web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Levi’s Kembalikan Gaya Saiz Longgar Era 90-an

Levi’s SilverTab mengembalikan nostalgia ‘oversized’ untuk koleksi musim panas/luruh 2022.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2022 9:51AM

Gambar: Levi’s Malaysia

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dilancarkan sedekad lalu, Levi’s Silvertab (LS) pernah menjadi satu koleksi yang popular pada era 90-an kerana gaya longgarnya yang diminati peminat hip hop dan pemain papan selaju.

Boleh dikatakan, LS seolah-olah menjadi pakaian ‘rasmi’ yang digayakan hampir semua selebriti Hollywood pada tahun 1990-an.

Diperkenalkan semula di pasaran pada tahun 2018, kini LS kembali sekali lagi untuk penampilan Levi’s Musim Panas/Luruh 2022.

Menghidupkan semula nostalgia 90-an, koleksi ini menampilkan logo Silvertab berwarna perak merangkumi kemeja-t, jaket jean, seluar jean dan seluar jean pendek.

Ia memberi siluet longgar kepada si pemakainya. LS menjadi fenomena fesyen kerana berjaya berevolusi bukan pada masanya, sedang jenama lain tidak berani menawarkan saiz besar ini.

Longgar dan selesa dengan ketenangan warna biru denim pudar, sukar untuk membayangkan sesuatu yang lebih ikonik pada era tersebut. 

Sehubungan itu, untuk koleksi LS pada tahun 2002 ini, Levi’s mencipta semula semua saiz longgar itu dan sengaja direka berpadanan dengan koleksi asalnya, tetapi dengan cita rasa moden.

Jean 94 Baggy SilverTab direka khusus untuk si wanita ranggi dan Jean Loose SilverTab pula untuk si jejaka yang santai. Setiap helaian hadir dalam rangkaian warna pudar indigo dan biru.

Terdapat juga SilverTab Trucker untuk lelaki dan SilverTab Overall untuk wanita. Turut disertakan di dalam koleksi ini ialah rangkaian kemeja-T yang menampilkan grafik logo LS.

Jangan lupa memakai aksesori Grommet Strap Belt dan Topi Baldu Korduroi LS untuk lelaki dan wanita. Kesimpulannya, koleksi ini sempurna untuk anda menikmati kembali nostalgia era 90-an.

Koleksi Levi’s SilverTab ini boleh didapati di semua butik Levi’s di seluruh negara atau secara dalam talian di levis.com.my. – Getaran, 20 September 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 10 bulan yang lalu

Levi’s® Cetus Sensasi Di KLFW 2025, Ketengahkan Bakat-bakat Muda Penuh Visi 

2

TARA 2 tahun yang lalu

Levi’s Lantik Kumpulan K-Pop, NewJeans Jadi Duta Global 

3

TARA 3 tahun yang lalu

Percutian Ke Pantai, Kaca Mata Hitam Item Fesyen Mesti Bawa

4

TARA 3 tahun yang lalu

Levi’s® Mulakan Kempen The Greatest Story Ever Worn, Filem Yang Meraikan 150 Tahun Jeans 501®

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan