Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Butik lululemon Terbesar Di Malaysia Kini Dibuka Di The Exchange TRX

Berkeluasan 5,000 kaki persegi, cawangan berkenaan membawa gabungan rotan daripada sumber tempatan serta bahan mesra alam sekitar bagi mewujudkan suasana damai dan tropika di keseluruhan kedai itu.

Gaya Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2023 8:19PM

Butik lululemon di The Exchange TRX. - gambar lululemon

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Satu demi satu jenama fesyen antarabangsa membuka ‘rumah baharu’ di The Exchange TRX. Minggu lalu lululemon athletica inc. (NASDAQ:LULU), mengumumkan pembukaan rasmi mereka di mercu tanda bualan ramai itu.

Ini butik terbaharu dan terbesar milik jenama itu di Malaysia setakat ini, sekali gus mengukuhkan komitmen yang lebih mendalam terhadap pasaran di Malaysia.

Jika anda sudah biasa mengunjungi butik lululemon di lokasi-lokasi lain, pasti anda maklum bahawa setiap cawangan tampil dengan konsep berbeza.

Peminat jenama pakaian yoga dari Kanada itu boleh menjamu mata di butik lululemon, The Exchange TRX, yang menampilkan dekorasi semula jadi dan mesra alam.

Butik berkeluasan 5,000 kaki persegi itu mempersembahkan gabungan rotan daripada sumber tempatan serta bahan mesra alam sekitar bagi mewujudkan suasana damai dan tropika di keseluruhan kedai itu.

Komitmen terhadap sumber mampan ini dilihat bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan nilai estetika, malah ia juga sebenarnya mencipta ruang yang memenuhi cita rasa tetamu Malaysia.

Ketika sesi lawatan bersama pihak media baru-baru ini, Pengurusnya, Shearlee Lian memaklumkan, koleksi yang ada di sini adalah sedikit berbeza dengan yang ada di tempat lain serta mempunyai lebih banyak pilihan.

Bagi yang tidak begitu mengenali lululemon, jenama ini menghasilkan produk khusus untuk aktiviti yoga, larian, latihan, dan pelbagai kategori  aktiviti sukan seperti golf, tenis, dan mendaki, serta koleksi kasual yang direka sebagai pakaian harian yang versatil.

Selain itu, terdapat juga pilihan untuk hijabista iaitu hijab Align™ yang diperbuat daripada fabrik Nulu™ yang lembut bagi membolehkan mereka yang menutup aurat dapat bersenam atau melakukan aktiviti harian dengan selesa.

Pilihan untuk penggemar lululemon dalam kalangan wanita juga boleh mendapatkan produk aktiviti larian utama seperti seluar Fast and Free, yang dikuasakan oleh fabrik Nulux™.

Ia menawarkan pergerakan yang lebih selesa tanpa halangan dan kain yang ringan. Malah ia juga sesuai digayakan secara santai, sama ada ingin keluar membeli belah, atau minum kopi bersama teman.

Tidak ketinggalan seluar Wunder Train, yang menampilkan fabrik Everlux™, ia memastikan pakaian cepat kering dan menyerap peluh untuk tahap keselesaan dan tumpuan yang terbaik ketika bersenam.

Untuk lelaki, seluar ABC, yang diperbuat daripada fabrik Utilitech™, memberikan keselesaan sepanjang hari, kebebasan untuk bergerak, dan regangan empat hala dalam gaya kasual dan langsing.

Mereka juga boleh memilih seluar pendek Pace Breaker yang dipacu prestasi, diimaginasikan semula untuk keselesaan maksimum dan kepelbagaian gunaan, sesuai untuk berlari, berlatih, dan bersenam. Varian untuk lelaki juga ditawarkan pilihan seluar pendek License to Train, yang dilengkapi dengan poket berzip dan tali jerut pinggang versatil yang boleh dipakai di dalam atau di luar.

Istimewa untuk musim percutian di musim sejuk, lululemon juga tidak terkecuali mempersembahan koleksi musim percutian ini melalui dua koleksi iaitu Winter Whites dan Moon Bow yang boleh dijadikan pilihan seandainya anda sudah merencana sebuah percutian ‘winterland’. 

Kedua-dua koleksi ini terdiri daripada pakaian aktif teknikal dan pakaian lounge selesa hinggalah kepada pakaian dan aksesori yang wajib dimiliki.

Direka dengan Science of Feel, pendekatan unik lululemon terhadap inovasi melibatkan rangkaian produk jenama itu termasuk fabrik teknikal proprietari, teknik penghasilan berinovasi, dan padanan strategik serta ciri-ciri bagi memenuhi keperluan setiap pengguna dan meningkatkan kesejahteraan serta prestasi mereka.

Menyantuni Dan Membantu Komuniti Menerusi Kempen “Here For The Presence”

Sempena pembukaan butik yang terbaharu dan bagi memupuk komuniti kesejahteraan holistik di mana mereka boleh bergerak, berkembang dan berhubung, lululemon turut menganjurkan acara komuniti selama dua hari di Rumah Tangsi pada 9 hingga 10 Disember 2023 lalu.

Acara yang diadakan dari 7 pagi hingga 8 malam itu menampilkan pengalaman kesejahteraan holistik seperti yoga, latihan, dan larian serta sesi mandian bunyi bersama-sama dengan rakan lululemon dan duta jenama Malaysia, termasuk Umi Atiqah, jurulatih yoga bertauliah, dan Katrina Taib, pemilik studio kecergasan CLUBALOHA.

Tetamu berpeluang menikmati jus yang menyegarkan, bagi meningkatkan lagi keseluruhan pengalaman.

Hasil kutipan daripada acara itu telah disumbangkan kepada Buku Jalanan Chow Kit, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berusaha untuk menyediakan peluang pendidikan yang sama rata, serta persekitaran membesar yang sihat untuk kanak-kanak kurang bernasib baik bagi membantu mereka keluar daripada perangkap kemiskinan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk, sila layari laman sesawang rasmi lululemon di sini. – Getaran, 12 Disember 2023

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia