Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Love, Bonito Lancar Koleksi Tahun Baharu Cina Penuh Gaya Di Butik Utama TRX Kuala Lumpur

Butik utama yang mula dibuka dua penghujung Januari lalu ini menawarkan pilihan yang lebih meluas dan koleksi terkini.

Gaya Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2024 1:02PM

Dari Kiri ke Kanan: Rachel Lim, Pengasas Bersama Love, Bonito dalam Agnes Shoulder Tweed Mandarin Collar Midi Dress (Baby Blue); Grace Chan, Duta Love, Bonito dalam Llana Shoulder Padded Mandarin Collar Mini Dress (Dusty Pink); dan Dione Song, Ketua Pegawai Eksekutif Love, Bonito dalam Mina Padded Tweed Mandarin Collar Jumpsuit (Kuning Mustard)

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Love, Bonito, jenama pakaian wanita saluran omni terkemuka di Asia Tenggara, baru-baru ini meraikan pembukaan butik utama mereka di Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur.

Bersempena dengan pembukaan itu, mereka juga telah melancarkan Koleksi Tahun Baharu Cina yang diilhamkan daripada budaya Timur.

Dalam era apabila sambutan Tahun Baharu Cina kelihatan berbeza untuk setiap keluarga, Love, Bonito meraikan perbezaan ini dengan koleksi baharu yang bertemakan ‘Modern Reunions’.

Menampilkan gaya oriental moden, koleksi baharu ini tersedia dengan gaya kembar ibu-anak dan pakaian keluarga yang sepadan untuk majlis makan besar yang tidak dapat dilupakan.

Dengan hadiah percuma termasuk Fortune Red Packets, Scarlet Tissue Box Holder dan Gratitude Chopsticks yang menanti pelanggan, musim perayaan ini menjanjikan kemeriahan yang istimewa!

Lebih Istimewa, pada acara pratonton eksklusif koleksi terbaharu ini tempoh hari, mereka turut membawa pelakon Hong Kong dan Duta Love, Bonito, Grace Chan terbang ke Kuala Lumpur.

Pengasas Bersama Love, Bonito, Rachel Lim dan Ketua Pegawai Eksekutif Love, Bonito, Dione Song, turut sama memeriahkan acara.

Dalam ucapan pembukaannya, Song berkongsi tentang perkembangan pesat syarikat tersebut sebagai perniagaan saluran omni dengan lebih 20 cawangan fizikal di wilayah penting, termasuk Malaysia.

“Ini detik yang sangat membanggakan! Kami terharu dengan peluang untuk mempamerkan jenama kami di salah satu mercu tanda utama negara, Tun Razak Exchange.

“Kedai utama kami ini melambangkan permulaan yang baharu untuk Love, Bonito,” katanya.

Song berkata, dengan membawakan reka bentuk dan gaya moden dengan ruang yang luas dan sistem nombor giliran elektronik, butik ini menawarkan pengalaman membeli-belah yang lain daripada yang lain.

“Lebih daripada sekadar ruang fizikal, butik ini tersedia dengan pilihan pakaian yang pelbagai, dan ia paling sesuai untuk dijadikan destinasi utama untuk sebarang acara atau bengkel komuniti khusus untuk kaum wanita,” ujar beliau.

Merangkul Akar Budaya Asia

Koleksi Tahun Baharu Cina yang dipersembahkan oleh jenama fesyen ini melambangkan simbol kebersamaan dengan pilihan warna-warna mempesona, sulaman eksklusif Opulent Florals, dan tekstil broked Heirloom Botanicals dan Rekindled Blooms.

Sementara itu, Rachel berkata, perayaan Tahun Baharu Cina disifatkan sangat istimewa bagi semua dan pihaknya mahu menjadikan ia pengalaman yang bermakna bagi setiap keluarga, sama ada bagi mereka yang baru bergelar ibu, keluarga pelbagai budaya, dan mereka yang telah kehilangan orang yang tersayang.

“Koleksi terbaru ini merangkul identiti Asia dan inspirasi daripada porselin, jed dan broked untuk melahirkan penggayaan yang moden.

“Selain daripada itu, kami turut menyediakan pakaian keluarga yang sepadan dan sesuai untuk potret keluarga bagi meraihkan ikatan kekeluargaan,” katanya.

Peminat jenama ini boleh membelek busana Yuri Asymmetric Drape Midaxi Dress iaitu cheongsam yang direka dengan gaya moden, menampilkan garis leher drep dan potong maksi yang sesuai untuk perayaan hari pertama.

Yanna Mandarin Collar Romper pula menampilkan kombinasi tuah dan kegembiraan dengan kolar Mandarin, tali laras untuk menonjolkan pinggan yang ramping, potongan yang pendek dan poket sisi untuk menyimpan angpau.

Bagi mereka yang trendy, pilihan pakaian selain daripada warna merah tersedia untuk anda.

Gayakan pakaian dalam tona yang gelap untuk penampilan yang memukau.

Mina Padded Tweed Mandarin Collar Jumpsuit satu pilihan yang paling sempurna untuk parti atau majlis makan malam bersama rakan sekerja manakala cheongsam Mira Knit Midi Dress pula direka khas dengan potongan moden yang menampilkan belahan di bahagian belakang untuk bayangan yang anggun.

Koleksi Tahun Baharu Cina 2024 Love, Bonito berharga dari RM85 - RM249 dan telah mula dijual di dalam talian dan di butik sejak 1 Januari lalu. – Getaran, 7 Februari 2024

Sorotan

1

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

2

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

3

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

4

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

5

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

6

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

7

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku