web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kini Ada Cara Baru Atasi Masalah Hiperpigmentasi Di Pasaran

Ramai wanita mengatasi masalah hiperpigmentasi dengan menggunakan produk mekap. Padahal, ada cara yang lebih berkesan iaitu dengan menggunakan produk rawatan kulit yang tepat.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2022 2:00PM

Salah satu masalah kulit wajah yang paling mengganggu fikiran wanita ialah hiperpigmentasi. - Gambar hiasan dari Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Salah satu masalah kulit wajah yang paling mengganggu fikiran wanita ialah hiperpigmentasi atau bahasa mudahnya bintik-bintik hitam. Apabila masalah ini terjadi, wanita mula mencari jalan untuk menyembunyikan ‘kecacatan’ ini. 

Kebanyakan wanita memilih untuk mengatasi masalah hiperpigmentasi dengan menutupinya menggunakan produk mekap. Padahal, ada cara yang lebih berkesan iaitu dengan menggunakan produk rawatan kulit yang tepat. Pemakaian produk secara rutin boleh mengatasi masalah kulit ini. 

encoriumⓇ CE3 Brightening Buffet - Gambar ihsan Encorium
encoriumⓇ CE3 Brightening Buffet - Gambar ihsan Encorium

Salah satu produk yang boleh anda cuba ialah encoriumⓇ CE3 Brightening Buffet. Produk rawatan kulit yang pertama di bawah jenama penjagaan kulit tempatan baharu ini mengandungi rumusan vitamin C dan tocotrienols, vitamin E yang diperoleh daripada sawit merah Malaysia.

Tocotrienols dari Malaysia adalah 60 kali lebih berkesan daripada vitamin E biasa untuk mempertingkatkan prestasi vitamin C dalam menyelesaikan masalah hiperpigmentasi.

Serum yang dirumus dengan rapi ini menjanjikan penampilan kulit yang lebih berseri dan memudarkan noda-noda hitam dengan kadar yang lebih pantas berbanding serum vitamin C yang biasa.

Kenyataan ini adalah berdasarkan hasil kajian yang dijalankan oleh jenama tersebut ke atas wanita-wanita terpilih.

Cynthia Lee - Gambar ihsan Encorium
Cynthia Lee - Gambar ihsan Encorium

“Pada tahun lalu, kami menguji gabungan formulasi ini ke atas lebih 500 pengguna di Malaysia dan lebih 80 peratus mendapati bahawa kulit mereka nampak lebih berseri selepas 14 hari,” ujar Pengasas jenama encoriumⓇ, Cynthia Lee. 

Ditanya mengapa jenama tersebut memilih untuk melancarkan serum pencerah terlebih dahulu, Lee berkata tinjauan menunjukkan bahawa 63.6 peratus pengguna penjagaan kulit sedang mencari penyelesaian untuk masalah hiperpigmentasi. 

Masalah kulit lain yang diketengahkan oleh responden berumur antara 21 dan lebih 55 tahun adalah kedutan halus (53.6 peratus) dan dehidrasi (50.8 peratus).

Sementara itu, menurut pegawai perubatan kesihatan keluarga, Dr Amanda Elli yang turut hadir pada majlis pelancaran baru-baru ini, Asid L-askorbik adalah salah satu bentuk vitamin C yang paling berkesan dalam penjagaan kulit topikal setakat ini. 

Jelas beliau, badan kita terdedah kepada radikal bebas daripada bahan pencemar alam sekitar dan matahari setiap hari dan tanda-tanda pendedahan tersebut dapat dilihat pada kulit kerana kulit adalah organ terbesar dan barisan pertahanan pertama manusia. 

“Vitamin C adalah antioksidan penting yang diperlukan oleh tubuh untuk melawan radikal bebas ini. Namun, badan kita tidak menghasilkan vitamin C secara semulajadi. Kita mendapatkannya daripada makanan. Apabila ditelan, badan kita memproses nutrien dan menyebarkannya ke seluruh badan - dari sel darah ke otak ke kulit.”

“Jumlah vitamin C yang diterima oleh kulit kita juga bergantung pada kualiti vitamin C yang kita makan dan keadaan kesihatan kita. Jadi, badan kita mungkin tidak menghantar vitamin C yang mencukupi ke kulit untuk menangani isu-isu kecantikan seperti kulit kusam dan noda-noda hitam. Dalam keadaan sedemikian, penyapuan asid L-askorbik adalah logik,” ujar Dr. Amanda. - Getaran, 23 Ogos 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

2

Semasa 2 tahun yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kajian SSPA Ambil Kira Waktu Kerja Penjawat Awam Wanita - Anwar

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan