Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kaum Tionghua Sg Chua Ceburi Permainan Wau Tradisional

Walaupun permainan tradisional ini lebih terkenal dalam kalangan orang Melayu, namun mereka tidak kekok mengendali dan menerbangkan wau hampir setiap petang di Taman Rekreasi Sungai Chua, Kajang, Selangor.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2021 12:44PM

Tan Chin Seong, 36, (dua, kanan) bersama rakan Tionghua lain menjadikan permainan wau tradisional sebagai hobi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bersenam dan berjoging lazimnya menjadi aktiviti pengunjung di taman rekreasi, namun lain pula pilihan sekumpulan lelaki Tionghua yang lebih gemar meluangkan masa beriadah dengan bermain wau.

Walaupun permainan tradisional ini lebih terkenal dalam kalangan orang Melayu, namun mereka tidak kekok mengendali dan menerbangkan permainan yang popular di Pantai Timur itu hampir setiap petang di Taman Rekreasi Sungai Chua, Kajang, Selangor. 

Berkongsi berkenaan aktiviti itu, Tan Chin Seong, 36, berkata minat terhadap permainan tradisional itu dipupuk sejak beliau berusia 10 tahun oleh mendiang datuknya, Tan Eng Keat yang sering bermain wau di sekitar rumah. 

“Dulu datuk saya bermain layang-layang biasa, tapi lama-kelamaan apabila berkawan dengan jiran berbangsa Melayu yang mahir membuat wau tradisional, atuk turut mempelajarinya kerana tertarik dengan keunikan tersendiri selain coraknya yang lebih cantik. 

“Selepas tamat persekolahan, saya cuba membuat wau tradisional sendiri berpandukan sedikit kajian menerusi rujukan di buku dan internet, sehingga sekarang pun saya masih lagi belajar untuk memantapkan kemahiran,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Walaupun ada segelintir pihak yang menganggap permainan tradisional ini sudah tidak relevan dan ketinggalan zaman khususnya generasi muda, namun Tan berpandangan permainan tradisional itu sebaliknya mampu mengimbau nostalgia selain menonjolkan warisan negara. 

“Meskipun tidaklah semahir pembuat wau dari Pantai Timur yang sinonim dengan permainan tradisional ini, namun saya berbangga kerana tidak ramai orang Cina yang tahu membuatnya,” katanya. 

Sehingga kini, Tan yang juga peniaga barangan automotif telah menghasilkan lebih 50 jenis wau tradisional antaranya Wau Barat, Wau Bulan, Wau Burung, Wau Jala Budi dan Wau Kucing.

Bercerita lanjut, beliau berkata masa kira-kira dua hari diperlukan bagi menyiapkan sebuah wau bermula daripada proses mencari dan meraut buluh duri sehinggalah melekatkan lapisan plastik nipis pada rangka.

Selain mencipta rangka dan aksesori wau seperti ekor serta sayap, Tan juga berbakat membuat busur yang diikat pada wau, yang boleh mengeluarkan bunyi apabila diterbangkan di udara.

Seorang lagi pemain wau, Sum Chock Ying, 58, berkata beliau mula berjinak-jinak dengan permainan wau tradisional itu sejak lima tahun lepas dan kini telah menjadi sebahagian hobi barunya ketika mempunyai masa lapang.

“Walaupun proses membuat wau tradisional ini agak kompleks dan memerlukan ketelitian, namun ia menjadi kepuasan bagi saya apabila berjaya menerbangkannya dalam keadaan stabil di udara,” katanya.

Sum berkata beliau turut menjadikan hobi tersebut sebagai sumber pendapatan sampingan dengan menjualnya dengan harga bermula RM30 sehingga RM100 bergantung kepada saiz yang dikehendaki. - Bernama

Semua gambar: Afiq Zulkifli, Bernama

Isu Pada

Sisi Tersembunyi Daiyan Trisha

25 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Jelajah 4 minggu yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

BERNAMA Junjung Titah Sultan Selangor Supaya Perangi Berita Palsu

3

Gaya 3 bulan yang lalu

Mrs Malaysia World 2023 Bakal Peraga Kostum Wau Terbesar Di Las Vegas

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Bernama Diminta Segera Salur Sumbangan Kepada Keluarga Wan Noor Hayati - Fahmi

Sorotan

1

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

2

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

3

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

5

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

6

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

7

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya