web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anuar Faizal X Faizal Yunus, Sebuah Kolaborasi Pereka Fesyen Dan Pelukis Yang Cipta Sejarah 

Menerusi kolaborasi ini, Anuar telah peragakan 45 rekaan hebat di CIMB ARTOBER Fashion Week 2022, baru-baru ini. 

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2022 12:16PM

Model-model yang memperagakan busana ini terdiri daripada ‘orang biasa’ yang kebanyakannya tidak pernah berjalan di atas pentas peragaan. - Gambar ihsan Mydigitalfashionweek (MIDFW)

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mencipta sejarah apabila pereka fesyen terkemuka, Anuar Faizal buat julung kalinya berkolaborasi dengan Pemenang Malaysia Emerging Artist Awards (MEA) 2019, Faizal Yunus dengan menghasilkan 45 rekaan hebat. 

Kesemua 45 rekaan hebat ini telah diperagakan di CIMB Fashion Week diadakan bersempena CIMB ARTOBER baru-baru ini. 

Menginspirasikan karya seni Faizal Yunus, Anuar berkata, ini kali pertama dia mencabar diri menghasilkan rekaan yang menggunakan warna-warna di luar zon selesa serta rekaan yang lebih kontemporari serta menarik. 

Anuar Faizal
Anuar Faizal

“Jika sebelum ini saya lebih selesa menggunakan warna emas atau hitam dalam rekaan tetapi kali ini, mengambil inspirasi hasil seni Faizal Yunus, saya mereka busana yang menggunakan warna-warna berdasarkan karya pelukis hebat itu.

 “Saya mengambil masa selama dua bulan dan kos penghasilan 45 busana pula sekitar RM20,000. Menariknya, ini kali pertama CIMB Fashion Week diadakan bersempena CIMB ARTOBER yang memasuki edisi ketiga tahun ini,” katanya. 

45 rekaan telah diperagakan di CIMB Fashion Week yang diadakan bersempena CIMB ARTOBER baru-baru ini. 
45 rekaan telah diperagakan di CIMB Fashion Week yang diadakan bersempena CIMB ARTOBER baru-baru ini. 

Tidak hanya itu, mencipta kelainan, model-model yang memperagakan busana juga terdiri daripada ‘orang biasa’ yang kebanyakannya tidak pernah berjalan di atas pentas peragaan. 

“Model yang saya pilih ini adalah dari mydigitalfashionweek yang terdiri dari "orang biasa" (merangkumi semua jenis bentuk badan, saiz, usia race) dan telah dilatih secara intensif selama lima minggu untuk persediaan minggu Fesyen.

 “Kesemua model ini juga telah menjalan latihan secara intensif yang dianjurkan mydigitalfashionweek (MIDFW) bersama Global Empowerment Hub (GEH),” kata Anuar.

Anuar mengambil masa selama 2 bulan untuk menghasilkan 45 busana, dengan kos sekitar RM20,000.
Anuar mengambil masa selama 2 bulan untuk menghasilkan 45 busana, dengan kos sekitar RM20,000.
Anuar buat julung kalinya berkolaborasi dengan Pemenang Malaysia Emerging Artist Awards (MEA) 2019, Faizal Yunus dengan menghasilkan 45 rekaan hebat. 
Anuar buat julung kalinya berkolaborasi dengan Pemenang Malaysia Emerging Artist Awards (MEA) 2019, Faizal Yunus dengan menghasilkan 45 rekaan hebat. 
Kesemua 45 rekaan hebat ini telah diperagakan di CIMB Fashion Week diadakan bersempena CIMB ARTOBER baru-baru ini. 
Kesemua 45 rekaan hebat ini telah diperagakan di CIMB Fashion Week diadakan bersempena CIMB ARTOBER baru-baru ini. 

CIMB ARTOBER Fashion Week 2022 ini keseluruhannya menampilkan tujuh pereka fesyen tempatan serta tiga pereka fesyen serantau dari Indonesia, Vietnam dan Filipina dengan jumlah model seramai 70 orang daripada dalam dan luar negara. 

Namun, setiap pereka fesyen ini telah bekerjasama dengan artis seni visual serta kontemporari yang melibatkan 10 galeri terkemuka di Kuala Lumpur. - Getaran, 27 Oktober 2022





 

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia