web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


#GoBananas MAC Memperlihatkan Koleksi NFT Yang Pertama

Malaya Ape Club mendedahkannya secara eksklusif buat pertama kalinya.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2022 10:05AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malaya Ape Club (MAC) menganjurkan ‘acara kehidupan sebenar’ pertama mereka untuk mendedahkan ‘Go Bananas!’ selaku koleksi NFT mereka yang pertama.

Akan datang, sebanyak 6,666 koleksi NFT lagi akan didedahkan kepada khalayak ramai. Diketuai oleh ketua pereka MAC, kesemua koleksi ini dihasilkan dengan 340 ciri berbeza.

Dengan kehadiran 60 orang awam, acara ini diadakan di Stoned & Co, Lot 10. Menariknya, barisan pengunjung sudah pun bermula awal satu setengah jam sebelum acara bermula. 

Suasana mula meriah dengan pemberian cenderamata MAC ekslusif secara percuma dan cabutan bertuah yang disokong oleh Marshall, Amarald Co. Stoned & Co dan Jboocha.

Pengasas MAC, Andrew Ngo dan ketua pereka, Earl berbicara secara terbuka tentang visi dan perancangan mereka di acara yang dihoskan oleh Joseph Germani ini.

Selain itu, acara ini turut menyokong pereka-pereka NFT tempatan dan berikrar akan menyumbangkan sebahagian dana untuk tabung hidupan liar.

“Sejak kejayaan Bored Ape Yacht Club, kami menyaksikan kelahiran beberapa projek NFT lain yang turut menampilkan visual dengan inspirasi monyet dalam dunia metaverse ini.

“Namun sebenarnya, negara kita Malaysia antara salah satu negara yang mempunyai spesis monyet yang paling banyak di dunia. 

“Ia memberi ilham kepada saya untuk memulakan MAC iaitu projek NFT tempatan sendiri di Malaysia,” jelas Ngo merangkap pencetus jenama jalanan terkenal, Stoned & Co.

Acara ini turut dihadiri oleh penyanyi rap Cina tempatan, Elva Suyan dan pempengaruh serta selebriti seperti Dan Khoo, Danny One, Adrain Tan, Shaoqi, Joshua, Shengyi, Tzia dan ramai lagi.

MAC berjanji acara pertama ini tidak akan terhenti di sini, malah akan menganjurkan lebih banyak lagi acara pada masa hadapan. 

Layari Malaya Ape Club dan sertai komuniti mereka di Discord untuk maklumat lanjut. - Getaran 12 April 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 minggu yang lalu

Pos Malaysia, Perhilitan Perkenal Setem Khas Burung Bayan Malaysia

2

Gaya 3 minggu yang lalu

Rumah Kecil, Banyak Fungsi, Kenapa Rakyat Malaysia Kini Cari Perabot Fleksibel

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Ulang Tahun Ke-30 IKEA Malaysia: Membina Ruang, Mengukir Kenangan Bersama Rakyat Malaysia

4

Gaya 1 bulan yang lalu

ICE-WATCH Malaysia Perkenal Bewatch Chrono, Jam Tangan Maskulin Untuk Gaya Hidup Moden

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden