web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Buletin Gaya: Apa Menarik Minggu ini?

Getaran berkongsi perkembangan terkini dunia fesyen untuk minggu ini.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2022 2:30PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buletin gaya minggu ini dimulakan dengan kolaborasi Levi’s bersama The Simpsons. 

Sementara, Realme menjadi jenama telefon pintar pertama berjalan di pentas Minggu Fesyen Paris 2022 dan Coach melantik Yoon Chan-Young sebagai wajah Coach Korea.

 

#1 Levi’s x The Simpsons

Levi’s dan The Simpsons mengimbau kembali budaya pop bagi himpunan Koleksi Musim Bunga/Panas 2022.

Lebih tiga dekat warga Springfield menghiburkan kita, kolaborasi ini menghasilkan koleksi yang mendapat ilham daripada gaya jalanan dengan cetusan aura The Simpsons.

Menampilkan Bart, Lisa, Mihouse bersama sebilangan lagi watak The Simpsons, ia membawa anda ke nostalgia era 90an, tetapi masih mengekalkan penampilan segar sesuai masa kini.

Antara elemen yang menjadi perhatian seperti rompi kembung yang boleh diterbalikkan dengan cetakan biru langit dan awan. 

Selain itu, denim lembayung pudar longgar yang menampilkan grafik Bart Simpsons yang sedang menikmati minuman Squishee bersama logo Levi’s Batwing.

Terdapat juga gabungan gaya yang diilhamkan daripada pakaian seragam Sekolah Rendah Springfield seperti kemeja-T, baju panas, jaket vintaj dan seluar korduroi. 

#2 Realme x Heliot Emil untuk Minggu Fesyen Paris 2022

Realme berganding bahu bersama rakan fesyennya di Eropah, Heliot Emil untuk pentas peragaan Minggu Fesyen Paris 2022.

Kedua-dua jenama ini berharap dapat membuat penampilan berkesan di persada antarabangsa dengan menyatukan elemen teknologi dan fesyen di bawah satu bumbung.

Melalui kolaborasi ini, Realme 9 Pro G5 Series Light Shift Design disuntik dengan unsur minimalis dan estetika monokrom oleh Heliot Emil.

Menariknya, realme x Heliot Emil juga bakal menjadi jenama telefon pintar pertama yang bakal melewati pentas gah Minggu Fesyen Paris 2022.

“Berjalan di atas pentas Minggu Fesyen Paris bukan sahaja membuktikan jenama kami versatil, malah menunjukkan komitmen kami menawarkan produk terbaik untuk golongan muda.

“Kami gembira membawa teknologi ini untuk pengguna-pengguna muda kami di seluruh dunia dan menjadi perintis dalam industri ini,” ucap Crystal Gong, Pengurus Jenama Realme Malaysia.

#3 Yoon Chan-Young sebagai wajah Coach Korea

Coach mengumumkan pelakon, Yoon Chan-Young sebagai wajah pertama untuk Coach Korea. Kolaborasi ini melibatkan kempen untuk koleksi sedia-pakai dan sepatu untuk musim luruh 2022.

Penampilan pertama Chan-Young segak dalam persalinan denim Coach Spring 2002, “Saya teruja dilantik sebagai wajah Coach, satu jenama yang selari dengan stail dan penampilan saya.

“Saya turut teruja untuk menjadi sebahagian keluarga rumah fesyen ini untuk musim luruh dan berkolaborasi bersama Stuart Vevers dan pasukannya,” ucap Chan-Young.

Diasaskan di New York lebih 80 tahun lalu, Coach bermula sebagai jenama aksesori lelaki dan mula menempa reputasi dalam arena kulit dan kraf. 

Pada hari ini, rumah fesyen ini percaya pada perkara-perkara indah untuk ekspresi jiwa yang mendapat ilham daripada pengarah kreatif, Stuart Vevers.

Chan-young, pelakon lelaki dari drama bersiri Netflix, ‘All of Us Are Dead’ ini mempunyai aura dan nilai-nilai Coach, sesuai moto Coach untuk menjadi diri sendiri. - Getaran, 15 Mac 2022

Gambar: Jenama-jenama berkenaan

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 minggu yang lalu

Pos Malaysia, Perhilitan Perkenal Setem Khas Burung Bayan Malaysia

2

Gaya 3 minggu yang lalu

Rumah Kecil, Banyak Fungsi, Kenapa Rakyat Malaysia Kini Cari Perabot Fleksibel

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Ulang Tahun Ke-30 IKEA Malaysia: Membina Ruang, Mengukir Kenangan Bersama Rakyat Malaysia

4

Gaya 1 bulan yang lalu

ICE-WATCH Malaysia Perkenal Bewatch Chrono, Jam Tangan Maskulin Untuk Gaya Hidup Moden

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden