Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Rantaian Kasih, Kembalikan Nostalgia Aidilfitri Di Desa

Mengimbau kembali kenangan Hari Raya di kampung halaman, Habib tampil dengan kempen bertemakan kekeluargaan.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2022 3:36PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Habib melancarkan kempen Rantaian Kasih sempena sambutan Raya 2022 yang berlangsung sehingga 15 Mei 2022 di semua bilik pameran dan butik Habib di seluruh negara.

Kempen yang berkonsepkan ikatan kekeluargaan ini disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Habib di butik Habib terbesar di Pavilion Bukit Jalil.

Majlis pelancaran Rantaian Kasih ini menampilkan Koleksi Hari Raya Habib yang terbaharu serta penampilan barisan selebriti, duta jenama dan tetamu-tetamu kehormat.

Datuk Seri Meer bersama Duta Raya Habib 2022, Anzalna Nasir dan Erin Adlina
Datuk Seri Meer bersama Duta Raya Habib 2022, Anzalna Nasir dan Erin Adlina

Meer berkata, “Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa. Ibu, kakak, adik, mertua dan seluruh isi keluarga akan membeli-belah bersama.

“Ia suasana yang sangat menyeronokkan dan dari sinilah tema Rantaian Kasih dikekalkan. Apabila mereka memilih Habib, mereka telah meletakkan kepercayaan terhadap jenama kami.

“Pelanggan kini lebih berpengetahuan mengenai barangan kemas. Ia mendorong kami untuk menghasilkan barangan yang berkualiti dengan rekaan yang moden dan kontemporari,” ucapnya.

Penata gaya, Abu Shaef berkongsi tip di pagi Syawal
Penata gaya, Abu Shaef berkongsi tip di pagi Syawal

Sempena Raya tahun ini juga, Habib menambahkan lagi kemeriahan sambutan dengan penampilan warna-warna terang dan lebih ceria.

Elemen songket diterapkan bagi menggabungkan konsep moden dan kontemporari. Songket Malaysia sememangnya kaya dengan nilai sejarah dan warisan.

Kehalusan dan ketelitian diperlukan untuk menghasilkan selembar songket yang bermutu tinggi dan eksklusif. Ia selari dengan falsafah pembuatan barangan emas.

Sebagai jenama tempatan, Habib merasa bangga dan terus menyokong dalam mempromosikan warisan budaya Malaysia. 

Kempen Rantaian Kasih ini turut menampilkan tiga duta baharu. Antaranya, pelakon, Anzalna Nasir bersama ibunya, Puan Azlina serta seorang usahawan muda, Erin Adlina.

Melalui kempen ini, Koleksi Hari Raya Habib dipersembahkan secara eksklusif di pertunjukan fesyen yang memperagakan Koleksi Emas Amore, Grafetta dan banyak lagi.

Seterusnya, koleksi eksklusif berlian yang terdiri daripada rantai dan kerongsang yang bermotifkan flora. Ia boleh didapati dalam rona emas, emas kuning, emas putih dan emas mawar.

Koleksi batu permata pelbagai warna seperti batu nilam, delima, zamrud, kecubung, ratna cempaka, kuarza kuning turut ditawarkan.

Permata-permata ini boleh ditempah untuk set cincin, loket, subang dan gelang tangan yang sangat sesuai digayakan pada hari lebaran. 

Peragawan juga kelihatan segak menggayakan koleksi cincin lelaki dan butang baju Melayu paladium perak bertatahkan berlian dan juga batu permata. 

 

Syiling Wafer Emas 999 dengan inspirasi rumah tradisional Melayu

Raya tahun ini pastinya lebih meriah kerana kita sudah boleh pulang ke kampung halaman. 

Selain bersalam-salaman di pagi Syawal, pemberian duit raya merupakan perkara yang paling dinanti-nantikan oleh segenap golongan usia.

Sehubungan itu, Habib mempersembahkan koleksi Syiling Wafer Emas 999 edisi terhad dengan rekaan rumah tradisional Melayu.

Konsep rumah tradisional ini bukan sahaja mengingatkan kita pada kampung halaman, malah turut memperkenalkan sejarah dan asal-usulnya kepada golongan muda.

Syiling emas ini dibungkus sempurna dengan bungkusan bermotif songket. Ia sesuai dijadikan sebagai buah tangan, ataupun pengganti duit raya.

Boleh didapati dengan harga RM118 seunit atau secara set dengan harga RM590, koleksi Syiling Wafer Emas 999 hadir dalam lima rekaan rumah tradisional Melayu.

Rumah Perabung Lima 

Rumah tradisional ini berasal dari negeri Kelantan Darul Naim. Namanya hadir daripada binaan bumbungnya yang unik, berbentuk piramid dan berbucu lima. 

Rumah Kutai

Terkenal di negeri Perak, Rumah Kutai dihiasi dengan ukiran unik pada bumbung, pintu dan kawasan dalam rumah.

Rumah Minangkabau

Berasal dari Negeri Sembilan, Rumah Minangkabau mempunyai bumbung unik berbentuk melengkung dan tajam.

Rumah Melaka

Terkenal dengan tangga batu berjubin yang ikonik, Rumah Melaka dihiasi warna-warna terang dan bermotifkan flora dan fauna.

Rumah Serambi

Rumah tradisional Melayu ini berasal daripada negeri jelapang padi, Kedah Darul Aman. Ia mempunyai rekaan khas dan ukiran ‘bunga kerawang’ yang sangat menawan.

Untuk melihat koleksi penuh Rantaian Kasih, layari Habib Jewels untuk maklumat lanjut. – Getaran, 30 April 2022

Gambar: Habib Jewels

Isu Pada

Syawal Terindah Nur Fazura

30 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 hari yang lalu

Mis Claire Undang Melinda Looi Hasilkan Koleksi Baju Raya

2

Gaya 1 minggu yang lalu

Tiada Lagi Koleksi Raya Dari Rizman Ruzaini Selepas Ini, Mahu Tumpu Pasaran Antarabangsa 

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Cherry Yeo Memukau Di Mallorca, Rangkul 3 Emas, 1 Gangsa

4

Sukan 6 bulan yang lalu

Mohd Qabil Pahat Sejarah, Hadiahkan Emas Sulung Malaysia Dalam Ekuestrian

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok