dikenakan di antara RM80 – RM150. 

3. Tempahan tarikh dan lokasi majlis

Memandangkan rumah keluarga bukan lagi pilihan utama, ramai pasangan yang mencari dewan atau hotel untuk mengadakan majlis perkahwinan. Ini bermakna tempahan perlu dilakukan 6-12 bulan lebih awal. Jika tidak, mungkin lokasi idaman terpaksa dilepaskan.

Begitu juga dengan katering dan pelamin. Perlu ditempah empat hingga enam bulan lebih awal.

4. Fotografi dan videografi

Bajet untuk fotografi fan videografi bergantung kepada kehendak bakal pengantin. Jika mahukan yang terbaik dan mempunyai reputasi, sudah pastilah harganya ‘bukan murah’. Buat tempahan awal, jika vendor yang diidamkan jadi rebutan ramai. Mungkin enam ke setahun sebelum majlis. 

5. Busana pengantin

Juga bergantung kepada kehendak anda. Mahu sewa, tempah yang baharu atau selesa buat sendiri. Cuma ingin diingatkan, perlu buat fitting awal dan final fittingseminggu sebelum majlis berlangsung.

Selain daripada ini, ada banyak lagi yang perlu diuruskan, seperti tempahan kad undangan perkahwinan (fizikal / digital), hantaran, ole-ole buat tetamu, mencari pengacara majlis, hiburan atau persembahan di majlis perkahwinan dan banyak lagi.

Pendek kata, merancang perkahwinan memerlukan kerjasama, perancangan rapi dan tindakan awal. Jangan tunggu saat akhir kerana kebanyakan vendor berkualiti ditempah cepat. Mulakan dengan dokumen rasmi, kemudian teruskan ke aspek fizikal majlis.

Jika anda merancang dengan betul, majlis anda bukan sahaja akan berjalan lancar, tetapi akan menjadi kenangan manis sepanjang hayat.

Dunia Pengantin Expo 2025 Mudahkan Bakal Pengantin Buat Persiapan Perkahwinan 

Untuk bakal pengantin yang mencari servis atau jalan mudah untuk merancang majlis perkahwinan, ini ada berita baik untuk anda. 

Dua pusat kursus kahwin paling lama dan terbesar di Kuala Lumpur, iaitu Kursus Kahwin Kak Ana dan Kursus Kahwin WEP akan membawakan Dunia Pengantin Expo 2025 pada 26, 27 dan 28 September hadapan, bertempat di Shah Alam Convention Center (SACC), dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Menurut Pengasas Kursus Kahwin Kak Ana, Ruhana Mohamed, ekspo ini diwujudkan bagi membantu bakal pengantin berhubung secara langsung dengan vendor perkahwinan yang bersedia menerima tempahan. 

“Dengan pengalaman lebih 20 tahun membimbing pasangan ke alam rumah tangga, kami mahu memperkenalkan jenama Dunia Pengantin Expo sebagai satu platform pameran perkahwinan yang menyeluruh, berfokus dan berimpak tinggi.

“Apa yang menjadikan Dunia Pengantin Expo lain daripada yang lain ialah ia bukan sekadar acara jualan selama 3 hari. Ia adalah inisiatif pendedahan berimpak tinggi yang berlangsung selama enam bulan, bermula dari Julai hingga Disember 2025 di kedua-dua pusat kursus perkahwinan,” ujar Rohana.

Acara ini akan menghimpunkan pelbagai vendor perkahwinan, termasuk penyedia pelamin, jurugambar, perancang majlis, katering, doorgift, barangan kemas dan banyak lagi. 

Ini bermakna, pasangan pengantin boleh menjimatkan banyak masa untuk mencari vendor yang diperlukan. Tidak perlu ke sana-sini, semuanya ada di bawah satu bumbung apabila anda hadir ke Dunia Pengantin Expo 2025. 

Lebih hebat, terdapat acara cabutan bertuah di mana pengunjung berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik, termasuklah hadiah utama di mana penganjur akan menaja majlis perkahwinan pasangan bertuah dengan pakej perkahwinan bernilai puluhan ribu ringgit. 

Jadi, jangan lupa temujanji anda dengan Dunia Pengantin Expo 2025 pada September ini. Untuk perkembangan terkini, anda boleh ikuti akaun @duniapengantinexpo di Instagram. - Getaran, 20 Julai 2025

Foto : Unsplash / Dunia Pengantin Expo 2025

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

2

Gaya 6 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

3

Gaya 4 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang