web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mrs Malaysia World 2023 Bakal Peraga Kostum Wau Terbesar Di Las Vegas

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2023 9:05AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Mrs Malaysia World 2023 P. Vanishaantini bakal memperagakan kostum wau terbesar bagi merebut gelaran Best National Costume pada pertandingan Mrs World 2023 di Las Vegas, Amerika Syarikat pada Januari ini.

Direka oleh Saran Anak Lagong, kostum bersaiz 3.8 meter tinggi dan 4.8 meter lebar itu juga berjaya mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai "Kostum Wau Terbesar" dalam satu majlis yang diadakan di sebuah hotel, di sini semalam.

Vanishaantini, 27, berkata penyertaan beliau ke pertandingan itu diharap dapat membawa nama Malaysia dengan memaparkan keunikan kehalusan seni kraf tempatan. 

"Saya berbangga kerana dapat mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa dengan membawa kostum ini kerana saya mahu membawa sesuatu yang unik dan tidak pernah dilakukan oleh sesiapa sebelum ini," katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau berkata dirinya mengambil cabaran untuk memperagakan kostum seberat kira-kira 10 kilogram itu dengan membuat persediaan dari segi mental serta fizikal. 

"Sejak Mac lagi, saya secara berterusan berlatih catwalk, menjaga kesihatan dan pada masa sama mengendalikan perniagaan selain terlibat dengan kerja-kerja sosial. Saya berharap dapat membuat yang terbaik pada pertandingan itu nanti," katanya.  -BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 tahun yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

2

Jelajah 3 tahun yang lalu

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Diadakan Pada Februari 2023

3

TARA 4 tahun yang lalu

'Mie Wau Sering' Harumkan Nama Malaysia Ke Seantero Dunia

4

TARA 4 tahun yang lalu

Kaum Tionghua Sg Chua Ceburi Permainan Wau Tradisional

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari