web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hari Bapa, 5 Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Bersama Hero Anda

Tak semestinya berikan hadiah mahal, boleh juga buat pelbagai aktiviti menarik

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2024 10:10PM

Cuba bawa bapa anda ke kedai kelengkapan hobi mereka kerana sudah pasti ada peralatan yang diinginkan. – Gambar Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah ada rancangan untuk Hari Bapa hari ini? Mungkin ada yang terlupa kerana sibuk dengan persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha esok. Tak mengapa, masih punya masa untuk melakukan sesuatu bersama hero pertama kita ini. 

Kalau anda buntu untuk mencari hadiah yang sesuai untuk kaum adam ini, cubalah tunjukkan penghargaan dengan meluangkan masa melakukan aktiviti bersama. Berikut adalah beberapa idea yang dijadikan pilihan untuk raikan Hari Bapa. 

1. Menonton Filem Di Pawagam

Bilakah kali terakhir anda keluar menonton filem di pawagam bersama-sama ahli keluarga? Kalau sudah tak terhitung lamanya, kali ini paksa diri untuk lakukannya. Pilih filem yang boleh ditonton oleh seisi keluarga. Jika hanya berdua dengan bapa, biarkan si hero memilih judul filem yang ingin ditontonnya.

2. Bersiar-Siar, Piknik

Pilihan kegemaran ramai semestinya bercuti atau istilah sohor kini, 'healing'. Tidak kira jauh atau dekat, bawa ahli keluarga untuk bercuti bersama. Terdapat banyak pilihan yang boleh dilakukan seperti piknik, mengunjungi kawasan air terjun atau berkhemah. 

Jika hari ini bukanlah masa yang sesuai untuk anda, boleh rancang hari lain. Cuba alami pengalaman menginap di glamping, selesa dan barangkali sesuatu yang baru buat bapa anda. 

Salah satu lokasi glamping yang ada berhampiran Lembah Klang ialah Glamping Wetland Putrajaya.

3. Lakukan Aktiviti Kegemaran Ayah Bersama-Sama

Untuk satu hari yang istimewa, rapatkan lagi hubungan anda bersama bapa tercinta dengan menemani mereka lakukan aktiviti kegemaran. Mungkin sebelum ini bapa anda hanya melakukan rutin harian atau kegemaran mereka seorang diri, jadi inilah masanya untuk turut serta. 

Tawarkan diri untuk menemani mereka. Berkebun, memancing, bermain golf dan berkebun mungkin menjadi aktiviti kegemaran mereka.

4. Aktiviti BBQ Bersama

Luangkan masa bersama keluarga dengan mengadakan aktiviti BBQ pada waktu malam. Bukan sahaja dapat merapatkan lagi silaturrahim, malah mungkin anda akan dapat mendengar pelbagai kisah dan pengalaman yang tidak pernah anda ketahui daripada si ayah sebelum ini. 

Jika tidak, cuba cungkil sebarang kisah pengalaman mereka ketika muda pasti ada yang menarik dan mencuit hati. 

5. Bawa Ke Kedai Kegemaran

Kenal pasti hobi bapa kita dan hargai mereka dengan menghadiahkan sesuatu berkaitan perihal tersebut. 

Barangkali pertukangan, memancing, bersukan atau  berkebun, cuba bawa mereka ke kedai kelengkapan hobi mereka kerana sudah pasti ada peralatan yang diinginkan. 

Jadi, apa kata beli jiwa mereka dengan menghadiahkan peralatan tersebut dan sudah pasti hero kita akan tersenyum lebar dan berterima kasih.

Kesimpulannya, meraikan hari bapa tidaklah semestinya melibatkan hadiah yang mahal, sebarang bentuk penghargaan pasti akan dihargai oleh seorang bapa. 

Perkara terpenting bagaimana menunjukkan kasih sayang dan penghargaan kepada insan yang telah banyak menabur jasa dalam kehidupan kita ini. 

Benar, setiap hari kita harus menyayangi dan menghargai insan ini, tetapi Hari Bapa adalah masa hari istimewa untuk tunjukkan rasa terima kasih itu.

Selamat menyambut Hari Bapa! - Getaran, 15 Jun 2024

Foto : Unsplash

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN