web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mis Claire Undang Melinda Looi Hasilkan Koleksi Baju Raya

Terdapat 11 jenis koleksi raya tahun ini, termasuklah kasut khas untuk wanita plus size

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2024 12:30PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Suka atau tidak, pilihan jenama untuk wanita berbadan besar atau plus size memang tidak ‘semeriah’ untuk mereka yang bertubuh kurus dan langsing. Jika mengintai baju-baju raya yang dijual secara dalam talian, kebanyakan menawarkan saiz sehingga XL atau 2XL.

Bagaimanapun, janganlah cepat kecewa. Masih ada pilihan yang menanti, biarpun tidak banyak. Salah satu daripadanya adalah Mis Claire. Tahun ini, jenama fesyen khusus untuk wanita berbadan besar ini berpeluang bekerjasama dengan pereka fesyen tempatan, Melinda Looi untuk menghasilkan koleksi raya 2024.

Koleksi yang dinamakan Plus Size Mis Claire x Mell by Melinda Looi ini dilakar dan direka khas oleh Melinda Looi untuk pelanggan Mis Claire dengan menampilkan rona-rona ceria kombinasi biru, merah jambu dan biru gelap (navy). 

Biarpun setiap helaian tampil moden, elemen tradisional tetap tidak diabaikan. Pengunaan motif bungaan kecil-kecil mampu mencipta ilusi lebih ‘kurus’ kepada si pemakai. Plus Size Mis Claire x Mell by Melinda Looi tersedia daripada saiz L hingga ke 6XL.

'Raya4all Family Edition'

Lebih istimewa, tahun ini Mis Claire juga ada menyediakan koleksi 'Raya4all Family Edition' yang memberi peluang untuk wanita berbadan besar yang ingin sedondon dengan keluarga mereka. 

Dalam koleksi ini, terdapat baju melayu lelaki dengan rekaan leher teluk belanga, berserta juga dengan pilihan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur satu tahun sehingga 14 tahun. Saiz bagi baju melayu lelaki pula bermula dari saiz M sehingga 3XL. 

Satu lagi kelainan yang ditampilkan untuk musim perayaan kali ini adalah terdapat beberapa rekaan eksklusif dihasillkan oleh pereka dalaman Mis Claire yang tidak mungkin ditemui di tempat lain.  

Lebih menggembirakan, jenama ini turut menyertakan saiz baharu dalam pilihan saiz mereka iaitu L demi memenuhi permintaan daripada pengguna. Harga masih dikekalkan pada harga mampu milik dan mengikut pasaran semasa iaitu bermula dari RM168 hingga RM300 sepasang. 

Jadi tunggu apa lagi? Cepat-cepat intai laman sesawang rasmi www.misclaire.com dan juga butik Mis Claire yang berhampiran untuk mendapatkan baju raya idaman.

Tip fesyen mesti tahu

Sebelum itu, ketahui dulu tip fesyen yang dibawakan oleh Mis Claire ini. Memang benar saiz badan bukanlah halangan untuk bergaya lebih berani, namun masih ada acara terbaik untuk melakukannya. Keselesaan adalah kunci utama. Ini kerana ia secara tidak langsung akan memberi keyakinan kepada diri sendiri! Jom semak tip berikut:

  • Lokasi : contohnya, sekiranya tempat yang ditujui adalah kawasan kampung, seeloknya pakai fesyen yang klasik dengan potongan longgar supaya kelihatan lebih sopan di pandang mata.
  • Suhu : Sekiranya tempat yang dilawati dikenali bercuaca panas, disarankan menggunakan material kapas yang ringan dan sejuk kerana mereka yang berbadan besar sering berhadapan dengan masalah cepat berpeluh.
  • Acara: Untuk menghadiri acara rumah terbuka misalnya, bolehlah pilih sesuatu yang lebih glam, tapi tidaklah keterlaluan. Memadai dengan sepersalinan baju kurung dengan sulaman atau manik-manik untuk menyerlahkan penampilan diri.
  • Warna: Wanita berbadan besar hendaklah berhati-hati dengan pemilihan warna baju. Lebih selamat sekiranya memilih warna yang gelap untuk kelihatan lebih ramping. 
  • Sekiranya ingin mengayakan warna yang lebih cerah seperti pastel, lebih elok suai padankannya dengan helaian yang lebih gelap. Sebagai contoh, baju warna pastel di pakai bersama kain warna gelap atau sebaliknya. 
  • Sekiranya pakaian yang dipakai memang didatangkan dengan set warna baju dan kain yang gelap, cuba seimbangkan dengan pemilihan tudung warna gelap, atau aksesori berwarna gelap. Selamat membeli-belah! – Getaran, 25 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

Tiada Lagi Koleksi Raya Dari Rizman Ruzaini Selepas Ini, Mahu Tumpu Pasaran Antarabangsa 

2

TARA 4 tahun yang lalu

Rantaian Kasih, Kembalikan Nostalgia Aidilfitri Di Desa

3

Gaya 4 tahun yang lalu

Bingkisan Rindu Hari Lebaran Dalam 'Memori'

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 15 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN