web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


HABIB Gemfest 2024 Raikan Permata Alam Yang Mempesona

Pesta Permata ini merupakan kempen tahunan yang memberi peluang pencinta perhiasan ini mendapatkan rekaan barang kemas eksklusif dan unik

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2024 12:43PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berlian dan batu permata, sinonim dengan gemerlapan nan memukau dan pelbagai warna, menarik perhatian dan imaginasi seperti beberapa keindahan alam yang lain. 

Setiap batu permata, daripada kilauan berlian yang menakjubkan hingga kemewahan zamrud yang menyerlah, memiliki daya tarikan dan kisah unik tersendiri yang menimbulkan rasa kagum dan keanggunan abadi.

Selama hampir 66 tahun, HABIB menerajui keindahan batu-batu berharga ini, dengan ketukangan dan inovasi yang hebat, menjadikan HABIB sebuah jenama terkemuka dalam dunia barangan kemas mewah dan dalam masa yang sama menjadi salah satu jenama paling digemari di Malaysia. 

Dalam meraikan kegemilangan ini, HABIB baru-baru ini melancarkan Gemfest (Pesta Permata) 2024, kempen tahunan yang mengangkat kecantikan batu permata, serta menampilkan pelbagai pilihan menawan dengan kualiti yang konsisten dan terbaik.

Bermula sekarang sehingga 30 Jun 2024, GEMFEST 2024 meraikan permata alam yang mempesona, mempamerkan koleksi barangan kemas HABIB yang dikenali dengan daya ketukangan yang luar biasa dan rekaannya  mengagumkan. 

Bermula dengan pemilihan teliti bahan terbaik, sehingga dedikasi yang tiada tandingan terhadap kualiti dan mutu, HABIB mempersembahkan visual utama kempen dengan gabungan batu permata berwarna-warni yang memancarkan kesempurnaan, kegembiraan dan kilauan yang berpanjangan.

Sebagai permulaan kempen, HABIB menawan hati umum dengan koleksi baharu yang memukau. Antaranya merupakan anting-anting Turmalin Merah Jambu dan Hijau yang dikenali sebagai Toi et Moi, rantai leher Tanzanit 34.33 karat yang menawan dan cincin Turmalin Paraiba yang menjadi idaman ramai. 

Setiap koleksi adalah bukti komitmen HABIB terhadap reka bentuk yang teliti dan terperinci dalam barangan kemas, mempamerkan kesenian yang luar biasa dan meninggalkan kesan abadi kepada setiap yang melihatnya.

"Di HABIB, kami memegang tanggungjawab untuk menyediakan pelanggan dengan barangan kemas berkualiti sambil terus berkongsi pengetahuan dan meningkatkan penghargaan secara umum terhadap berlian dan batu permata berwarna.

"Melalui Gemfest, HABIB meraikan keindahan semula jadi batu-batu berharga ini, sambil mempamerkan komitmen teguh kami terhadap kehalusan ketukangan, kecemerlangan reka bentuk dan pemilihan teliti batu permata yang unik dan jarang ditemui," ujar Pengerusi Eksekutif  Kumpulan HABIB,  Datuk Seri Meer Habib.

Dari rekaan yang unik hingga ke gaya klasik dan kontemporari, Gemfest 2024 menjanjikan pelanggan halwa mata dengan pelbagai pilihan batu permata dan berlian untuk menampilkan keperibadian pemakai yang tersendiri. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen HABIB Gemfest 2024, kunjungi bilik pameran berhampiran sehingga 30 Jun 2024 atau layari laman sesawang rasmi www.habibjewels.com. - Getaran, 12 Jun 2024

Foto: Habib Jewels

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

2

Gaya 5 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

3

Gaya 4 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN