web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gara-Gara Penangan Jennie Blackpink, Laman Web Calvin Klein ‘Crash’

Laman web jenama fesyen itu tiba-tiba ‘crash’ kerana dibanjiri peminat-peminat Blackpink dan Jennie.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2023 12:00PM

Jennie sekali lagi dilantik menjadi duta Calvin Klein.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap kali anggota kumpulan Blackpink mengumumkan kolaborasi mereka dengan jenama produk yang berpengaruh, reaksi yang diterima sentiasa positif. Bahkan, ia juga mampu meningkat pengiktirafan sesuatu jenama produk tersebut.

Hal ini terbukti saat Calvin Klein sekali lagi melantik Jennie menjadi duta mereka untuk menjayakan pula kempen koleksi Athletic Spring 2023 mereka.

Setelah menguar-uarkan tentang kolaborasi terbaharu mereka bersama Jennie menerusi beberapa foto seksi yang diilhamkan dari era 90-an, peminat-peminat Blackpink dan Jennie khususnya dilihat tidak bertangguh lagi untuk mendapatkan koleksi tersebut di laman web Calvin Klein.

Malangnya, laman web jenama fesyen itu tiba-tiba ‘crash’ kerana dibanjiri kelompok besar peminat-peminat Blackpink dan Jennie. Dek kerana itu, ramai yang mengeluh, memberitahu bahawa mereka tidak dapat masuk ke laman web tersebut.

Tidak puas hati dengan situasi tersebut, peminat telah membuat aduan kepada pihak Calvin Klein sehingga masalah itu dapat ditangani dengan segera.

Apa pun, sejak menjadi sebahagian daripada kempen Calvin Klein, jenama fesyen itu telah meraih kedudukan nombor satu dalam ranking jenama di Korea Selatan.

Tangkap layar laman web Calvin Klein yang tergendala.
Tangkap layar laman web Calvin Klein yang tergendala.

Selain menjadi punca laman web jenama fesyen itu tergendala, Jennie juga berjaya membantu menjual bralette yang dipakainya untuk sewaktu menjayakan penggambaran foto.

Nampaknya, apa sahaja produk yang mempunyai kaitan dengan Jennie, ia pasti akan meraih sambutan yang baik daripada peminat-peminatnya.

Nampaknya, apa sahaja produk atau jenama yang dikaitkan dengan Jennie, ia pasti akan mendapat sambutan yang hangat daripada peminat-peminatnya. Memang luar biasa sungguh penangan Jennie.

Ini adalah kali ketiga Jennie menjadi muse jenama fesyen yang terkemuka ini.

Sebelum ini, Jennie pernah menjayakan kempen koleksi Calvin Klein's Fall 2021 dan 2022. - Getaran, 16 Februari 2023

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia