web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zahirah Macwilson Kongsi Tentang Peranti Kecantikan Inovatif Terkini

Zahirah telah dilantik menjadi duta Ulike, jenama penyingkir bulu nombor satu dunia dan turut diiktiraf oleh Akademi Dermatologi Amerika (AAD)

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2025 5:40PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ulike, jenama peranti penyingkir bulu nombor satu dunia baru-baru ini telah memperkenalkan peranti inovatif terkininya, termasuk Ulike Air10 Pro dan Ulike Clear Pro dalam satu acara yang telah diadakan di dataran Blue Atrium di Sunway Pyramid.

Malaysia merupakan destinasi pertama dalam pengembangan global Ulike (SEA), membuka tirai pelancaran antarabangsanya. 

Sorotan utama majlis pelancaran ini sudah pastilah kepada penampilan duta jenama Zahirah Macwilson, yang telah menggamit perhatian para hadirin dengan perkongsian mengenai kecantikan serta pengalaman peribadinya bersama Ulike. 

“Memiliki kulit yang halus tanpa bulu memberikan saya lebih keyakinan dalam penampilan.  Dengan jadual yang padat, Ulike menjimatkan banyak masa kerana saya tidak lagi perlu ke salon untuk rawatan penyingkiran bulu.

“Ia lembut, tidak menyakitkan dan amat mudah digunakan, membolehkan saya menikmati hasil setaraf salon dalam keselesaan dan privasi di rumah sendiri. 

“Salah satu fungsi Ulike Clear Pro yang saya suka ialah, ia dilengkapi dengan teknologi pemulihan kulit bertaraf profesional yang membantu mencerahkan, mengurangkan jeragat dan melembutkan kulit, semuanya dalam satu peranti,” ujar Zahirah.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran Ulike, Christine Ho pula berkata, Ulike percaya bahawa kecantikan haruslah efektif dan mudah didapati. 

“Dengan Ulike Air 10 Pro, kami membawakan teknologi penyingkiran bulu IPL bertaraf profesional ke tangan pengguna, menawarkan hasil yang berpanjangan dan tidak menyakitkan.

“Ulike membolehkan orang ramai mengurus kesihatan kulit mereka dengan lebih yakin, merapatkan jurang antara prosedur klinikal dan rutin penjagaan harian. Misi kami adalah untuk menginovasi teknologi kecantikan, menjadikan rawatan bertaraf profesional salon lebih selamat, mudah dan berkesan untuk kegunaan di rumah di seluruh Asia Tenggara dan selanjutnya,” ujar beliau.

Ulike Air10 Pro berfungsi sebagai peranti pembasmi bulu IPL yang mampu mengurangkan dan menyingkir bulu sehingga 96 peratus dalam tempoh hanya dua minggu. 

Dilengkapi dengan ciri Dual Lights dan Sapphire Ice Cooling, Ulike Air10 Pro berkesan menyingkirkan bulu degil, memastikan proses pembasmian bulu hampir tanpa rasa sakit, termasuk di kawasan sensitif serta dapat digunakan dengan efisien di seluruh tubuh dalam hanya 10 minit.

Sementara itu, Ulike Clear Pro merupakan alat penjagaan kulit yang dirumus untuk meningkat penampilan kulit dengan mengurangkan jeragat, kesan jerawat serta memperbaiki tona kulit secara menyeluruh. 

Dilengkapi dengan 3 mode berbeza, Ulike Clear Pro mampu menangani pelbagai jenis masalah kulit. NIR Mode berfungsi untuk mencerahkan dan menyegarkan kulit, sementara REDNESS Mode membantu mengurangkan kemerahan dan iritasi. 

Akhir sekali, BRIGHTEN Mode dapat memudarkan jeragat dan kesan jerawat. Tidak kira mod yang dipilih, Ulike Clear Pro direka untuk memberikan kulit seri semulajadi. 

Di samping itu, Ulike ReGlow LED Mask  membawakan teknologi penjagaan kulit LED bertaraf profesional dalam keselesaan rumah anda, dengan empat mod berbeza iaitu anti jerawat, mencerah, menganjal dan menyegar. 

Ia direka untuk menangani masalah kulit berminyak dan berjerawat dalam tempoh hanya dua minggu, membantu menyamaratakan tona kulit serta menambah keserian dalam tempoh empat minggu dan menawarkan pencerahan segera dalam masa 10 minit. 

Dengan tenaga berintensi tinggi 100mW/cm² dan empat sumber cahaya bersasar, ia menembusi lapisan kulit yang berbeza untuk menangani pelbagai masalah, menjadikannya penyelesaian yang berkesan dan tidak invasif untuk kulit yang lebih cerah dan berseri.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, sila ikuti laman Facebook, Instagram dan TikTok Ulike Malaysia. 

Ulike juga telah melancarkan laman web rasmi untuk pasaran Malaysia, menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih bijak dan memuaskan bagi inovasi kecantikan terkininya. 

Dengan pelbagai manfaat eksklusif, khidmat bantuan pakar, serta produk 100 peratus asli terus dari jenama ini, pelanggan kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lancar di my.ulike.com. - Getaran, 22 Mac 2025

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

2

Gaya 5 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

3

Gaya 4 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN