Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


MAG Lancarkan Seragam Baharu, Lebih Ringkas Dan Moden

Seragam baharu ini akan digayakan oleh petugas barisan hadapan di lapangan terbang, bukan krew kabin

Gaya Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2024 8:34PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malaysia Aviation Group (MAG) pada Rabu melancarkan pakaian seragam darat baharu untuk pasukan barisan hadapan pengendalian daratnya, AeroDarat Services (ADS) yang memperlihatkan rekaan serba moden di samping terus mengekalkan penghormatan kepada akar budaya Malaysia.

Pakaian seragam baharu itu diumumkan pada majlis pelancaran yang diadakan di Terminal 1 KLIA yang disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail memberitahu, pakaian seragam baharu itu melambangkan komitmen pihaknya terhadap profesionalisme dan kesaksamaan, di samping menghargai semangat dan budaya Malaysia dengan menyemat motif songket dalam reka bentuk pakaian.

"Seragam darat ADS baharu melambangkan komitmen kami terhadap profesionalisme dan kesaksamaan, di samping menghargai semangat dan budaya Malaysia dengan menyematkan motif songket dalam reka bentuknya. Selain itu, kami juga mengetengahkan bakat dalaman kami, kerana pakaian seragam itu direka khas oleh minda muda kreatif dalam MAG, merangkumkan perpaduan dan kreativiti yang akan memacu organisasi kami ke hadapan," ujar beliau. 

Dalam masa yang sama beliau turut menegaskan bahawa biarpun melakuan pembaharuan yang sukar dielakkan itu, komitmen MAG kekal tidak berbelah bahagi untuk menyampaikan intipati unik Hospitaliti Malaysia. 

"Ini sangat tertanam dalam DNA kami dan dalam setiap aspek operasi kami, memastikan tetamu kami akan terus  menikmati kebiasaan dan keselesaan yang mentakrifkan jenama kami,” tambah beliau.

Pakaian seragam darat baharu ini merangkumi sut tiga helai yang boleh disesuaikan dengan pilihan skirt atau seluar untuk wanita, diperbuat daripada fabrik yang selesa mudah dijaga. Fleksibiliti ini memastikan petugas barisan hadapan dapat menjalankan tugas mereka dengan yakin, bangga dan memberikan layanan mesra bagi mencipta pengalaman menggembirakan di kalangan pengembara yang menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan ini. 

Sebagai tambahan kepada pakaian seragam baharu itu, MAG turut memperkenalkan beg tangan dan klac kakitangan daratnya yang pertama kali digunakan semula daripada pakaian seragam kebaya sebelum ini. - Getaran, 12 Januari 2024

Foto : MAG

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 minggu yang lalu

Adidas Originals Raikan 3 Kasut Klasik Dalam Kempen, '1000 Back' 

2

Gaya 1 bulan yang lalu

Tiada Lagi Koleksi Raya Dari Rizman Ruzaini Selepas Ini, Mahu Tumpu Pasaran Antarabangsa 

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Koleksi Denim Marks & Spencer Diperkenalkan di Stor 1 Utama

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Hobi Mengait Jadi Terapi Diri, Jana Pendapatan

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Gaya 18 jam yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

Menawarkan pesona tersendiri, kesemua hotel ini menjanjikan pengalaman indah untuk percutian yang singkat

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Belian harus dibuat sebelum 1 Mei dan ia sah untuk perjalanan selama setahun

oleh Rahayu MN