Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jom Buat Persiapan Raya Di Pavilion Bukit Jalil, Segalanya Ada Di sini

Dengan kepelbagaian budaya, fesyen dan hidangan kulinari, Pavilion Bukit Jalil ialah destinasi sehenti yang mampu memenuhi semua keperluan Aidilfitri anda.

Gaya Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2024 8:41AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hari raya semakin menghampiri. Bagi yang belum membuat persiapan, tak perlu memeningkan kepala mencari lokasi atau pusat beli belah yang boleh menghimpunkan segala keperluan raya yang diperlukan.

Panjangkan langkah anda ke Pavilion Bukit Jalil untuk pencarian hiasan Aidilfitri yang sempurna, pakaian perayaan yang sepadan serta restoran terbaik untuk berbuka puasa bersama rakan dan keluarga.

Dengan kepelbagaian budaya, fesyen dan hidangan kulinari, Pavilion Bukit Jalil ialah destinasi sehenti yang mampu memenuhi semua keperluan raya anda.

Terokai pelbagai tawaran dan luangkan masa berharga bersama orang tersayang sambil anda membuat persiapan untuk perayaan Raya yang meriah.

Hiasi Indah Ruangan Untuk Perjumpaan Keluarga Dan Teman

Ruangan yang dihias indah sudah pasti menyuntik semangat raya yang menyeronokkan. Boleh rakam gambar dan kongsi di platform media sosial untuk dijadikan kenangan di kemudian hari.

Bagi mereka yang ingin mengubah suai kediaman mereka bagi menyambut Aidilfitri kali ini, OMG Home mempunyai perabot terkini yang bergaya untuk meningkatkan mood ruang kediaman anda.

Jika anda hadir dengan anak kecil, boleh nikmati tawaran istimewa di mana dengan setiap pembelian, anda akan diberikan tiket percuma untuk anak-anak bermain riang di taman permainan OMG Home.

Jika anda sedang mencari tetapan meja yang akan memukau tetamu anda, carilah pelbagai peralatan makan di NITORI. Jika anda salah seorang yang bercita-cita ingin menjadi cef pastri di rumah sendiri, bolehlah dapatkan Pengadun Stand Gaya Retro SMEG 50 yang boleh didapati di Kitchen Shop.

Untuk melengkapkan suasana perayaan untuk perayaan yang meriah, manjakan diri dengan bauan yang menyenangkan musim ini dengan wangian dari HOOGA, memastikan rumah anda memancarkan kemesraan dan kegembiraan pada hari-hari istimewa ini.

Lokasi

OMG Home, Aras 4 (Zon Jingga)

NITORI, Aras 2 (Zon Merah Jambu)

Kitchen Shop, Aras 1 (Zon Jingga)

HOOGA, Aras 4 (Zon Merah Jambu)

Sempurnakan Penampilanmu!

Bersedia untuk mempesonakan hari raya ini dengan gaya dan keanggunan yang sempurna. Dapatkan pelbagai koleksi terbaharu sempena raya daripada dUCk, atau pilihlah set EZ Kebarung Raya yang bersahaja dari Parkson.

Ceriakan penampilan anda dengan Mini Alcott Scarf Handle Quilted Bag berwarna kelabu muda dari Charles & Keith, bersama-sama dengan beberapa kanta mata yang memikat daripada 68°C Optic untuk melengkapkan gaya.

Untuk solekan sempurna, boleh dapatkan set kosmetik daripada Lancome, dan berikan penampilan anda lebih pop warna dengan rangkaian luas produk bibir yang terdapat di Ainz & Tulpe serta Alha Alfa.

Untuk sentuhan akhir, oleskan sedikit wangian daripada Arabian Oud untuk keharuman badan sepanjang hari.

Lokasi :

• dUCK, Aras 2 (Zon Merah Jambu)

• Parkson, Aras 4 (Zon Merah Jambu)

• Charles & Keith, Aras 3 (Zon Jingga)

• Optik 68°C, Aras 4 (Zon Jingga)

• Lancome, Aras 3 (Zon Merah Jambu)

• Ainz & Tulpe. Aras 2 (Zon Jingga)

• Alha Alfa, Aras 2 (Zon Merah Jambu)

• Arabian Oud, Aras 2 (Zon Jingga)

Masa Untuk Berbuka Puasa

Selepas seharian membeli-belah, tiba masanya untuk berbuka puasa dengan hidangan lazat dan menyelerakan. Penggemar makanan Thai, anda boleh singgah atau tempah meja di Khiang yang menawarkan pelbagai hidangan jalanan negara gajah putih itu.

Antara menu yang patut anda cuba termasuklah sup tomyum yang berperisa, penuh dengan udang segar.

BBQ Town menanti mereka yang mengidamkan daging panggang, manakala Suki-ya menawarkan pilihan yang pelbagai di samping sup asas yang berperisa. Alami kehalusan rasa daging wagyu Australia yang dipanggang sempurna di Tokyo Teppan, dan nikmati sensasi cair di mulut anda yang tidak dapat dilupakan.

Selain pilihan di atas, anda juga boleh puaskan selera tempatan di Real Kungfu GD, di mana terdapat hidangan nasi lemak pandan bersama ayam rendang, atau kunjungi D’Laksa untuk menikmati asam laksa yang istimewa.

Lokasi

• Khiang, Aras 1 (Zon Merah Jambu)

• BBQ Town, Aras 4 (Zon Merah Jambu)

• Suki-ya, Aras 5 (Zon Jingga)

• Tokyo Teppan, Aras 2 (Zon Jingga)

• Real Kungfu GD, Aras 1 (Zon Merah Jambu)

• D’Laksa, Aras 1 (Zon Jingga)

Lengkapkan Hari Dengan Hidangan Manis

 Untuk melengkapkan hari yang panjang, sudahinya dengan mengakhiri malam anda dengan manis, manjakan diri anda dengan hidangan pencuci mulut. Di Pavilion Bukit Jalil, terdapat pelbagai pilihan pemanis mulut yang menjadi kesukaan ramai.

Bagi yang menggemari pemanis mulut tradisional berasaskan soya, singgahlah di Dáo Desserts. Hidangan turun-temurun di sini sememangnya tidak menghampakan.

Selain itu, anda juga boleh ke Kwong Wah Ais Kacang untuk membasahkan tekak dengan hidangan yang membangkitkan nostalgia iaitu ais kacang yang meriah dengan pelbagai topping lazat.

Untuk pencuci mulut yang ringan dan berkrim, More Yogurt menawarkan pilihan minuman yogurt yang menyegarkan, sesuai untuk mereka yang mencari pilihan yang sihat tanpa menjejaskan rasa.

Sebagai alternatif, terokai The Grass, di mana pencuci mulut agar-agar rumput artisanal dan minuman yang dibuat dengan bahan-bahan premium menjanjikan kesempurnaan yang menggembirakan.

Lokasi

• Dáo Desserts, Aras 2 (Zon Jingga)

• Kwong Wah Ais Kacang, Aras 3 (Zon Merah Jambu)

• More Yogurt, Aras 1 (Zon Merah Jambu)

• The Grass, Aras 4 (Zon Merah Jambu) – Getaran, 2 April 2024

Foto : Pavilion Bukit Jalil

Sorotan

1

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

2

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

3

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

4

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

5

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

6

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

7

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku