Berita Terkini

6 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ada Apa Alvin Chong Dengan Yaya Zahir?

Mahu tahu apa cerita Alvin Chong dan Yaya Zahir? Buletin Gaya berkongsi kisah terkini mereka bersama tiga lagi berita fesyen menarik minggu ini.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2021 8:28AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buletin gaya kali ini dipenuhi dengan berita kolaborasi personaliti tempatan bersama jenama-jenama fesyen, antaranya Alvin Chong, Yaya Zahir dan Steven Sunny. 

Dalam khabar lain, seorang anak jati Ipoh telah menghasilkan set penjagaan diri lelaki lestari dan Ogawa Malaysia membuka kedai pintar pertama di Mid Valley Megamall.

Alvin Chong Dilantik Sebagai Rakan Jenama Longines

Sesuai dengan slogan 'Elegance is an Attitude', Longines melantik selebriti terkenal, Alvin Chong sebagai rakan jenama Longines secara rasmi untuk pasaran Malaysia. 

Dalam kempen pertamanya bersama Longines ini, Alvin memakai The Longines Master Collection dan The Longines Diver Watch, masing-masing menampilkan rekaan lebih lasak namun masih tampak anggun dan berkarakter moden. 

Alvin mula meninggalkan impak sebagai pelakon dalam drama popular, 'Suri Hari Mr. Pilot' yang telah menempa namanya dalam dunia hiburan tempatan.

Sebagai penyanyi pula, Alvin yang fasih dalam banyak bahasa sudahpun merakam lagu dalam bahasa Melayu, Cina dan Inggeris.

Berkat bakat dan latar budayanya yang menyeluruh telah menjadikannya sebagai seorang selebriti yang versatil.

Sebagai rakan jenama Longines, Alvin akan muncul dengan beberapa aset komunikasi Longines, sambil berkongsi keanggunan dan keabadian gaya Longines kepada umum.

Pemilik Barbershop Di Ipoh Hasilkan Set Penjagaan Diri Lelaki

Memenuhi keperluan lelaki moden, Debut Barber & Shop melancarkan Debut Homme.

Ia merupakan set penjagaan diri khas untuk lelaki moden, merangkumi tiga produk asas seperti pembersih badan, syampu dan deodoran. Sesuai gaya maskulin dan elegan, Debut Homme dibungkus dalam rona hitam dan putih monokrom. 

Menariknya, ketiga-tiga produk mandian ini diperbuat daripada bahan semula jadi dan lestari, “Walaupun banyak produk lelaki lestari di luar sana, kami yakin masih ada ruang untuk kami tembusi di pasaran ini.

“Terutamanya kami berasal dari Ipoh yang sememangnya terkenal dengan warisan dan mempunyai tarikan keajaiban alamnya yang tersendiri,” ucap Amirul O’oi Ashraf Mokhtar, pemilik Debut Barber & Shop merangkap pengasas Debut Homme.

Layari Debut Homme untuk maklumat lanjut.

Ogawa Buka Kedai Konsep Pintar

Ogawa Malaysia melangkah masuk ke tahun baru dengan pembukaan Ogawa Concept Store di Mid Valley Megamall. Di bawah konsep ini, Ogawa menawarkan aneka pilihan teknologi dan inovasi, sesuai dengan gaya hidup moden masa kini. 

Reka bentuk kedai dilengkapkan dengan gabungan teknologi pintar dan pengalaman gaya hidup mewah dengan menggunakan warna mawar keemasan dan putih sebagai warna utama. Warna kombinasi kayu ditambah untuk menghadirkan suasana harmoni dan seimbang.

“Kami mahu pelanggan kami menikmati kehidupan yang maju dan sihat seperti mereka berada di dalam keselesaan rumah mereka sendiri. Bukan sekadar kedai biasa, Ogawa Concept Store mencipta persekitaran selesa lagi futuristik,” ujar Datuk Lim Mee Ling, CEO Ogawa Malaysia.

Layari Ogawa Malaysia untuk maklumat lanjut. 

Scarlet x Steven Sunny menginspirasi gaya pasca pandemik

Scarlet terus mengorak langkah menerusi Scarlet x Steven Sunny,  kolaborasi bersama pereka fesyen tempatan, Steven Sunny. Koleksi ini menuju ke arah elemen yang mempunyai nilai-nilai terapeutik, sesuai dengan gaya hidup pasca pandemik.

Bertemakan #OwnWhatYouWear, kolaborasi ini menampilkan 10 pilihan koleksi akhir tahun. Scarlet x Steven Sunny mengutamakan kesejahteraan serta menyuntik mesej sayangi diri dalam menyerlahkan lagi cita rasa. 

Mengulas lanjut tentang koleksi ni, “Saya percaya setiap daripada kita mampu menonjolkan keunikan diri yang tersendiri. Anda memiliki apa yang anda gayakan kerana anda merupakan edisi terhad kepada diri anda sendiri,” ucap Steven.

Selain pereka fesyen, Steven Sunny juga bergelar seorang jurusolek yang telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Sungguhpun dia menamatkan pengajian dalam bidang kesenian cat minyak, Steven turut memiliki kepakaran dalam bidang seni dan fesyen. 

Shein x Yaya Zahir ready to take the world!

Shein berkolaborasi bersama pelakon dan pengacara, Yaya Zahir untuk Shein x Yaya Zahir.

Koleksi ini mencurahkan warna-warni, memadukan era 1920-an dengan gaya jalanan masa kini. Mencedok inspirasi daripada personaliti Yaya sendiri, Shein x Yaya Zahir membawa unsur fesyen kegembiraan dan keseronokan dengan sentuhan feminin. 

“Stail saya selalu bermain dengan eksperimentasi yang luar biasa. Yang penting ia mengizinkan saya mencuba suatu perkara baharu,” ucap Yaya.

Shein x Yaya Zahir dirancang dengan warna berlawanan yang cerah dan kontras. Keceriaan warna biru dan hijau serta merah jambu, sempurna dipadankan untuk mereka yang ‘manis’ dan berani! - Getaran, 14 Disember 2021

Semua gambar: Jenama-jenama berkenaan

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Alvin Chong Terima Undangan Longines, Rakam Muzik Video di Switzerland

2

Gaya 5 bulan yang lalu

Alvin Chong Tekad Kuasai Dunia Fesyen Menerusi ALVN

3

TARA 7 bulan yang lalu

Pertunjukan Fesyen Gabungan Neonate, SVG Luar Biasa! Cat Walk Di Tengah-Tengah Litar Perlumbaan

4

Gaya 8 bulan yang lalu

Love, Bonito Sambut Ulangtahun Ke-13, Martabatkan Keindahan Warisan Batik

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

oleh Rahayu MN

Gaya 9 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Ia datang dalam bentuk set 2 dalam 1 iaitu syiling yang diperbuat dengan perak sterling berwarna dan emas Nordic Brilliant Uncirculated.

oleh Fida Ruzki