web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelekat Jerawat Dengan Penyamar Noda Untuk Kulit Halus Tanpa Cela

Pelekat penyamar noda jerawat pertama di dunia ini tampil dalam lima rona menawan.

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2024 6:19PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kemajuan teknologi dalam bidang kecantikan pada masa kini menghasilkan pelbagai produk berinovasi bagi memenuhi permintaan pengguna yang pelbagai.

Pasaran penjagaan kulit di Malaysia sahaja diramalkan bakal menjana keuntungan sebanyak AS$888.20 juta pada tahun 2024.

Ini kerana trend masa kini yang amat mementingkan penampilkan diri pada setiap masa.

Lebih-lebih lagi ketika berada di depan telefon pintar masing-masing. Kewujudan media sosial membuatkan semua orang ingin tampil cantik dan sempurna di mata.

Antara produk yang menjadi buruan ramai adalah pembersih muka, masker muka, alas bedak, krim pelindung matahari hinggalah ke serum vitamin C.

Produk ini menjadi pilihan kerana masing-masing mempunyai keinginan yang tiada berpenghujung untuk memiliki kulit yang bersih dan bebas pori.

Bagaimanapun, penggunaan produk rawatan wajah atau solekan tidak semestinya mampu menjauhkan diri anda daripada masalah jerawat 100 peratus.

Masalah hormon yang tidak seimbang dan pencemaran udara misalnya boleh menyebabkan masalah kulit berjerawat.

Jadi untuk menyamarkan atau menyembunyikan jerawat di wajah, anda boleh dapatkan rangkaian produk pelekat jerawat dengan penyamar noda pertama di dunia, Dodoskin daripada Dododots.

Rangkaian produk ini dipasarkan dalam lima rona yang sesuai untuk pelbagai jenis warna kulit.

Rona ini dinamakan sebagai - bagel, peach, pancake, chestnut dan espresso, di mana semuanya berasaskan makanan, selari dengan sifat jenama yang menyeronokkan dan ceria.

“Ketika remaja, saya banyak bergelut bukan sahaja dengan penampilan fizikal akibat masalah jerawat yang teruk, bahkan ia juga memberi kesan psikologi dan mental.”

“Penyelesaian untuk masalah jerawat yang sedia ada, sama sekali tidak membantu. Jika menggunakan produk medikal, jerawat akan hilang tetapi ia akan tumbuh semula apabila berhenti menggunakannya.

"Kebanyakan produk yang ada di pasaran hanya direka untuk menutup cela berbanding merawat jerawat itu sendiri. Jadi saya terfikir untuk menghasilkan produk yang boleh merawat jerawat dan menyembunyikannya,” ulas Pengasas Bersama, Dododots Esther Erin.

Produk yang dibawakan oleh Dododots adalah produk kecantikan yang boleh membantu mereka yang mempunyai masalah jerawat di seluruh dunia dengan pelekat jerawat yang mudah meresap mesra dengan kulit.

Kandungan minyak pokok teh dapat membantu masalah utama jerawat melalui sifat antimikrob dan anti-radangnya. Pengguna boleh memilih sama ada mereka inginkan menonjolkan cela mereka atau menjadikannya tidak ketara.

Idea untuk menghasilkan jenama Dododots tercetus ketika pandemik Covid19 pada tahun 2020.

Namun, ia hanya dilancarkan pada tahun 2021 dengan pelekat jerawat yang comel, berbentuk unik serta holografik yang direka untuk tampak menonjol dan berwarna cerah, dengan niat untuk membuatkan si pemakai lebih selesa dengan kulit mereka.

Untuk maklumat lanjut dan cara pembelian Dodoskin, layari www.dododots.com. – Getaran, 28 Ogos, 2024

Foto : Dododots

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 tahun yang lalu

Gaya Di Getaran Ep. 4- Solekan Semula Jadi

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN