Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Rapikan Rambut Wajah Jejaka

Tak salah menyimpan janggut atau misai, tetapi pastikan ia dirapikan dengan betul. Kami ada 'tips' untuk anda.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2021 1:55PM

Gambar: Midia, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika wanita dan alat solek tidak mungkin terpisahkan, mungkin misai dan janggut merupakan ‘aksesori’ ampuh ‘kejantanan’  bagi sebilangan jejaka. Andai benar, kalian harus tahu menjaga dan merapi, agar tampak memikat dan ingin didekati!

Seperti wanita, lelaki juga tidak ketinggalan melewati beberapa fasa aliran gaya bukan sahaja dari segi helaian fesyen dan gaya bentuk tubuh malah, gaya wajah juga turut berganti berpaksikan aliran gaya aliran terkini.

Andai seketika dulu gaya Pop Korea dengan kulit mulus, berwajah comel atau aliran wajah pretty boy berjaya memukau igauan ramai gadis dan wanita, namun aliran wajah tegas, seksi dan maskulin mula mengambil alih dan menjadi pilihan ramai jejaka masa kini.

Gambar: Wells Chan, Unsplash
Gambar: Wells Chan, Unsplash

Sekiranya personaliti media sosial Wak Doyok memadankan wajah berkumis dan berjanggutnya dengan aliran fesyen sartorialnya, kini kumis dan janggut menjadi gaya hangat tanpa sempadan gaya yang terhad. Pun begitu, adalah amat penting bagi lelaki yang berkumis atau berjanggut memberi perhatian soal penjagaan atau perapian yang tepat lagi sempurna. 

Memiliki kumis dan janggut seakan membangkitkan karisma pada raut wajah seseorang lelaki. Tetapi, andai anda gagal menjaga dan merapi, tidak mustahil anda akan kelihatan seperti seorang lelaki yang dirundung masalah atau lebih malang, ditafsir sebagai lelaki samseng. Justeru, kami titipkan beberapa panduan buat kalian, jejaka yang berkumis, berjanggut atau anda yang sedang berkira-kira ingin mencuba wajah baru yang penuh dengan karakter ini.

Kumis Dan Janggut Membingkai Wajah?

Ya, bagi anda yang berwajah agak bulat atau berisi, kumis dan janggut adalah aksesori wajah yang terbaik. Tetapi, pastikan potongan dan gayanya mampu mengecilkan atau meruncingkan wajah. Jangan sesekali dibiarkan tumbuh lebat melata tanpa pantauan. Dapatkan pandangan dari barber yang berpengalaman. Andai ada katalog gaya kumis dan janggut terkini, minta disuakan kepada anda untuk membuat pilihan. Janggut dengan potongan ‘v’ mampu meruncingkan wajah. Sideburn yang bersambung dengan janggut pula mampu mengecilkan wajah yang berisi.

Samar Dagu Berlapis 

Andai wanita tega menggunakan teknik solekan sebagai taktik meruncingkan dan membentuk semula dagu berlapis, untungnya lelaki, hanya berbekalkan janggut sahaja, masalah dagu berlapis hapus sama sekali! Helah hebat ini hanya mutlak buat lelaki!

Gambar: Clam Lo, Unsplash
Gambar: Clam Lo, Unsplash

Serabai VS Kemas

Kalian perlu berhati-hati di sini. Tidak semua lelaki tampak macho dengan imej kumis dan janggut yang berserabai. Ia memerlukan lagak personaliti yang santai tetapi beribawa. Andai anda seorang lelaki yang tegar dengan imej rock kapak atau bohemian, silakan. Tetapi, jika anda tidak memiliki watak atau personaliti tersebut, jangan sesekali mencubanya. Ingat, gaya harian anda harus selari dengan imej kumis atau janggut yang anda bawa. Sebaiknya, pilih sahaja potongan kemas dan rapi agar mudah dipadankan dengan gaya hidup juga gaya seharian.

Kumis, Janggut Dan Rambut

Apakah kaitan ketiga-tiganya? Nanti, mari kita huraikan. Bagi lelaki berambut panjang melewati paras bahu, elakkan memiliki kumis dan janggut yang panjang berserabai. Kumis dan janggut yang rapi atau sederhana panjang dan kemas lebih sesuai. Manakala lelaki yang berambut pendek, tampak lebih tegas berkarisma jika kumis dan janggut berpotongan rapi.

Gambar: Mathew Thomas, Pexels
Gambar: Mathew Thomas, Pexels

Cuci Kumis? Cuci Janggut?

Semestinya! Kumis dan janggut selain berpotongan yang diingini atau rapi, ia juga perlu dibersihkan sepertimana layaknya kita mencuci rambut. Meski tiada pencuci khas, memadai dengan menggosoknya ketika anda sedang mencuci wajah dengan sabun pembersih wajah. Keringkan dengan tuala dan sisir menggunakan sikat bergigi rapat. Sisir dengan perlahan dan perhatikan dengan teliti sebarang ketidaksempurnaan helaian kumis dan janggut yang ada. Ketika ini, anda boleh memotong mana-mana helaian kumis atau janggut yang tidak rapi atau rata.

Lagi Lebat, Lagi Hebat!

Malangnya tidak semua lelaki dikurniakan folikel rambut yang banyak diwajah. Maka bertuahlah lelaki yang kaya folikel rambut yang aktif dan melata di atas bibir, di bahagian dagu dan rahang. Usah mudah putus asa kerana banyak lambakan produk pelebat kumis dan janggut berada di pasaran. Sama ada dengan formula moden berteknologi terkini atau ramuan pusaka tradisi, pasti ada satu serasi buat anda. 

Berkumis dan berjanggut atau salah satunya pasti memberikan impak pada ekspresi wajah anda. Justeru, penjagaan dan perapian serta kombinasi gaya yang tepat pasti mampu membangkitkan kesegaran imej raut wajah yang baru, lebih berkarisma, matang dan penuh maskulin. - Getaran, 9 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Jika Mahu Kulit Gebu Licin Menawan Jangan Malas Amalkan Rutin Penjagaan Wajah

2

TARA 1 tahun yang lalu

Bebaskan Wajah Daripada Jerawat, Kenali Punca dan Guna Produk Yang Tepat

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Demensia: Kerajaan Digesa Fokus Sokongan Perubatan, Pastikan Pakar Mencukupi 

4

Gaya 1 tahun yang lalu

Bosan Dengan Gaya Rambut Anda? Jom Semak Cara Untuk Mengubahnya!

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran