Berita Terkini

6 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 7 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 7 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 7 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 7 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Bingkisan Rindu Hari Lebaran Dalam 'Memori'

'Memori' oleh Shals menggambarkan rasa rindu dan kenangan manis bersama orang tersayang.

Gaya Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2022 8:42AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mengalami kehilangan bukanlah satu hal yang mudah. Mungkin betul apa orang kata, kita hanya akan memahami erti sebuah kehadiran, kasih sayang dan kesetian bila kita kehilangan orang yang tersayang. Pastinya dalam setiap pertemuan akan ada perpisahan. 

Kini jenama Shals menjelmakan sebuah koleksi raya yang mempunyai makna mendalam dan sentimental. 

“Bertemakan ‘Memori’, koleksi ini sangatlah dekat buat kami. Kami ingin meraikan detik-detik istimewa bersama mereka yang sudah meninggalkan dunia ini buat selamanya.

“Tambahan pula, koleksi ini memberi penghormatan dan sokongan buat mereka yang telah kehilangan orang yang disayangi akibat virus COVID-19. Inilah cara kami untuk merasa lebih akrab dengan para peminat. 

“'Memori' menggambarkan rasa rindu bersama mereka dan kenangan yang tidak dapat dihidupkan kembali. Meskipun mereka tidak akan lagi menjelma di depan mata tapi kita tetap boleh merasa perasaan dan memori bersama mereka. 

“Selagi kita hidup, memori itu akan terus kekal dan bermain dalam fikiran. Itulah indahnya rasa cinta dan kasih sayang,” kata Shalma Ainaa selaku Pengarah Kreatif Shals. 

Menariknya, koleksi ini turut menyajikan sebuah filem pendek berjudul ‘Memori’ di bawah arahan sutradara, Jasmine Wong dan diiringi  runut bunyi piano sedih yang dihasilkan khas untuk filem pendek ini.

Sejujurnya, plot cerita yang ditulis oleh Zaym Zarif ini bakal menyentuh hati dan membuat siapa sahaja menangis teresak-esak bila menontonya.

Bolehkah kita bayangkan rasa sedih yang bakal menghampiri saat orang tersayang tiba-tiba pergi meninggalkan kita? Meskipun sudah lima kali menonton ‘Memori’, ia masih membuat penulis mengalir air mata setiap kali ia dimainkan. 

“Beberapa tahun lalu bapa mertua tercinta saya meninggal dunia. Perit rasanya, lebih-lebih lagi bila saya tidak pernah kehilangan orang tersayang. Kehilangan ini banyak mengajar dan mengubah persepsi saya terhadap kehidupan. 

“Sesakit mana pun, dunia akan tetap berputar dan kita harus bangun untuk meneruskan kehidupan. Berat rasanya untuk menahan luka dan sedih. Walaupun mereka telah pergi buat selamanya, dalam hati kita akan selalu ada kenangan manis bersama mereka,” tambah Shalma.

Koleksi ini merangkumi 24 gaya persalinan raya yang direkakan buat kedua-dua kaum Hawa dan Adam. Mengekalkan elemen tradisional dengan menyuntik sentuhan moden, koleksi ini sangat sesuai buat mereka yang ingin tampil minimalis namun tetap anggun pada bulan Syawal. 

“Ia menggabungkan siluet dari koleksi ‘Shaloma Raya’ dan ‘She Raya’. Apa yang membezakannya adalah penggunaan palet warna. ‘Memori’ banyak menggunakan warna-warna ‘muted’ dan ‘plain’ agar selaras dengan cerita di sebalik koleksi ini,” kata Zaym yang juga merupakan Eksekutif Kreatif Shals.

Jika anda berminat dan ingin melihat koleksi ini dengan lebih dekat, jangan lupa untuk melayari laman web rasmi Shals atau profil Instagram mereka. – Getaran, 5 Mac 2022


 

Semua gambar: Shals, Amani Azlin

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Berbekal Kenangan Dan Harapan, SJK(C) Mun Choong Melangkah Ke Hadapan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Hampir 3 Minggu Di PPS, Mangsa Banjir Rindu Rumah

3

Selebriti 6 bulan yang lalu

Shuk Sahar Akui Rindu Untuk Melawak, Mengacara Dan Menjadi Penyampai Radio

4

Filem & TV 6 bulan yang lalu

'Just Remembering' - Kisah Pahit Manis Kenangan Dan Cinta

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

Refleksi 20 jam yang lalu

Acar Ikan Kering Laris, Pengusaha Tak Menang Tangan Penuhi Permintaan