web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Online Shop' Tesla Malaysia Kini Dibuka, Baju Cybertruck Turut Dijual!

Penawaran aksesori asli ini seiring dengan pengumuman rasmi Tesla Malaysia terhadap pembukaan kedai dalam talian untuk penjualan barangan eksklusif mereka

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2023 10:43AM

Kemeja t bercorak Cybertruck turut dijual

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bulan lepas ada beberapa kenalan penulis yang berbincang tentang kenderaan elektrik (EV) Tesla yang bakal mendarat ke tangan penerimanya dengan lebih banyak pada awal tahun 2024. 

Dalam berbicara tentang kenderaan tersebut, terlontar satu pertanyaan dari rakan penulis, adakah Tesla hanya menawarkan kereta sahaja tanpa sebarang pilihan aksesori?

Persoalan tersebut ada logiknya dan bila difikirkan semula, adakah jenama kereta ini tidak menawarkan sebarang aksesori seperti jenama lain? 

Justeru, pengumuman Tesla Malaysia itu memang tepat pada masanya. Sama ada anda seorang pemilik yang bakal menerima EV tersebut atau sekadar seorang peminat, ini aksesori asli yang dibawakan khas untuk anda.

Pengecas peranti pintar berbentuk Supercharger untuk kemudahan mengecas telefon pintar dan seumpamanya di dalam kereta
Pengecas peranti pintar berbentuk Supercharger untuk kemudahan mengecas telefon pintar dan seumpamanya di dalam kereta

Buat makluman, penawaran aksesori asli ini seiring dengan pengumuman rasmi oleh Tesla Malaysia terhadap pembukaan kedai dalam talian kerana barangan eksklusif tersebut hanya boleh dibuat melalui pembelian dalam talian. Tambahan lagi, kepelbagaian aksesori tersebut setakat ini khusus untuk Tesla Model 3 dan Model Y.

Tirai pelindung cahaya matahari bumbung memandangkan kenderaan EV ini memiliki ruang bumbung kaca
Tirai pelindung cahaya matahari bumbung memandangkan kenderaan EV ini memiliki ruang bumbung kaca

Jadi antara item asas yang tersenarai ialah tirai pelindung cahaya matahari dengan harga permulaan dari RM380, alas ruang kargo (RM730), dulang konsol tengah (RM150), plet ambang pintu bercahaya (RM1,170), serta pemacu USB 128GB (RM240).

Jumlah keseluruhan aksesori asas ini mencecah RM2,670. Walaupun agak mahal, ia pasti membuatkan Tesla anda lebih bergaya!

 Inovasi kunci kereta kad kredit ini Tesla
Inovasi kunci kereta kad kredit ini Tesla

Antara yang paling menarik ialah pemilik Tesla boleh menempah kunci khas berbentuk kad kredit yang dijual pada harga RM170. Pertama kali penulis melihat teknologi kunci kereta seperti ini diguna pakai ialah ketika pelancaran kereta Honda Civic terbaharu.

Inovasi ini mungkin buat kali pertama diguna pakai untuk kenderaan kategori EV Tesla di Malaysia. Sungguh canggih teknologi digunakan.

Namun menjadi persoalan adakah kunci ini mudah dijaga dan pemiliik kunci tidak mudah tersalah  tempat untuk menyimpannya memandangkan ia hanyalah sekeping kad? Perkara ini masih dan perlu dibincangkan.

 Topi berlogo Tesla
Topi berlogo Tesla

Keterampilan sebagai seorang pemilik Tesla pasti lebih menonjol dengan menggayakan pakaian dari  jenama itu sendiri. Jangan bimbang, kedai dalam talian ini menawarkan t-shirt Tesla dan Cybertruck untuk lelaki dan wanita dengan harga RM150 dan RM170 (mengikut rekaan corak baju). 

Topi berlogo Tesla pula dijual pada harga RM 170.

Tumbler Tesla
Tumbler Tesla

Selain itu, aksesori lain yang ada ialah tempat penyimpanan minuman (RM130-RM710), tumbler (RM150), selimut (RM 710), wisel eksklusif berbentuk Cybertruck (RM240) dan pengecas peranti pintar berbentuk Supercharger (RM170).

Buat anda di luar  sana yang berminat untuk mendapatkan mana-mana aksesori ini, silalah layari Tesla Malaysia ini. - Getaran, 17 September 2023

Sumber Dan Foto: Tesla Shop.com

Berita Berkaitan

1

Gaya 5 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

2

Gaya 6 hari yang lalu

Piala Dunia 2026: Penginapan, Kembara Dan Peluang Mendapatkan Tiket Percuma

3

Gaya 1 minggu yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

Gaya 2 minggu yang lalu

Pos Malaysia, Perhilitan Perkenal Setem Khas Burung Bayan Malaysia

Sorotan

1

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

2

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

3

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

4

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

5

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia