web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dheper Reshaa Teh Azam Rangkul Gelaran Miss Teen Universe

Remaja kelahiran Pulau Pinang Dheper Reshaa Teh, berazam untuk membanggakan Malaysia dengan memenangi Miss Teen Universe 2021.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2022 6:22PM

Gambar: Instagram @dheper_teh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Remaja kelahiran Pulau Pinang Dheper Reshaa Teh, berazam untuk membanggakan Malaysia dengan memenangi Miss Teen Universe 2021, yang dijadualkan berlangsung pada 3 Mac di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Dheper, pelajar peringkat diploma dalam pengajian perniagaan di INTI College Penang, berkata beliau yakin akan berjaya pada pertandingan itu.

"Saya tidak berani mengatakan saya sangat yakin tetapi saya yakin. Saya telah mengikuti diet saya dengan baik kerana saya mempunyai pakar pemakanan peribadi untuk menjaga pengambilan makanan harian saya.

"Saya menjaga kesihatan saya dan telah menerima dos penggalak COVID-19 untuk memastikan saya cergas dan bersedia untuk pertandingan itu," katanya kepada Bernama sebelum berlepas ke Dubai di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang semalam.

Pertandingan itu pada mulanya dijadualkan pada 6 Nov lepas tetapi ditangguhkan ke 3 Mac ini susulan pandemik COVID-19.

"Pada mulanya agak tertekan apabila mengetahui penangguhan itu tetapi saya menggunakan tempoh tersebut untuk berlatih berjalan di pentas peragaan serta kemahiran pengucapan awam bagi memastikan saya sudah bersedia untuk pertandingan itu," katanya sambil menambah bahawa beliau hanya dimaklumkan mengenai tarikh baru pertandingan bulan lepas.

Beliau berkata pertandingan itu adalah platform yang hebat untuknya mempamerkan budaya, tradisi dan keunikan Malaysia yang luar biasa kepada dunia.

"Ia adalah detik yang sangat istimewa bagi saya selepas dicalonkan sebagai seorang daripada finalis Miss Teen Universe 2021. Saya lebih teruja apabila mengetahui bahawa saya akan dapat mewakili negara saya di pentas yang saya akan bersaing dengan rakan negara lain," katanya.

Beliau berharap semua orang akan terus menyokongnya semasa pertandingan akhir dan melawat Instagram Miss Teen Universe (@missteenuniversepageants) untuk mengundinya.

Dheper memakai mahkota pertamanya apabila memenangi Miss Teen International Malaysia 2018/2019 dan sejak itu telah bertanding dalam dua pertandingan antarabangsa, Miss Teen Universe 2019 di New Delhi, India dan Miss Tourism Global City di Guangdong, China tahun ini.

Beliau berjaya mara ke peringkat akhir Miss Teen Universe 2019 dan disenaraikan dalam Top 20 dalam Miss Tourism Global City. - Bernama

Isu Pada

Mengulit Mimpi, Terapi Diri

26 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 3 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden