web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Diadakan Pada Februari 2023

Kali terakhir Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang diadakan ialah pada Februari 2019 yang menyaksikan penyertaan 45 negara termasuk Colombia, Bulgaria, Hungary dan Venezuela

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2022 12:37PM

Wau Merak yang dihasilkan oleh Yayasan Warisan Johor menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai layang-layang pertama menggunakan kain tenunan benang Johor yang diterbangkan - Gambar Facebook Yayasan Warisan Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) ke-25 akan diadakan di Bukit Layang-Layang di Pasir Gudang pada Februari tahun depan.

Presiden Majlis Pelayang Malaysia Datuk A. Rahim Nin berkata program membabitkan penyertaan 25 negara itu dijangka menarik lebih 300,000 pengunjung.

"Saban tahun, festival ini menarik penyertaan dari pelbagai negara termasuk benua Amerika dan Afrika.

"Jumlah penyertaan adalah bergantung kepada kebenaran Kementerian Kesihatan dan kerajaan negeri," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Wau Merak sempena Festival Layang-Layang dan Wau Pasir Gudang Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Untuk rekod, kali terakhir FLLSPG diadakan ialah pada Februari 2019 yang menyaksikan penyertaan 45 negara termasuk Colombia, Bulgaria, Hungary dan Venezuela.

Bagaimanapun, FLLSPG ke-25 yang dijadual berlangsung pada Februari 2020 dibatalkan berikutan kebimbangan terhadap penularan COVID-19.

A. Rahim berkata kira-kira 100,000 pengunjung disasarkan hadir ke Festival Layang-Layang dan Wau Pasir Gudang Peringkat Kebangsaan yang berlangsung selama lima hari bermula Rabu hingga hari ini.

“Pada tahun ini, kita anjurkan festival berskala kecil sahaja bagi mengubat kerinduan rakyat tempatan terhadap festival layang-layang, walaupun hanya disertai peserta tempatan namun sambutan yang diterima amat menggalakkan,” katanya.

Terdahulu, Wau Merak yang dihasilkan oleh Yayasan Warisan Johor menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai layang-layang pertama menggunakan kain tenunan benang Johor yang diterbangkan. 

Wau Merak merupakan layang-layang tradisi negeri Johor. - Bernama

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

17 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Zfix Catat Nama Dalam MBR, Tukar Lebih 1,000 Bateri  HP Dalam Masa 12 Jam

2

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Generasi Masak 10,000 Pek Mi Goreng Sotong Percuma 24 Jam

3

Jelajah 2 tahun yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Mrs Malaysia World 2023 Bakal Peraga Kostum Wau Terbesar Di Las Vegas

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini